Menteri pendidikan umum apa yang terjadi setelah kes coviid cecah 4 ribu

PUTRAJAYA – Semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga 5 di sekolah menengah perlu mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari ini.

Keputusan terbaharu itu selepas mengambil kira jumlah kess jang.kitan C0vid 19 hari ini yang mencecah angka 4,000 dan tr.end kess jang.kitan yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) mem.utuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari ini di seluruh negara hanya melibatkan calon peperiksaan utama termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Kebenaran itu juga melibatkan calon yang menduduki  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Md. Jidin berkata, semua murid tingkatan satu, empat dan enam serta murid tahun satu hingga enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di negeri dilaksanakan Perlntah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perlntah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan ke sekolah bermula 20 Januari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, murid-murid tingkatan dua dan tiga di negeri terbabit hanya dibenarkan ke sekolah pada 8 Mac depan.

Sumber : KosmoOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.