Kecoh bila dapat tahu Aishah disahkan positif Cov19. Sekali ini pula permintaan Aishah pada orang ramai dan ini keadaan terkininya.

Penyanyi Aishah memohon orang ramai mendoakan kesihatannya yang menunjukkan sedikit penurunan selepas dimasukkan ke hospital akibat positif C0vd19 kelmarin. Menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mengakui mentalnya tidak kuat seperti sebelum ini.

“Ya Allah mental tak kuat hari ni, bila melihat patient (pesakit) depan saya dibawa naik untuk diintubate (diintubasi). Pagi tadi paras oksigen dalam badan saya 98, mereka cuba nak buka tapi bila ke tandas dan balik ke katil terus turun ke 88. Terpaksa pakai alat pernafasan semula dan barulah naik ke 95. Ya Allah, teman-teman tolong doakan saya untuk tidak sampai diintubasi,” tulisnya. Tambah pelantun lagu Janji Manismu itu, dia mengakui takut dan masih banyak tanggungjawab kepada keluarga yang belum selesai dan perlu dilunaskan.

“Teman-teman tolong doakan saya. Saya tak nak sampai ke situ (diintubasi). Saya takut, saya masih banyak tanggungjawab kepada keluarga, kepada anak-anak. Sangat mengharapkan doa kawan-kawan. Ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menitipkan kata-kata semangat serta doa buat Aishah agar tabah mengharungi dugaan yang menimpa dirinya. Usaha Kosmo! untuk mendapatkan Aishah sendiri bagaimanapun tidak berjaya selepas panggilan tidak mendapat respons. Kelmarin Aishah, 56, disahkan positif C0vd19 selepas melalui prosedur Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta. Aishah dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus. Sumber – K! ONLINE

Aishah terpaksa dibawa ke hospital lepas disahkan positif covid 19. Sekali ini pula yang terjadi lepas tu.

Penyanyi Aishah yang disahkan positif Covid-19 terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada malam Isnin. Menerusi Instagram, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 56, berkata, ini pengalaman mencemaskan apabila dia dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Beberapa jam sebelum dibawa ke hospital, penyanyi lagu Janji Manismu ini memaklumkan dia positif virus berkenaan selepas melakukan ujian calitan atau swab test. “Adventure naik ambulans dengan siren ke Hospital Ampang,” tulisnya pada ruangan kapsyen. Usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan mengenai keadaan terkini kesihatannya tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak dijawab.

Aishah alami simptom Covid-19.

Sebelum itu, Aishah ada berkongsi video dia menjalani ujian calitan di kediamannya. Dalam video yang dikongsi itu, Aishah kelihatan lemah dan tidak bermaya. “Covid positif, tolong doakan kami,” tulisnya.

Menerusi laporan sebuah portal berita, Aishah memberitahu dia turut mengalami gejala demam dan semput. “Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” katanya.

Difahamkan suaminya disahkan negatif manakala, dua anak lelakinya Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, masih menunggu keputusan ujian calitan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Sumber : mStar

2 ahli keluarga pergi menghadap illahi. Zizan Razak dedahkan 24 ahli keluarga disahkan positif covid 19.

Pelawak dan pengacara Zizan Razak menasihati orang ramai agar tidak memandang ringan pandemik C0vld-19. Zizan berkata, dia cukup terkesan apabila 24 ahli keluarga yang terdiri daripada ibu saudara, sepupu dan sanak saudara dijangkiti C0vld-19 serentak.

Lebih menyedihkan, katanya, covid-19 juga mngrbnkan dua ahli keluarga yang berada di Dungun, Terengganu. “C0VlD-19 bukan perkara main-main. Menambahkan kerisauan apabila berdepan pengalaman ibu saudara bersama empat sepupu yang rapat disahkan positif.

“Lebih menakutkan, bapa mentua ibu saudara dan pembantu rumah menjadi krbn dalam sekelip mata selepas dijangkiti,” katanya. Tambah Zizan, perkara tersebut menyebabkan dia trauma dan ngri untuk keluar dari rumah.

“Saya dan ibu, Anai Ibrahim tinggal di Kuala Lumpur jadi takut mahu keluar rumah. Pelbagai kisah, pengalaman dan teladan ahli keluarga yang positif menimbulkan banyak kesedaran, setiap langkah perlu waspada dan jaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan.

