Abah buat kemunculan semula membuatkan ramai yang terkejut. Sekali ini jawatan yang disandang oleh abah.

SHAH ALAM – Pelantikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri ternyata mengejutkan semua pihak.

Walaupun ada yang gembira dengan perkhabaran itu sekali gus membawa Abah kembali ke gelanggang, namun tidak kurang juga ramai yang kurang menyenangi keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu

Masakan tidak, kegagalannya menangani isu Covid-19 sebelum ini dikatakan menjadi antara punca kejatuhannya, sekali gus menyebabkan beliau terpaksa meletak jawatan setelah hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataannya pada Sabtu menyatakan, pelantikan itu dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara demi mencapai impak ekonomi terbaik.

Ia termasuklah memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu dan pelantikannya telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bagaimanapun, keputusan itu nyata kurang disenangi oleh pembangkang.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail misalnya mendakwa, bekas Perdana Menteri itu gagal menguruskan respon negara dalam wabak Covid-19 sama ada daripada segi kesihatan, ekonomi mahupun pendidikan ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

Sumber: SH

Pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN perlu dibatalkan.

PETALING JAYA: Pelantikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri perlu dibatalkan.

Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Muda, Dr. Abu Hafiz Sallehuddin berkata, sebaliknya sebuah MPN yang benar-benar efektif perlu ditubuhkan secepat mungkin dan bukannya diketuai individu yang gagal menguruskan negara serta wabak pandemik Covid-19.

Malah katanya, pelantikan tersebut tidak wajar kerana cadangan penubuhan MPN hakikatnya telah dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini.

“MPN telah bersidang sebanyak tujuh kali dengan dianggotai majoriti ahli dalam kalangan pakar bidang masing-masing dan minoriti ahli dalam kalangan orang politik dengan komitmen tanpa gaji.

“Namun, MPN yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir telah ditolak dan dipandang sepi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Terdahulu, Muhyiddin dilantik sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu.Menurut beliau, pelantikan bekas Perdana Menteri ke-8 itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Abu Hafiz berkata, apa yang menimbulkan persoalan di sebalik pelantikan tersebut apabila Muhyiddin yang telah diakui gagal dilantik semula dengan berstatus menteri.

“Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan ‘keyakinan’ bahawa beliau mampu mencadangkan strategi pemulihan negara, memperbaiki ekonomi dan memulihkan kehidupan rakyat. Sekiranya ‘harapan’ itu adalah benar, mengapa selama 17 bulan sebagai Perdana Menteri, ‘harapan’ itu tidak tercapai dan terlaksana?

“Selain itu apa yang menghairankan apabila tiga Duta Khas Perdana Menteri yang tidak dapat diukur pencapaian mereka selama 17 bulan telah dilantik semula dan mereka mendapat keistimewaan bertaraf Menteri,” jelasnya.

Ini secara tidak langsung jelas Abu Hafiz, menunjukkan kepimpinan Ismail Sabri semakin gagal dalam mencorak pentadbiran negara.

Sumber: Utusan Malaysia.

Dulu sering dimulakan dengan ayat apa khabar semua dari Muhyiddin Yassin. Tapi kali ni lain pula bila dengan Ismail Sabri.

Siaran langsung ucapan sulung Perdana Menteri yang ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia sebagai tunjang dalam ucapan perdana hari ini. Jika sebelum ini kita selalu dengar ayat yang dikeluarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘Apa Khabar Semua’.

Dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru kepada seluruh Ahli Dewan Rakyat sama ada di dalam atau di luar kerajaan agar mengg3mbleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

Menurut Ismail Sabri, kesemua ahli politik harus berfikiran terbuka dan berlapang dada menerima, mencungkil persamaan serta mengenepikan perbezaan. Sehubungan itu, beliau mengajak semua penggubal dasar untuk bersama-sama bersepakat untuk menyelamatkan Keluarga Malaysia.

“Saya menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum. Di mana, kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua.

“Sebab itu, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana bagi saya keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga,” kata Ismail Sabri dalam ucapan yang disiarkan secara langsung pada Ahad. Ismail Sabri, 61, yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat svmpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Baru je umum Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 9. Sekali Muhyiddin pula minta rakyat buat sesuatu ini.

Perdana Menteri Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat supaya terus berdoa agar keadaan negara kembali pulih daripada pandemik Covid-19. “Berdoalah agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari virus Covid-19 dan diberi kekuatan untuk menempuh ujian, cabaran dan rintangan daripada pandemik ini. Mudah-mudahan keadaan akan beransur pulih dan negara Malaysia yang kita cintai ini akan sentiasa aman, makmur dan bangkit menjadi lebih kuat dari sebelumnya, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya,hari ini.

Muhyiddin berkata, dengan berpandukan kepada jalan Allah, al-Quran dan sunnah, beliau yakin dan percaya hidup akan lebih tenang dan bermakna. “Do not do what you feel is right. Do what Allah say is right. Do what is right. Kepada Allah SWT jualah kita berserah,” katanya.

(Jangan buat apa yang kita rasa betul. Buat apa yang Allah perintah. Buat apa yang betul). Dalam pada itu, beliau menasihatkan rakyat supaya sentiasa mengambil langkah proaktif dan setiap individu bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kesihatan terpelihara ketika berada di khalayak ramai termasuk di masjid dan kawasan awam lain. “Alhamdulillah, hari ini saya dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara bersama jemaah yang lain di bawah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang teratur dan ketat,” katanya.

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.