101 Notis Dikeluarkan MBSA Hari Ini Kepada Pemilik Premis Di Sg Buloh

SUNGAI BULOH, 12 Ogos (Bernama) — Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan 101 n0tis terhadap pemilik premis di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh sejak dua hari lepas, yang didapati membina struktur tambahan pada bangunan tanpa kebenaran.

Timbalan Datuk Bandar MBSA Mohd Rashidi Ruslan berkata, kesemua n0tis yang dikeluarkan sejak Isnin lepas itu adalah di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Beliau berkata n0tis itu dikeluarkan hasil pemeriksaan, yang mendapati ada premis kilang, restoran serta rumah kedai melakukan kerja-kerja tambahan pindaan tanpa kelulusan MBSA seperti membina ‘awning’ (pelindung matahari), dinding, binaan lantai, bahu jalan dan lain-lain struktur.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas 0perasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain bagi membanteras kegiatan peniaga har4m di sekitar kawasan Sungai Buloh di sini, hari ini.

0perasi itu melibatkan antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.

Selain itu, Mohd Rashidi berkata beberapa struktur binaan tambahan yang tidak mendapat kebenaran turut dir0bohkan semasa 0perasi berkenaan.

MBSA keluar 101 notis kepada pemilik premis bina struktur tambahan ...

Beliau berkata 0perasi itu juga membabitkan pemeriksaan terhadap gerai yang ber0perasi tanpa kebenaran di bahu jalan, yang didapati mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas dan membangkitkan isu keselamatan pengguna jalan raya.

Jelasnya 25 premis perniagaan tanpa lesen yang diusahakan oleh warga tempatan telah diambil tindakan dari awal tahun ini sehingga bulan lepas.

“Dalam tempoh yang sama, 19 premis perniagaan tanpa lesen yang dikendalikan oleh warga asing disita di sekitar kawasan Bandar Baru Sungai Buloh. Tindakan sitaan diambil di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (meninggalkan barangan perniagaan di tempat awam) dan Peruntukan 3 (menjaja tanpa lesen) serta Peruntukan 42 (kuasa sitaan),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Rashidi mendedahkan individu yang menularkan video berkaitan isu premis perjvdian di Sungai Buloh yang tular di media sosial baru-baru ini, pernah ditawarkan tapak penjaja sementara di Jalan 1A/3 di sini, namun dia menolak tawaran itu.

Asri tolak tawaran tapak gerai sementara MBSA

Asri tolak tawaran tapak gerai sementara MBSA | Nasional | Berita ...

TERDAHULU, Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid pernah ditawarkan untuk berniaga di tapak penjaja sementara di Bandar Baru Sungai Buloh yang diselia Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tetapi dit0lak.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Roslan, berkata Mohd Asri men0lak pelawaan MBSA untuk menjalankan perniagaan di tapak yang terletak di Jalan 1A/3 itu, sebaliknya terus berniaga di bahu jalan.

“Perniagaan yang dijalankan di bahu jalan itu menimbulkan isu keselamatan dan memberi kesan kepada kelancaran lalu lintas.

“Justeru pihak MBSA terpaksa ambil tindakan,” katanya dalam sidang media ketika mengetuai 0perasi bersepadu di Bandar Baru Sungai Buloh di sini, hari ini.

Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid. - NSTP/Luqman Hakim Zubir
Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid. – NSTP/Luqman Hakim Zubir

Beliau berkata, buat masa ini terdapat lapan pengusaha yang berniaga di tapak gerai sementara disediakan MBSA dan mereka tidak dikenakan tind4kan.

Mohd Asri menerusi satu rakaman video yang tular baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati apabila pihak berkuasa didakwa pilih kasih ketika mengambil tind4kan terhadap peniaga gerai di Bandar Baru Sungai Buloh yang melakukan kesal4han.

Beliau yang turut dikenali sebagai Asri Janggut turut mempersoalkan tind4kan pihak berkuasa mengenakan k0mpaun terhadap perniagaan gerai burger diusahakannya tetapi tidak kepada peniaga lain.

Beliau turut mendakwa MBSA dan polis mungkin menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan jvdi har4m dan penjvalan rokok selvdup di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

 

Sumber: BERNAMA, Berita Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.