Individu yang lempar fiitnah kata Neelofa sudah bernikah akhirnya tampil beri kenyataan. Ini kata kata beliau

Sebelum ini, pembantu peribadi Neelofa giat mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap majikannya. Susulan daripada itu, individu tersebut sudah berjaya ditemui dan telah diserahkan kepada peguam bagi tindakan selanjutnya.

Terbaru, individu dikenali sebagai Syamira Safiya yang bertindak menyebarkan fitnah terhadap Neelofa telah tampil membuat permohonan secara terbuka.

Tampil mohon maaf

Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.

Jelas gadis itu, segala kenyataan yang dikeluarkan olehnya adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Jelasnya lagi, dia sama sekali tidak berniat jahat untuk mencemarkan nama baik mana-mana pihak.

Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka.

Susulan daripada itu, dia sekali lagi memohon maaf kepada pihak Neelofa dan akan bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi. Terdahulu, Syamira telah didakwa melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz. Namun, segala tuduhan tersebut telah disangkal oleh Neelofa menerusi satu kenyataan media.

Permohonan maaf secara terbuka

Sumber: Syamira Safiya

‘Dia Bukan Saudara Atau Kawan Saya’ – PA Neelofa Berjaya Kesan Individu Sebar Fitnah Di Whatsapp

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Nadiah yang dipercayai berkhidmat sebagai pembantu peribadi Neelofa, tampil memuat naik satu Instastory mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan segala fitnah terhadap majikannya.

Terbaru, Nadiah Khairuddin mengesahkan dirinya sudah berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular membabitkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.

Menyerahkan kepada peguam

Menerusi laporan Harian Metro, Nadiah memberitahu bahawa dia sudah menyerahkan wanita yang dikenali sebagai Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan seterusnya.

Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik. Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya. Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya

Jelas Nadiah, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Syamira dan tidak mengenali wanita tersebut. Ujarnya lagi, mereka juga tidak pernah bertemu.

Membersihkan nama

Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz.

Terdahulu, Nadiah dipercayai mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang didakwa melemparkan tuduhan-tuduhan tidak ada berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz. Nadiah turut memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan supaya tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu.

Sumber: Harian Metro