Terkini! 3 Kluster Baru Dikesan. Dr Noor Hisham Bongkarkan Dari Mana Punca Kluster Kluster Tersebut Dikesan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster baharu telah dikesan iaitu Kluster Rumah Kongsi Sepang, Kluster Restoran Kuala Lumpur dan Kluster Jeti Kuching. Menurutnya kenyataan yang dikeluarkan, Kluster Rumah Kongsi Sepang memperlihatkan 96 pekerja telah disaring. 2 orang disahkan positif manakala 94 lagi negatif Covid-19.

1 kes daripada Kluster Rumah Kongsi Sepang. Kluster ini dikesan di sebuah tapak pembinaan di Sepang, Selangor.  Kluster Restoran Kuala Lumpur pula menyaksikan 250 individu telah disaring yang melibatkan 14 pekerja restoran dan 236 orang pelanggan. 2 disahkan positif manakala 248 lagi negatif.

1 kes daripada Kluster Restoran Kuala Lumpur. Kluster ini dikesan di sebuah restoran di Brickfields, WP Kuala Lumpur, iaitu hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Selain itu, Kluster Jeti Kuching pula melibatkan 25 orang nelayan telah disaring. 2 disahkan positif manakala 23 lagi negatif. 1 kes daripada Kluster Jeti Kuching. Kluster ini dikesan di Sarawak.  Menurut kenyataan akhbar KKM, ketiga-tiga kluster tersebut masih lagi sedang disiasat.

Sumber : KKMPutrajaya

Bersiap Sedia Dengan PKP 2. Kes Positive Covid 19 Kembali Meningkat Kepada 2 Angka. PKP 2 Akan Diisytiharkan Atau Tidak Ini Jawapan Mengejut Dari Dr Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – “Kejayaan menerbitkan rasa puas hati dan rasa puas hati membuahkan kegagalan,” tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah ketika mengulas mengenai kewujudan empat kluster terbaharu Covid-19 di negara ini.

Beliau yang tidak pernah berhenti “membebel” mengenai kewajipan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memuat naik sekeping carta yang menunjukkan data-data mengenai kluster terbaharu itu. Tiga daripada indeks kluster tersebut melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara.

Meskipun tidak bergejala dan disahkan negatif pada saringan pertama sebaik tiba di pintu masuk negara, masing-masing disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian. Dalam hantaran yang pendek di Facebooknya, Dr. Noor Hisham memberitahu, inilah kesannya jika SOP tidak dipatuhi dengan baik.

“Kebimbangan terbesar adalah apabila kita tidak lagi berhati-hati. Tolonglah teruskan mematuhi SOP seperti yang saya selalu ingatkan di setiap peluang yang saya ada. Tanggung jawab memutuskan rantaian Covid-19 sekarang berada di tangan rakyat Malaysia,” katanya lagi. Susulan penemuan empat kluster terbaharu itu, banyak pihak yang mencadangkan supaya arahan kuarantin di rumah yang dilaskanakan sejak 10 Jun lalu disemak semula. – MalaysiaGazette

Mengejutkan Terkini 4 Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Sesuatu.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa terdapat pertambahan kluster baharu iaitu pertambahan sebanyak 4 kluster baharu hari ini, 17 Julai 2020 melibatkan bukan warganegara dan warganegara.

Terdapat 4 kluster baharu dilaporkan hari ini.

Kluster PUI Shirala, Kluster PUI Pitakwa, Kluster Pusat Perubatan Kuching (hospital swasta), Kluster Jupiter. Kluster PUI shirala adalah kluster jangkitan tempatan berpunca dari kes import. Kes tinggal serumah dengan kes terdahulu iaitu kes ke-8730. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke HSB.

Selain itu, 1 kes Kluster PUI Pitakwa yang merupakan isteri kepada Kes No. 8737. 1 kes Kluster PUI Pitakwa yang merupakan anak kepada Kes No. 8737. Kedua-dua kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu

Manakala, Kluster Jupiter pula adalah kluster dari kes import. 1 kes Kluster Jupiter bukan warganegara yang merupakan kontak rapat kepada kes No. 8723. Kedua-dua kes tidak bergejala positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Bintulu. 1 kes Kluster Pusat Perubatan Kuching melibatkan warganegara dan adalah kontak rapat kes 8,734. Kes tidak bergejala, positif RT-PCR dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

SUMBER : Siakap Keli