Peniaga Burger Viral Rupanya Hidup Mewah, Pernah Makan Tomahawk RM1,000?

Kalau lah betul apa yang dikatakan, memang satu Malaysia kena tipu! Peniaga burger Faisal Burger yang viral baru-baru ini gara-gara dirinya dikompaun RM50,000 kerana jual burger lebih masa dikatakan hidup mewah.


Fuh sakan abang burger kita ni, dia dikatakan pernah makan di restoran Tomahawk dengan bil mencecah RM1,000 lebih.

Bukan itu sahaja, ramai netizen ‘menyiasat’ dan menjumpai banyak lagi bukti yang menunjukkan dia bukanlah tidak mampu seperti yang digembar-gemburkan.

Dan kompaun yang dikenakan itu memang patut pun disebabkan dia melanggar SOP. Berniaga melebihi masa. Ye lah, pihak berwajib pun mestilah menjalankan tugas. Takkan lah sesuka hati diorang jer nak saman kalau tak buat salah.

Ruangan postingnya mengenai kompaun yang dikenakan juga dihujani dengan komen-komen netizen yang lain. Tak caya? Cuba tengok jap. Jangan main-main dengan kuasa netizen ui.

Hmm..macam-macam betul lah. Apa pendapat anda? Komen sikit.

Terdahulu Isteri abang burger buat pendedahan cerita sebenar

SEBAK!! DIKOMPAUN RM50K, INI CERITA SEBENAR ISTERI ABANG BURGER

“Tak adil kami dikenakan kompaun dalam jumlah yang begitu besar, kami bukan pemilik restoran tapi hanya berniaga depan tangga rumah”

Demikian luahan penuh kecewa Nor Laili Shafii, selepas gerai burger yang diusahakan bersama suami, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, dikenakan kompaun oleh pihak polis gara-gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan.

Nor Laili berkata gerai mereka yang terletak di hadapan rumah di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu didatangi anggota polis yang menaiki sebuah kereta pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.

“Masa itu saya dan suami sedang menyiapkan tempahan burger pelanggan… memang tiada seorang pun pelanggan di gerai ketika itu, hanya saya dan suami serta empat pekerja.

“Anggota polis keluar daripada kereta dan bertanya kenapa tak tutup lagi? Kami jelaskan sedang siapkan pesanan pelanggan yang merupakan pekerja kilang dan akan hantar (COD). Memang tak berniaga dah masa itu.

“Mereka terus meminta kad pengenalan, kami merayu dan beritahu akan terus tutup gerai tapi nampaknya rayuan tak didengari. Mereka terus keluarkan kompaun.

“Bila tengok jumlah tu memang terkejut… biar betul. Kami hanya berniaga cari makan depan tangga rumah, dan tiada seorang pun pelanggan. Namun tanpa budi bicara, kompaun terus dikeluarkan… tiada amaran atau budi bicara,” kata wanita berusia 37 tahun ini.

Tambah wanita ini, menerusi apa yang dimaklumkan anggota polis, ada pihak lain yang membuat laporan mengenai gerainya beroperasi melebih waktu ditetapkan.

Difahamkan, kompaun tersebut merupakan kes berulang selepas kali pertama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini apabila mereka dikenakan kompaun RM1,000.

Untuk rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga pukul 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.

“Mungkin ada yang tak puas hati dengan sambutan yang diterima gerai kami. Kami dah berniaga burger selama belasan tahun cuma hanya tahun lalu baru berniaga di depan rumah sebab PKP. Boleh dikatakan ramai yang tahu gerai Faisal Burger.

“Lagi pula ramai yang bekerja shif contohnya pekerja kilang. Waktu-waktu pukul 10 macam tu baru mereka nak cari beli makanan, dan ada juga nak beli untuk bersahur. Tapi dah ditetapkan operasi sehingga 10 malam sahaja.

“Lagi pula ramai yang bekerja shif contohnya pekerja kilang. Waktu-waktu pukul 10 macam tu baru mereka nak cari beli makanan, dan ada juga nak beli untuk bersahur. Tapi dah ditetapkan operasi sehingga 10 malam sahaja.

“Pasal lebih masa, saya rasa banyak juga kedai yang ikut peraturan. Disebabkan itu saya rasa kalau nak adil, biarlah adil dan kuat kuasa peraturan kepada semua,” ujarnya.

Tambah Nor Laili, bisnes burger merupakan satu-satunya mata pencariannya bersama suami justeru mereka terlalu berharap agar nilai kompaun yang dikenakan agar dipertimbangkan semula.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dengan nasib pasangan suami isteri berkenaan, malah ada yang turut meminta nombor akaun bagi menyalurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: