Harris memilih untuk tidak mengiyakan atau menidakkan tentang kehamilan Intan. Akhirnya Doa Ebit Lew sudah terjawab teka teki megenai Intan Ladyana.

Desas-desus mengenai kehamilan pelakon Intan Ladyana, 39, mula menjadi bualan ramai orang selepas dia dilihat menutup bahagian perut dengan bantal dalam sebuah video.

Terbaru, aktor dan pengacara Harris Alif, 22, memuat naik sebuah rakaman video di Instagram (IG) yang menunjukkan dia bersama pendakwah popular Ebit Lew.

Menginginkan doa untuk isteri tercinta, Ebit menitipkan kata-kata agar kebahagian rumah tangga pasangan tersebut kekal hingga ke akhir hayat.

Di samping itu, Ebit turut menyelit doa agar kandungan Intan dilindungi Allah serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Secara tak langsung, doa Ebit itu telah menjawab teka-teki mengenai berita keh4milan pemilik nama Intan Nurladyana Mohamat Yahaya.

Semoga Harris dan Intan sentiasa bahagia sampai bila-bila. Mudah-mudahan selamat insya-Allah kandungan anak soleh solehah dan buat kebaikan atas dunia ini.

Penuh ucapan tahniah

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan juga rakan-rakan artis. Rata-ratanya meninggalkan ucapan tahniah serta mendoakan agar urusan Intan dan Harris dipermudahkan Allah.

Terdahulu, Harris memilih untuk tidak mengiyakan atau menidakkan khabar angin tentang keh4milan Intan.

Untuk rekod, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Perkahwinan pasangan selebriti itu menjadi perbualan warganet disebabkan jurang usia mereka iaitu 17 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Intan Ladyana dan Harris Alif jadi perhatian ramai lepas Haris senyum sampai hilang mata sebab Intan.

Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan Harris Alif nampaknya tidak henti-henti menjadi tumpuan peminat mereka apabila selepas mendirikan rumah tangga, rata-ratanya begitu tumpang gembira melihat mereka.

Selain itu, sikap mereka yang humble dan tidak terlalu ‘menunjuk’ membuatkan ramai cukup meminati kedua-dua selebriti ini yang sama cantik, sama padan.

Satu perkongsian oleh seorang peminat di TikTok pula tentang telatah comel Intan Ladyana dan Harris Alif nampaknya menjadi bualan hangat di platform tersebut apabila memaparkan momen sweet mereka.

Dalam video dikatakan momen sweet tersebut ketika mereka shooting sempena hari raya namun nampaknya telatah mereka disaat itu kembali menarik tumpuan ramai.

Apa tidaknya, Harris Alif membuatkan peminat turut sama tersenyum menyaksikan dia bersama Intan Ladyana disaat shooting bersama sehinggakan video dikongsikan oleh pengguna atas nama @Wegomaximum meraih ribuan tanda suka.Lalu ruangan komen pula dihujani dengan pelbagai reaksi oleh warganet yang merasa tercuit hati dengan pasangan terbabit, sangat comel!

“Anak diorang mesti comel, semoga mereka berdua sehingga ke syurga…”

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Elvina kongsikan rakaman IG live. Boleh pula ada pemuda tampil tunjukkan sesuatu sampai buat Elvina serik.

Terkejut. Itu perasaan dialami pelakon Elvina Mohamad apabila tanpa semena-mena sesi siaran langsung Instagram (IG Live) bersama rakan-rakannya dicm4ri kejadian tidak dijangka malam tadi. Pada mulanya, Elvina tampil bersiaran langsung bersama dua orang rakannya sebelum salah seorang rakan mereka yang lain menghantar permintaan untuk turut serta dalam perbualan tersebut. Ml4ngnya, individu yang muncul dalam IG Live mereka bukanlah orang yang dikenali tetapi seorang lelaki yang bertindak melakukan perbuatan keji dengan menunjukkan kemlvannya.

“Ceritanya, salah seorang rakan ajak saya Live, saja nak lepaskan rindu sebab dah lama tak jumpa. Maklumlah sepanjang pandemik, media sosial jadi tempat kita nak lepas rindu, kekal berhubungan dengan semua orang. Ml4ngnya, lain pula yang jadi! Salah seorang rakan kami komen minta nak sertai Live, jadi Zawa pun terima. Tak sangka yang masuk adalah orang lain, individu yang tak bertanggungjawab godam Live kami dengan menunjukkan anv dia!” kata Elvina.

Perkara berkenaan dikongsikan Elvina dengan memuat naik rakaman Live yang memaparkan kemunculan individu itu yang sempat dirakam salah seorang pengikutnya dalam Instagram. Nyata terkejut dengan kejadian menimpanya dan rakan-rakan, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu memberi am4ran kepada pelaku agar menghentikan perbuatan jj1k tersebut. Malah Elvina mendapat maklumat bahawa ini bukan kali kejadian pertama lelaki berkenaan menggodam IG Live orang lain dan meminta semua agar berhati-hati.

“Kepada individu yang tak bertanggungjawab tersebut, media sosial bukan tempat untuk melepaskan nafsv ya. Tolong hentikan buat benda tak senonoh tu! Engkau dah kenapa. Dah gila s3ks sangat ke. Geram pula kita. Okeylah, saya nak tenangkan diri sekejap yang masih terkejut ni. Nak pergi cuci mata dengan Dettol sebab dah tertengok anvnya tadi! Mimpi ngeri dan tr4vma,” tulisnya. Akibat kejadian tersebut, Elvina mengakui tr4vma sehingga tidak berani untuk mengadakan IG Live selepas ini.

“Saya masih tak dapat nak lupakan. Masih terkejut dan tak tahu nak cakap apa. Masalahnya itu memang akaun kawan kami bukan akaun palsu, tapi yang masuk orang lain dan tunjuk benda tak senonoh. Saya tr4vma dan tak takut nak buat Live lagi. Dah tak berani nak jemput orang masuk dalam Live, ya Allah sangat bahaya zaman sekarang,” katanya.

Sumber– K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.