Buat content ziarah kbr Siti Sarah. Aisar Khaled teruk dikritik oleh warganet sebab tak sensitif.

Pemergian penyanyi, Siti Sarah Raissuddin disebabkan Covid-19 semalam sememangnya membuatkan ramai peminat Tanah Air turut berduka. Lebih memilukan adalah Sarah ‘pergi’ selepas beberapa hari melahirkan anak keempatnya dan tinggalkan sang suami serta tiga lagi anak-anak yang masih kecil.

Walau bagaimanapun, suaminya, Shuib Sepahtu dilihat sangat tabah dan berjanji akan menjaga keempat-empat anak mereka dengan sebaiknya sehingga mereka yang mendengar turut menitiskan air mata.

Buat konten tentang pemergian Siti Sarah?

Namun begitu, dalam kedukaan keluarga Shuib menerima ujian yang berat ini, masih ada lagi insan yang cuba menggunakan ‘tragedi’ keluarga mereka sebagai konten. Kekesalan tersebut disuarakan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @ashraf_suhaimi apabila memuat naik screenshot video yang dimuat naik seorang influencer yang membuat konten menziarahi Siti Sarah.

Tindakan terebut nyata membuatkan warganet marah kerana merasakan apa yang dilakuan influencer tersebut sangat tidak beradab kerana ia melibatkan perasaan orang lain. Rata-rata tinggalkan kritikan di ruangan Twitter @ashraf_suhami yang bertanyakan hal sama kepada influencer tersebut berkenaan rasa sensitifnya terhadap isu ini.

Minta maaf sebab tak fikir jauh

Walau bagaimanapun, influencer tersebut  telah membuat permohonan maaf di ruangan IG story miliknya dengan mengakui tersilap langkah apabila membuat video berkenaan pemergian seseorang. Dia juga telah memadam video tersebut di saluran YouTubenya dan memaklumkan tidak berfikir jauh ketika membuat konten tersebut.

Sumber: Twitter @ashraf_suhaimi

Semalam keadaan Siti Sarah agak tenat. Terkejut bila pagi ni Shuib kongsikan Siti Sarah telah pergi menghadap illahi.

KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan tidak baik, ketika ini. Perkara itu dikongsi Shuib sebelum majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang dihadiri hampir 1,000 ahli keluarga, rakan dan dan peminat untuk Siti Sarah secara virtual dimulakan, malam ini.

Dalam nada suara cukup sebak, Shuib berkata, dia menerima panggilan doktor sebelum majlis bacaan Yassin bermula. “Sebelum majlis ini, doktor menghubungi saya memaklumkan keadaan isteri sangat tidak baik, ketika ini.

“Paras bacaan oksigen menurun 40 peratus, malah Sarah juga sudah ditiarapkan,” katanya tanpa dapat meneruskan kata-kata. Hanya mampu meminta ustaz berdoa dan meneruskan bacaan Yassin, Shuib kelihatan bagai hilang kata-kata.

Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak. Shuib memohon agar memaafkan isteri, Siti Sarah jika pernah menyakitkan hati mana-mana pihak.

Turut serta, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan rakan selebriti seperti Anuar Zain, Sherry Alhadad dan Bob Yusof. Terdahulu, sudah 48 jam, penyanyi lagu Semakin itu belum sedarkan diri dan masih bertrng nywa gara gara Covid-19 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui operasi tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu. Pada Jumaat lalu, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, semalam.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif C0V1D-19. Selain Siti Sarah dan suami, Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif. Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Siti Sarah telah pergi menghadap illahi

perkara ini telah disahkan sendiri oleh suami sendiri iaitu Shuib. Semoga keluarga mereka terus kuat dan tabah. Salam Takziah buat mereka sekeluarga. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: bharian via instagram shuib

Sepanjang ada kat rumah Shuib dedahkan ada satu benda yang berlaku mesti Shuib akan rasa takut.

SELEPAS proses operasi mengeluarkan bayi dalam kandungan Siti Sarah selamat dijalankan pada petang Jumaat, Shuib sekali lagi berdepan fasa mendebarkan tentang keadaan isterinya yang masih tidak sedarkan diri.

