Ramai yang terkesan dengan keadaan semasa negara. Sekali Agong titah terima ratusan pucuk surat dari rakyat untuk mengadu sesuatu.

Yang di-Pertuan Agong , Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mendedahkan baginda telah menerima ratusan pucuk surat yang diutus oleh rakyat. Pendedahan baginda itu dibuat ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat.

“Setelah lebih setahun berlalu, negara masih lagi belum bebas sepenuhnya daripada pandemik Covid-19. Negara dan rakyat Beta telah terlalu lama dibelenggu dengan masa hadapan yang kelam, bergelut dengan isu kesihatan dan juga kemrvngan ekonomi. Terlalu ramai rakyat Beta yang terkesan dengan penularan pandemik ini. Terlalu ramai juga rakyat Beta yang telah kehilangan sumber rezeki. Ratusan pucuk surat telah Beta terima daripada rakyat Beta yang merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat mereka kecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda turut menasihatkan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat jangan sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu. Sumber – K! ONLINE

Remy Ishak dedah rakaman terima hadiah perkahwinan daripada Agong dan Raja Pemaisuri Agong. Ini yang Remy dan Ezza ucapkan.

Pernikahan pelakon kacak yang sememangnya menjadi kegilaan para wanita, Remy Ishak dengan pasangannya, Ezza Yusoff pada Sabtu 21 Ogos 2021 benar-benar memberi senyuman buat peminat-peminat. Majlis yang berlangsung dengan begitu ringkas apabila mereka hanya bernikah di masjid sahaja demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tetap menjadi sebutan.

Terima banyak ucapan tahniah

Pasangan tersebut telah menerima pelbagai ucapan tahniah daripada ahli keluarga, kenalan dan juga peminat yang tak henti-henti di media sosial sejak disahkan sebagai suami isteri.

Terima hadiah perkahwinan dari istana

Namun begitu, menerusi Instagram Remy, pelakon kacak itu dan isterinya telah memuat naik satu video menjunjung kasih kepada KDYMM Baginda Agong dan Raja Permaisuri Agong apabila mengirimkan hadiah perkahwinan buat mereka.

Video :

https://www.instagram.com/p/CS55q_xnXLC/?utm_source=ig_embed&ig_rid=e9758d3b-c2ba-4085-a2e2-bd8076ff020e

Merafak sembah menjunjung kasih

Pasangan tersebut begitu terharu dengan pemberian berkenaan dan ingatan tulus ikhlas yang diterima dari istana bagi meraikan hari perkahwinan mereka. Dapat dilihat beberapa kotak berwarna kuning di atas meja yang dibungkus dengan cantik dihadapan mereka. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Remy dan Ezza mengucapkan ribuan terima kasih diatas anugerah perkahwinan tersebut dan mendoakan agar KDYMM Baginda Agong dan Raja Permaisuri Agong diberi kesejahteraan di dunia dan diakhirat. Sumber: Instagram Remy Ishak

Remy Ishak kelihatan tenang ambil vaksin sampaikan ada pulak petugas vaksin buat macam ni. Peminat akui cemburu dengan petugas vaksin tersebut.

Meskipun jumlah positif harian semakin meningkat, tetapi Malaysia mampu mencapai imuniti kelompok bagi vaksinasi Covid-19. Pujian juga wajar diberikan kepada golongan artis yang cakna dengan usaha untuk membanteras penularan wabak tersebut. Seronok dapat keluar & tengok ramai berkumpul untuk dapatkan vaksin…terubat rasa rindu mata untuk memandang.

Menerusi video terbaru dimuat naik ke Instagram miliknya, Remy Ishak berkongsi journey mendapatkan dos pertama vaksin tersebut. Gara-gara sudah sekian lama berkuarantin, dia akui berasa teruja serta ‘terubat rindu’ untuk melihat jumlah manusia yang ramai berkumpul di PPV KLCC.

Tenang disuntik vaksin…siap sempat tinjau lagi

Bukan sahaja suasana di sana, hero drama Pujaan Hati Kanda ini turut tidak melepaskan peluang untuk rakam detik dos pertamanya. Sepanjang proses vaksinasi, Remy Ishak kelihatan tenang menuruti setiap arahan frontliner yang bertugas. Malah, dia juga sempat ‘meninjau’ picagari saat vaksin disuntik serta ditampal sticker khas pada bajunya selesai proses tersebut.

Amboi saja kan pegang lama-lama…mimpi indah terus malam tidur ni

Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat wanita nampaknya lebih tertumpu kepada pemvaksin tersebut. Selain dapat bertemu depan mata, rata-rata mereka luahkan rasa ‘cemburu’ kerana dia dapat memegang lengan Remy Ishak. Malah ada yang siap berseloroh bahawa semua petugas di situ dapat mimpi indah malam ini.

Sumber: IG remyishak via erinsakura

Makcik ni luah perasaan pada petugas pusat vaksin tentang anak menantu dia. Sebak rupanya ini yang terjadi.

Di dalam islam, apabila lelaki dan perempuan sah dinikahi secara automatik hubungan mereka menjadi muhrim. Jadi ibu bapa pasangan tersebut secara automatik juga akan menjadi ibu bapa mereka. Contoh, ibu bapa isteri akan menjadi ibu bapa suami. Jika kita melayan ibu bapa sendiri dengan baik haruslah kita melayan ibu bapa mertua sama seperti ibu bapa kita sendiri.

