Bekas kekasih cari balik untuk ajak kahwin, rupa2nya ada sebab dia buat begitu

Bagi golongan muda yang hangat bercinta, kadangkala kasih sayang yang terjalin mendorong mereka membuat perbuatan di luar batasan.

Walaupun belum bergelar suami isteri, ramai leka mengikut hawa nafsu sehingga sanggup sesuatu tindakan tanpa memikirkan impak negatif yang mengaibkan diri sendiri dan keluarga.

Termasuklah kejadian kehamilan di luar nikah.

Tak dinafikan lagi isu hamil anak luar nikah ini bukanlah satu perkara asing dalam kalangan masyarakat negara kita dan negara lain.

Baru-baru ini, tular tentang kisah seorang lelaki di Indonesia menerima pesanan ringkas daripada bekas teman wanitanya yang mengajaknya kahwin.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba ajak kahwin. Eh, kenapa?

Lelaki yang dikenali sebaga Ajoo itu berkongsi pengalamannya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Video berkenaan turut mempamerkan tangkap layar perbualannya bersama bekas teman wanitanya itu.

Hamil anak teman lelaki, minta jadi ‘pak sanggup’

Difahamkan lagi, rupa-rupanya gadis itu sedang hamil namun kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab.

Takut rahsianya diketahui keluarga, dia terdesak meminta tolong Ajoo untuk menjadi ‘pak sanggup’ dan berkahwin dengannya.

Bukan itu sahaja, dia turut berjanji akan menuruti segala kemahuan bekas teman lelakinya itu jika dia setuju menjadi bapa kepada anaknya.

Meskipun berasa kasihan terhadap gadis berkenaan, Ajoo tetap menolak permintaan tidak masuk akal tersebut. Dalam pada itu, dia sempat meninggalkan nasihat ‘makan dalam’ tentang perbuatan mereka yang berzina sebelum kahwin.

Siapa yang hamilkan, siapa pula dia suruh bertanggungjawab??

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan remaja lelaki itu. Lebih-lebih lagi apabila gadis berkenaan menyuruh orang lain bertanggungjawab sedangkan dia hamil anak orang lain.

Ada juga orang macam ni

Dah buang orang tiba-tiba datang balik

Ambil kesempatan dalam kesempitan

Tak sangka betul, ada juga manusia macam ni. Senang betul hidup.. Dah buat salah dengan orang lain, paksa orang lain kahwin dengan dia pula ya. Macam-macam perangai!

Sumber: TikTok @a_j_o112

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: