10 Individu Beri Keterangan Berkait Majlis Tahnik Siti Nurhaliza

PETALING JAYA: Sepuluh individu, termasuk suami Siti Nurhaliza, Khalid Mohamad Jiwa memberi keterangan berhubung penganjuran majlis tahnik anak mereka yang didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Difahamkan, Khalid hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang kira-kira 12 tengah hari semalam untuk memberi keterangan, manakala Siti tidak hadir kerana masih berpantang dan belum sihat sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Esha berkata, pemilik rumah dan penganjur majlis itu antara 10 individu yang diambil percakapan oleh polis.

“Kita akan memanggil beberapa lagi individu yang telah dikenal pasti hadir di majlis tersebut (termasuk VVIP dan juga penceramah agama) untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat,” katanya dipetik Kosmo.

Isnin lalu, Siti dilapor menafikan dakwaan majlis tahnik anak keduanya itu melanggar SOP Covid-19.

Katanya, dakwaan berhubung pendakwah bebas, Azhar Idrus merentas negeri tanpa kebenaran polis bagi menghadiri majlis itu tidak benar kerana beliau kebetulan berada di Kuala Lumpur apabila bersetuju untuk hadir.

Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri bukan jemputan khas, sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik, sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.

Sumber : FMT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: