10 ahli keluarga Aiman Tino disahkan positif Covid 19. Kesihatan ibunya merosot gara gara asma.

Ibu bapa dan lima orang adik-beradik Aiman serta kakak sulungnya sekeluarga disahkan positif Covid-19. Ujian buat penyanyi Aiman Tino apabila 10 anggota keluarga termasuk ibu, Hazelina Mat Jalil dan bapa, Yusri Ishak dijangkiti wabak Covid-19 sejak 10 hari lalu. Hazelina, 45, yang dihubungi mStar berkata, dia dan suami bersama lima anak mereka iaitu Nurisfasha, 19, Mohd Haikal, 15, Nur Alya Mahsuri, 12, Nurqaseh, 10, dan Nina Izzara, 6, kini menjalani kuarantin di kediaman mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Manakala, anak sulungnya iaitu Nurfara Ain, 27 dan suami, Mohd Zafril, 36, serta anak mereka yang berusia sebulan kini menjalani kuarantin secara berasingan di Shah Alam. Bagaimanapun, Hazelina berkata, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu tidak dijangkiti memandangkan sudah lama tidak pulang ke rumah dan menetap di Kuala Lumpur.

Aiman tidak dijangkiti Covid-19 memandangkan duduk berasingan dengan keluarganya.

“Saya, suami dan empat orang anak saya disahkan positif… kami semua masih kuarantin kendiri di rumah. Selain itu, anak sulung, suami dan anak dia juga dijangkiti tapi mereka kuarantin di rumah Shah Alam. Hari ini sudah masuk 10 hari kami kuarantin. Saya tak tahu punca dari mana tapi sebelum swab test tu, saya memang ada demam selepas balik dari pekan. Selepas itu, suami pula demam selepas balik ambil suntikan dos pertama vaksin. Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat swab test dan keputusan positif,” katanya.

Anak-anak dan suami dah baik demam… cuma, keadaan saya seorang saja yang agak teruk.

Terdahulu, kakak kepada Aiman Tino iaitu penyanyi Fara Hezel memuat naik status di Instagram memohon agar semua orang mendoakan keluarganya yang disahkan positif Covid-19. Dalam pada itu, Hazelina memberitahu biarpun sudah 10 hari menjalani kuarantin namun keadaan kesihatannya semakin merosot disebabkan mengidap penyakit asma.

“Anak-anak dan suami dah baik demam… cuma, keadaan saya seorang saja yang agak teruk. Saya memang ada asma yang teruk tambah pula dengan demam dan batuk yang tak baik-baik lagi sehingga kini. Seksa sangat batuk ini dan susah saya nak bernafas. Pagi tadi pun badan saya jadi sangat lemah dan rasa nak pitam. Tapi deria rasa dan bau sudah kembali. Doktor memang ada cakap kalau tak cukup oksigen, kena call ambulans untuk bawa saya ke hospital. Hari ini keadaan saya semakin teruk pula tapi tak pasti lagi perlu ke hospital atau tidak,” ujarnya. Sumber : Mstar

Zahid Hamidi sah positif Covid 19. Namun ini pula hasil ujian semua pegawai dan kontak rapat lain.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing negatif Covid-19. Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun didapati positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumahnya.

Sumber rapat kepada Ahmad Zahid yang dihubungi Bernama berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dijangkiti Covid-19 kategori satu dan tidak bergejala. Dalam pada itu, Annuar dan Nik Mohamad Abduh masing-masing secara berasingan mengesahkan mereka negatif virus itu.

Annuar ketika dihubungi Bernama berkata: “Saya baik dan sihat,” manakala Nik Mohamad Abduh juga dalam respons ringkas kepada Bernama berkata: “Alhamdulillah negatif,”. Pegawai Komunikasi Strategik kepada Mohd Rashid, Muhammad Afiq Mohd Hanif berkata, selain Ahli Parlimen Batu Pahat itu, semua pegawainya juga didapati negatif Covid-19 selepas menjalani saringan di Parlimen pada Jumaat.

Beliau berkata, Mohd Rashid juga bukan kontak rapat kepada mana-mana individu yang dilaporkan positif virus itu. “Semua pegawai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah negatif selepas ujian (saringan) yang dijalankan di Parlimen dan Datuk Mohd Rashid juga negatif. Datuk (Mohd Rashid) ada buat ujian sendiri (di klinik swasta) tadi dan keputusannya juga negatif,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima laporan penuh daripada ujian saringan yang dijalankan di Parlimen pada Khamis dan kelmarin di Dewan Rakyat. Terdahulu media melaporkan hasil saringan itu, sekurang-kurangnya 35 individu termasuk beberapa Ahli Parlimen dikatakan positif Covid-19. Saringan Covid-19 itu dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan pencegahan penularan wabak menjelang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok. Sumber : hmetro

 

Macam tak beri kesan apa pun dengan pengumuman Zahid Hamidi. Sampaikan ini yang Ismail Sabri muat naik dalam media sosialnya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasminya memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini. “Pada hari Jumaat yang penuh barakah, saya memulakan tugas dengan menggalas amanah yang lebih besar demi rakyat Malaysia dan negara yang saya cintai. Insya Allah, saya akan melakukan yang terbaik,” katanya dalam satu entri yang dimuatnaik di dalam akaun Twitter rasmi beliau.Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kelmarin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. Pelantikan Ismail Sabri telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.Selain Ismail Sabri, Muhyiddin turut melantik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri.