“Jujurnya, saya tiada keberanian nak keluar bekerja dengan jumlah harian positif C0VlD-19 melebihi 20,000. “Saya boleh mohon surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas dasar kerja, namun, saya harus memikirkan nywa dan keselamatan ibu yang tinggal sebumbung dengan saya.

“Lagi pun, kerisauan saya lebih tinggi dengan pengalaman saudara mara dijangkiti C0VlD-19. Ia juga menyebabkan hati saya tidak seronok bekerja di luar. “Kita dapat lihat seorang demi seorang menjadi korbn pandemik, termasuklah rakan baik, Siti Sarah Raissuddin yang menghmbuskan nafas terakhir pada Isnin lalu,” katanya kepada BH Online.

Zizan Razak sempat kongsikan gambar semasa kecil untuk ucapan hari lahir abangnya. Sekali lain pula yang warganet perasan.

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil bersama abangnya, Hafiza Razak. Zizan berkongsi foto ‘throwback’ itu menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya sempena ulang tahun kelahiran abang kesayanganya.

“Happy birthday to my big brother @hafizarazak semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Sentiasa dilindungi Allah dan panjang umur. #happybirthday #sibling,” tulisnya. Bagaimanapun, apa yang menarik perhartian bukanlah gelagat Zizan di dalam foto tersebut sebaliknya bahagian hidungnya.

“Dulu Hidung Tak La Macam Senapang Sangat” – Kongsi Foto Sewaktu Kecil, Hidung Zizan Pula Jadi Perhatian. “Dulu Hidung Tak La Macam Senapang Sangat. Kongsi Foto Sewaktu Kecil, Hidung Zizan Pula Jadi Perhatian

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya tinggalkan coretan berbentuk gurauan semata-mata untuk mengusik Zizan. “Dulu hidung tak lah macam senapang sangat,” komen @hilmihalim. “Time kecik tak adalah tinggi nau hidung, sekarang bakpe die meninggi nau tu bang,” usik @famy420

“@zizanrazak869 time ni hidung awak belum besau lagi eh… Tapi walau macam mana pun saya minat awak! Time ni awak comey je eh” coret @norah_hanns. Terdahulu, Zizan sebelum ini memang terkenal dengan bentuk hidung yang mancung di kalangan peminatnya. Sumber : GEMPAK / IG Zizan Razak

Tular Apabila Komen Zizan Razak Itu Dibalas Oleh Kekasihnya. Kini Uyaina Tampil Dedahkan Sesuatu Yang Mengejutkan.

Foto pelawak Zizan Razak bersama Uyaina Arshad berserta kapsyen seakan-akan ingin memikat aktres itu yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini menarik perhatian warganet.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, bagaimanapun menganggap kapsyen itu sekadar gurauan memandangkan Zizan mengetahui hubungannya dengan penyanyi Raja Shahiran.

Malah, Uyaina turut terhibur membaca komen balas Zizan kepada Raja Shahiran yang mendoakan agar hubungan dia dan penyanyi itu kekal hingga ke jannah.

“Gambar tu diambil selepas kami selesai merakam satu babak bersama dalam telemovie Puteri Bulan. Saya tahu dia bergurau, saya tak kisah pun… lagi terhibur ada la. Dia pun sebenarnya tahu saja saya rapat dengan Raja Syahiran, jadi tak ada isu pun. Lagi saya rasa kelakar bila Zizan balas komen Raja Shahiran macam itu,” katanya kepada mStar.

Spekulasi hubungan cinta Uyaina dan Raja Shahiran mula timbul selepas foto pasangan itu berpakaian sedondon ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Mira Filzah menjadi tular pada 7 September lalu.

Menerusi laporan mStar pada 25 September lalu, Raja Shahiran mengakui dia dan model muslimah itu kini dalam fasa mengenali satu sama lain. Dalam pada itu, Uyaina yang terkenal dengan watak Usu Sakinah dalam drama Perempuan Tanpa Dosa memberitahu dia belum mempunyai perancangan untuk berkahwin buat masa kini. Menurut Uyaina, dia mahu memberi perhatian kepada karier seni terlebih dahulu selain ingin mencuba pelbagai watak di masa hadapan.

“Di usia ini, saya bukan main-main dah mencari pasangan, cuma sekarang kami lebih fokus kepada karier masing-masing. Lagipun masih baharu sangat bertapak dalam industri seni. Kalau boleh saya nak cuba watak lain sikit… saya nak orang nampak bakat saya. Nak jadi pelakon yang versatile tak boleh duduk dalam zon selesa, kena banyak cuba benda baru,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.