Dengan keadaan zaman sekarang iaitu zaman covid, rata rata rakyat sedang berhati hati agar tidak dijangkiti. Dengan usaha pihak kerajaan untuk mencapai herd immunity dengan memberikan vaksin kepada rakyat masih di dalam peringkat yang rendah. Sekarang vaksin ditumpukan kepada warga emas kerana mereka antara golongan yang paling berisiko.

Kisah Seorang Tua Tentang Menantu Yang Hantar Dia Ke PPV

Satu video telah dimuatnaik ke Tiktok oleh individu bergelar Melia Bnb. Beliau bertugas di Pusat Pemberian Vaksin. Video tersebut mengisahkan bagaimana seorang warga emas yang berjumpa dengan Melia BnB mula meluahkan perasaan.

Menurut makcik ini, anak menantu dia yang hantar dia ke PPV tetapi pada mulanya menantu dia tidak mahu hantar kerana terlalu sibuk. Yang lebih menyedihkan makcik ini beritahu kerana menantunya nak cepat, makan pun tidak sempat sebelum pergi vaksin.

Melia berhajat untuk berjumpa dengan menantu makcik tersebut tetapi Melia ditegur makcik itu supaya jangan tanya atau cerita apa apa sebab makcik itu takut nanti dimarahi menantu.

Video:

https://web.facebook.com/318029782100231/videos/1245675149217468

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Ramai yang risau tak dapat vaksin. Sekali nasihat Kj supaya rakyat bertenang sementara menunggu bekalan tambahan vaksin.

Masyarakat diminta bertenang sementara menunggu bekalan tambahan vaksin tiba di Malaysia tidak lama lagi kerana semua sasaran pemberian vaksin adalah berdasarkan pada perbekalan yang ada, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

“Bertenang. Bekalan akan sampai nanti.  Saya tidak simpan mana-mana vaksin. Vaksin itu sampai saya hantar…kita dapat pelepasan lot (vaksin).. “…dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), kita akan terus hantar pada negeri-negeri dan pusat pemberian vaksin (PPV) kita.. Kita punya kadar penggunaan vaksin kini 90 peratus.

“100 vaksin sampai, 90 akan diguna dalam tempoh beberapa hari. 10 tu ‘buffer’ sikit untuk janji temu akan datang,” katanya dalam sidang media program pertama pemberian vaksin sektor pengangkutan dikendalikan Lembaga Pelabuhan Klang bermula hari ini. Khairy berkata, penggunaan vaksin yang mencecah 90 peratus itu menyebabkan terdapat negeri yang sudah tidak mempunyai bekalan vaksin yang banyak. Sumber: Bernama

Terkini Khairy Jamaluddin maklumkan pekerja kurier dan penghantar makanan akan mula terima vaksin mulai julai ini.

Terkini Khairy Jamaluddin maklumkan pekerja kurier dan penghantar makanan akan mula terima vaksin mulai julai ini. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kakitangan kurier serta pekerja penghantar makanan akan mula menerima vaksin pada bulan depan.

Katanya, perkata tersebut telah dimuktamadkan menerusi perbincangannya bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, lapor MalaysiaGazette. Terdahulu, beliau telah diminta untuk mengulas tentang kebimbangan pekerja kurier menjadi pembawa virus Covid-19 kerana bekerja dalam situasi yang terdedah dengan penularan wabak itu.

“Kita telah setuju untuk mula memberi vaksin kepada kakitangan kurier dan penghantar-penghantar makanan bermula Julai ini.” Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) juga turut memaklumkan status penggunaan vaksin Pfizer kepada remaja akan diumumkan pada Khamis ini.

Sebelum ini, pada 18 Jun lepas beliau telah memaklumkan bahawa vaksin akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 selepas Pihak Berkuasa Kawalan Ddh meluluskan pengunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi individu berusia 12 tahun ke atas.

Berita Baik Untuk Pelajar Tingkatan 5 Dan 6. Terkini Khairy Jamaluddin Dedahkan Pelajar Tingkatan 5 Dan 6 Akan Mula Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bermula Bulan Julai Ni.

Berita baik untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 yang bakal mengambil peperiksaan bagi tahun ini! Menurut The Star, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pelajar yang bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menerima dos pertama vaksin bermula Julai ini.

Khairy berkata, pelajar tingkatan 5 dan 6 ini akan menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang mana suntikan tersebut akan dilaksanakan di sekolah. Kita kena bagi vaksin kepada mereka pada awal persekolahan. Bila menteri pendidikan buat keputusan untuk benarkan pelajar ke sekolah, kita akan beri suntikan kepada mereka bermula pertengahan Julai atau awal Ogos bergantung kepada kes harian. “Mereka pergi sekolah dan akan disuntik di sana,” katanya.

Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 (CITF) juga memutuskan semalam untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama. Perkara itu juga dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin yang berkata, ia susulan daripada menerima kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap individu berusia 12 tahun ke atas.

Menurut Khairy lagi, data peperiksaan tahunan yang diterima daripada Menteri Pendidikan juga menunjukkan terdapat 357,000 pelajar dan 47,000 guru di Tingkatan 5 dengan kerajaan yang berusaha untuk memvaksin golongan itu terlebih dahulu supaya boleh kembali ke sekolah semula. Semoga adik-adik kita yang menduduki peperiksaan ini dapat kembali belajar seperti biasa di sekolah semula.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.