Cik B hadiahkan sesuatu buat adiknya guna duit sendiri. Hadiah yang diberi bukan biasa-biasa

Siapa yang tidak mengenali anak kepada usahawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida iaitu Cik B dan Kacak.

Apa sahaja yang dilakukan oleh mereka pasti menjadi perhatian warganet kerana sifat mereka yang lucu, menyayangi antara satu sama lain dan merupakan anak yang baik.

Jangan cakap Cik B dan Kacak anak derhaka pula - DSV - Malaysiapost

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin baru-baru ini menyambut ulangtahun kelahiran adiknya, Kacak atau nama sebenar Muhammad Eric Zecquan yang ke 14 tahun!

Mari kita lihat video yang dimuat naik oleh Dato Seri Vida ini :

Link Video : datoserivida

Menulis di ruangan kapsyen :

“WAJIB TENGOK SAMPAI HBS ! @cikb_havoc66 BUAT SSUATU

Cikb sendiri shopping pilih hadiah favourite kacak. Kemain beli DIOR Shopping sakan dalam diam.

Cikb tahu kacak memang collector kasut branded. Kadang kadang sanggup habis ribu riban untuk kasut kasut zaman zaman tok kadok tu. Yang sy terkejut , cikb tahu saiz kasut kacak. Sy sendiri pon tak ingat.

Kalau berbaik mcm xnak berpisah, kalau gaduh tu manja manja biasalah kan adik beradik.

Semoga @cikb_havoc66 & @kacak_._ jdi ank soleh dan solehah , berjaya dunia akhirat..

SIAPA AUTO TERINGAT KAT FAMILY & ADIK BERADIK LEPAS TGK VIDEO NI??..”

Menurut Dato Seri Vida, Cik B sendiri yang memilih hadiah untuk diberikan kepada Kacak dan menghadiahkan kasut berjenama itu kerana tahu adiknya sangat suka mengumpul kasut.

Wow rupa-rupanya Cik B yang belikan hadiah mahal iaitu beg dan kasut berjenama DIOR buat Kacak, siap hafal saiz kasut!

Cik B dah nampak kurus lah.. ” | Berita Kopak CC

Fuh mahal tu Cik B! Tapi sebab sayang adik punya pasal, no problem lah kan.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji suka melihat keakraban keluarga ini :

Happy Birthday Kacak dari kami di Hot FM!

 

Sumber : Instagram Dato Seri Vida

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.