Sejam diumum Menteri Kesihatan Abah KJ rileks tegur perbuatan pegawai PPV yang viral.

Baru sejam selepas dirinya diumumkan sebagai Menteri Kesihatan dalam Barisan Kabinet yang baharu ,YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar terus menjadi viral apabila dengan ‘secara halus’ memberi teguran serta respons berhubung isu video suntikan melibatkan kementeriannya itu.

Khairy yang popular dengan panggilan Abah KJ itu dilihat terus membuat ciapan di Twitter rasminya dengan memuat naik video seorang lelaki yang sedang menerima vaksin dengan ucapan “Assalamualaikum”.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) sebelum ini sudah membenarkan rakyat Malaysia termasuklah warga asing di Malaysia yang menerima suntikan vaksinasi, boleh merakam proses suntikan.

Namun mengapa sehingga ke hari ini masih ada beberapa pegawai kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti tidak faham arahan.Lelaki itu mendakwa dia dihalang membuat rakaman video ketika menerima suntikan vaksin Covid-19.Pengguna akaun Twitter, @winraffm pada Rabu memuat naik video berdurasi lapan saat yang menunjukkan tangan seorang pegawai bertugas menghalang rakaman berkenaan.

Dakwanya, jururawat yang melakukan suntikan terhadapnya membenarkan dia membuat rakaman video namun seorang pegawai bertindak menutup rakaman tersebut dengan alasan Khairy Jamaluddin telah meletak jawatan.

Video tersebut telah ditonton 745,300 tontonan sejak dimuat naik hingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen.Sebelum ini, Khairy Jamaluddin atas kapasitinya sebagai Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membenarkan rakaman video dibuat susulan timbulnya isu-isu berkaitan suntikan seperti, picagari kosong.

Keluhan rakyat Malaysia yang dihalang segelintir pegawai kesihatan dan juga jururawat yang bertugas secara biadab sebenarnya terpencil tetapi ia memberikan imej yang sangat buruk. Dek kerana perbuatan segelintir mereka yang bertugas di PPV termasuklah sukarelawan yang kurang wajar, memang semua yang ada di situ perlu menanggung malunya.Sebab itulah ada pepatah berbunyi, ‘Seekor lembu bawa lumpur, habis semua terpalit sama’. Kepada pegawai perubatan dan jururawat yang rasa diri mereka bos, KJ sudah bagi salam.

KJ juga telah dilantik sebagai Menteri Kesihatan sekali gus menerajui Kementerian Kesihatan pada hari ini.

Sebelum ini dia jaga vaksin, lantik KJ menteri kesihatan tindakan tepat, kata Ahli Parlimen.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming kecewa kerana tiada muka baharu dalam Jemaah Menteri, namun menyifatkan pertukaran portfolio Khairy Jamaluddin kepada menteri kesihatan sebagai langkah tepat.

Ong yang banyak bekerjasama dengan Khairy ketika proses pemberian vaksin Covid-19 sebelum ini yakin Ahli Parlimen Rembau itu mampu menjalankan tugas lebih baik berbanding Dr Adham Baba.

“Walaupun saya kecewa tidak ada muka baharu yang dikatakan boleh memberi keyakinan kepada rakyat tetapi kita harap Kabinet baharu boleh beri satu hala tuju berbeza berbanding Kabinet sebelum ini menerusi kerjasama dengan pembangkang berdasarkan semangat bipartisan.

“Saya yakin KJ (Khairy Jamaluddin) boleh laksanakan tugas dalam portfolio baharu dengan kaedah jauh lebih baik berbanding menteri sebelum ini, harap kerjasama semasa beliau di MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) dapat dilanjutkan di portfolio baharu,” katanya kepada FMT. Dalam pengumuman Jemaah Menteri baharu oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Khairy dan Adham bertukar portfolio.Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, pelantikan Khairy ke portfolio baharunya mampu memantapkan lagi program vaksinasi negara.

“Memang tepat, sebelum ini dia jaga vaksin, jadi saya rasa sepatutnya (peranan) itu disatukan dan dia menjadi menteri kesihatan,” katanya ringkas kepada FMT.Pemimpin DAP dan Umno itu turut sependapat bahawa jawatan timbalan perdana menteri perlu dikosongkan bagi meredakan suhu politik tanah air.

“Terdapat permintaan pelbagai parti untuk mencalonkan TPM dan bagi mengelakkan ketidaksefahaman dalam kerajaan baharu ini, tindakan untuk kosongkan jawatan itu buat sementara waktu adalah tepat buat masa ini,” kata Ong yang juga bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Nazri yang juga bekas menteri persekutuan berkata, tiada keperluan untuk mengisi jawatan nombor dua itu kerana Ismail sudah dibantu oleh empat menteri kanan yang mampu membawa kepada kestabilan dan pemulihan negara.

“Saya kira akan ada ‘understanding’ dan kita boleh bertahan sehingga pilihan raya akan datang,” katanya yang menjangkakan Jemaah Menteri baharu itu turut diterima baik oleh pembangkang.“Tindakan PM untuk berjumpa dengan ketua pembangkang sesuai dan dapat turunkan suhu politik di negara kita. Beliau tiada ‘baggage’ dan seorang yang cukup sederhana dalam tindakan,” kata Nazri.Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen memuji keputusan menukar menteri kesihatan, walaupun barisan Jemaah Menteri baharu sebahagian besarnya sama, dengan hanya rombakan kecil.

“Perdana menteri bertindak berhati-hati, tetapi keputusannya tidak cukup untuk memuaskan hati orang ramai yang mahukan perubahan bermakna.“Saya tidak fikir ini akan memberikan kestabilan politik dalam Umno kerana pasukan yang menjatuhkan Muhyiddin tidak mendapat sebarang manfaat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelantikan barisan Jemaah Kabinet yang baharu.Menerusi siaran langsung, Khairy Jamaluddin secara rasminya dilantik menjadi Menteri Kesihatan.

sumber:FreeMalaysiaToday.