Menceritakan semula tentang apa yang dilaluinya, Shuib berkata pada mulanya dia hampir berputus asa jika sesuatu yang buruk berlaku. “Pukul 7.45 malam semalam, oksigen Sarah jatuh sampai 69, masa tu saya rasa macam tiada nywa dah.

“Kemudian pukul 11.10 malam doktor hubungi maklumkan keadaan Sarah sangat kritikal, oksigen turun sampai 40… lagi la saya langsung tak boleh fikir apa-apa, tak tahu apa nak buat. “Tapi apabila Allah memberikan rahmatnya kepada hamba-hamba yang memerlukan dan orang ramai mendoakan Sarah… maka berlaku keajaiban apabila oksigen Sarah naik hingga 77,” katanya.

Shuib kongsi perkembangan terkini Siti Sarah.

Shuib berkata demikian ketika sesi bacaan Yasin untuk Siti Sarah dan bayinya yang diadakan pada malam Sabtu. Tambah Shuib dia sangat bersyukur apabila keadaan Siti Sarah terus menunjukkan perkembangan positif hingga terkini berada pada tahap 85 pada pukul 6 petang Sabtu.

Ujar Shuib lagi dugaan yang dilaluinya itu turut mengajarnya erti reda, keyakinan terhadap doa dan tawakal kepada Allah. “Berkat solat hajat, bacaan Yasin… satu per satu Allah permudahkan. “Terima kasih banyak kepada semua. Ya Allah keajaiban berlaku depan mata, di saat saya merasakan tak ada harapan, tapi Allah berikan keajaiban yang saya tak pernah jangka pun… ia memang luar biasa,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan Shuib berkata, isterinya itu kini sudah ditiarapkan bagi memudahkan paru-paru berfungsi. “Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, jadi paru-paru dia banyak terkesan. Jantung pun sudah lemah. Mungkin Sepanjang operasi mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah bekerja banyak. “Difahamkan juga, ada sedikit darah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani operasi.

PERKARA YANG PALING SHUIB TAKUTI SEPANJANG TUNGGU DI RUMAH

“Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi takut. Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimbang ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya,” katanya.

Siti Sarah, 37, selamat menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan. Operasi berlangsung selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang, Jumaat.

Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan. Untuk rekod, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus tersebut.

Sumber : MSTAR ONLINE

Shuib dedah jantung Siti Sarah dah lemah. Sekali bapa Siti Sarah tampil luahkan sesuatu buat ramai yang sebak.

Bapa kepada penyanyi dan selebriti usahawan, Siti Sarah, Raisuddin Hamzah, turut bersedih dan bimbang dengan keadaan anaknya yang kini masih belum sedar dan berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras sejak semalam.

Menurut pengurus penyanyi tersebut, Nana Mohd Rom, bagaimanapun Raisuddin meminta maaf kerana enggan ditemu bual oleh mana-mana pihak media buat masa ini. “Kami di pihak pengurusan sedia maklum akan keadaan Raisuddin yang juga tentunya sedang bersedih dengan keadaan anaknya.

“Dia ada memaklumkan tentang perkara itu kepada kami, tetapi minta semua pihak terutama media untuk menghormati keputusannya enggan ditemu bual buat masa sekarang. “Cukuplah anda semua tahu bahawa dia sebagai bapa tentunya teramat sedih dengan keadaan Sarah dan mengharapkan yang sama, agar ada perkembangan yang positif dan mahu menyaksikan Sarah sihat seperti sedia kala,”katanya.

Nana berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia petang tadi. Selain itu, menurut Nana, Raisuddin bagaimanapun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama mendoakan kesembuhan buat anaknya termasuk mereka yang melakukan usaha bacaan Yassin buat Sarah sekeluarga.

Terdahulu, penyanyi lagu Semakin itu dilaporkan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditidurkan ekoran oksigen dalam badannya tidak stabil. Bagaimanapun, menurut suaminya, Shuib Sepahtu menerusi satu hantaran di Instagram tadi, tahap oksigen isterinya meningkat pagi ini berbanding malam semalam.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.