“Sokong Muhyiddin ‘Akan Tanggung Akibat”-Najib Razak

Satu lagi kenyataan bersama yang mendkwa mewakili “semua ahli parlimen BN” muncul, kali ini mendkwa bahawa mereka semua bersetuju untuk menyokong Muhyiddin Yassin untuk berkhidmat sebagai perdana menteri. “Ahli Parlimen BN” itu mengatakan bahawa keutamaan mereka sekarang adalah memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Negara dan Muhyiddin meneruskan agenda “membela rakyat”.

Kenyataan bersama itu tidak mengandungi kepala surat rasmi BN, dan juga tidak mempunyai senarai penandatangan. Bagaimanapun, FMT melaporkan bahawa pembantu kepada Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik Ismail Sabri Yaakob mengesahkan kenyataan itu sebagai “sahih”.

Beberapa ahli parlimen BN, seperti Annuar Musa (Umno-Ketereh), memberitahu bahawa mereka turut serta dalam kenyataan itu. Sementara yang lain memberikan jawapan yang tidak jelas. Percubaan untuk menghubungi Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir untuk mendapatkan komen tidak berjaya.

Ketika laporan ini ditulis, tidak dapat mengesahkan sama ada kenyataan ini mewakili semua ahli parlimen BN. Zahid, dalam kapasiti sebagai presiden Umno, menyatakan bahawa majlis kerja tertinggi (MKT) Umno telah memutuskan untuk menarik balik sokongan parti itu kepada Muhyiddin. Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan Najib Razak mempersoalkan dkwaan dalam kenyataan terbaru yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN”.

“Eh.. saya pun ahli parlimen BN. Sejak bila saya setuju lngg4r arahan MKT parti semalam? Siapa ada senarai penuh nama-nama yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dikeluarkan entah pihak mana ini? Saya yang tandatangan watikah pencalonan bagi setiap ahli parlimen BN yang ada hari ini. Sebab itu, saya tentu akan kenal nama setiap orang ahli parlimen BN. Sila beri senarai nama,” katanya di Facebook.

Ini adalah kali kedua sejak 23 Jun di mana kenyataan yang mendakwa mewakili “semua ahli parlimen BN” muncul. Kenyataan sebelum ini mendakwa bahawa Ahli Parlimen BN tidak akan menyokong undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Kenyataan sebelumnya pada mulanya dikaitkan dengan Ismail Sabri dan kemudian dikaitkan dengan “semua Ahli Parlimen BN”.

Ini yg berlaku di rumah Muhyiddin selepas Zahid umum tarik sokongan

Beberapa anggota jemaah menteri dan pegawai kanan kerajaan hadir ke kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pagi semalam. Menurut laporan portal berita, kenderaan yang dipercayai membawa menteri, Peguam Negara Idrus Harun dan pegawai kerajaan lain dilihat memasuki kawasan perumahan perdana menteri pada jam 9.40 pagi tadi.

“Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pemimpin mana yang hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin hari ini,” katanya. Dipercayai kehadiran menteri dan pegawai kerajaan di rumah Muhyiddin berkaitan dengan desakan Umno supaya ahli parlimen Pagoh mengundurkan diri daripada jawatan perdana menteri.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengumumkan keputusan parti itu menarik balik sokongannya kepada Muhyiddin dengan segera, dengan alasan kerajaan gagal dalam tugasnya termasuk menangani wabak Covid-19.

Majlis Tertinggi Umno memutuskan Muhyiddin mesti memberi laluan kepada perdana menteri sementara, yang akan mefokuskan menangani wabak, sebelum diadakan pilihan raya umum untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat. Sumber:Bernama/MK

MB Selangor cadangkan sektor ini perlu kekal tutup di kawasan PKPD Selangor. Namun sekiranya perlu dibuka juga perlu ambil beberapa langkah ini.

Penutupan sektor ekonomi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor harus dikekalkan. Itu cadangan kerajaan Selangor seperti yang dibangkitkan oleh Menteri Besar, Amirudin Shari ketika mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam. Beliau berkata kerajaan negeri melihat matlamat pelaksanaan PKPD iaitu untuk memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan bebas kepada sistem kesihatan negara masih belum tercapai. Oleh itu, kerajaan negeri mencadangkan agar hanya sektor ekonomi yang benar-benar perlu sahaja dibuka bagi pertimbangan MKN.”

Kerajaan Selangor juga turut mencadangkan agar vaksinasi pekerja dipercepatkan dan kadar vaksinasi dijadikan faktor pembukaan semula sektor ekonomi di negeri itu. Seperti yang semua ketahui, sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hanya kilang makanan dan keperluan asas dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP bermula 3 hingga 16 Julai ini seperti  beras, roti, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar dan susu tepung bayi, ubat dan topeng muka.

Namun, bermula 7 Julai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi kebenaran kepada lebih banyak sektor untuk beroperasi. Antaranya adalah:

  •  elektrik dan elektronik (E&E) dan rantaian bekalannya
  • sektor aeroangkasa
  • mesin dan peralatan (M&E) bagi pengeluaran produk kesihatan dan makanan
  • syarikat pembuatan makanan dan minuman utama

Menurutnya lagi, kilang yang dibenarkan beroperasi itu perlulah ambil beberapa langkah berjaga-jaga antaranya melakukan ujian saringan Covid-19 kepada semua pekerja dua kali seminggu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.