Gempar! 2 Kluster baru di umumkan oleh KKM hari ini. 4 Negeri terlibat ini harap lebih berhati hati.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan dua kluster baharu C0VID-19, iaitu Kluster Kurau dan Kluster Meranti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ada dua kes positif membabitkan Kluster Kurau, iaitu kes pertama kes ke-9050 yang dilaporkan pada 7 Ogos lalu, manakala kes kedua (kes ke-9082), abang ipar kepada kes pertama berkenaan.

Beliau berkata, Kluster Meranti pula mula dikesan apabila kes ke-9083, iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif C0VID-19 pada 8 Ogos lalu.

“Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8968, iaitu kes C0VID-19 yang dikesan hasil saringan prapembedahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN PADA HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu:

Kluster Kurau: Dua (2) kes positif telah dikesan dalam kluster ini. Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9050) merupakan kes positif C0VID-19 yang telah dilaporkan pada 7 Ogos 2020.

Kes kedua kluster ini (iaitu kes ke-9082) merupakan abang ipar kepada kes ke-9050, di mana beliau telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat.

Susulan itu, beliau sekeluarga yang berada di Pulau Pinang telah turut disaring. Pada 9 Ogos 2020, beliau dikesan positif C0VID-19 manakala, ahli keluarga beliau yang disaring setakat ini [iaitu lima (5) orang] pula dikesan negatif.

Setakat ini sejumlah 115 individu kontak rapat telah disaring.

Daripada jumlah ini: 106 negatif; dan Sembilan (9) masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan.

Kluster Meranti: Kluster ini mula dikesan apabila kes ke-9083, iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif C0VID-19 pada 8 Ogos 2020.

Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8968, iaitu kes C0VID-19 yang telah dikesan hasil daripada saringan pra pembedahan (kes ini telah dilaporkan pada 31 Julai 2020).

Setelah disiasat, kes ke-8968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9083 telah bertugas.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) sedang dijalankan di mana setakat ini 15 individu telah disaring. Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan.

Sumber : BHOnline, KKM