Akhirnya pihak J&T Express tampil untuk memohon maaf dan jelaskan situasi sebenar terjadi selepas tular rakaman pekerja buat hal

PETALING JAYA – Kurang jelas dengan sistem pengagihan b0nus dalam kalangan pegawai jabatan didakwa menjadi p.unca kejadlan m0gok serta tlndakan melempar barangan milik pelanggan oleh kakitangan J&T Express yang tular sejak semalam.

J&T Express menerusi satu kenyataan berhubung kejadlan itu berkata, pihak syarikat memohon maaf kepada semua yang terkesan dan sedia menerima pendapat serta cadangan orang ramai.

“Untuk menjamin kebajikan pekerja, kami mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kebenaran tentang apa yang terjadi kepada orang ramai.

“Kami komited membangunkan sistem p.ampasan dan faedah yang lengkap untuk meningkatkan faedah pekerja, jadi J&T telah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun setelah pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus, serta Undang-Undang Perburuhan Malaysia,” katanya.

Tambah kenyataan itu, b0nus penuh dibayar kepada pekerja yang telah bekerja selama satu tahun dan b0nus dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun.

“Oleh kerana kurang jelas sistem pengagihan b0nus di kalangan pegawai jabatan, ia menyebabkan pengagihan bungkusan secara ganas yang berlaku pada 4 Februari lalu termasuk mengh.asut beberapa pekerja untuk membuat gang.guan serta menyebarkan video ke media sosial.

“Kami ingin menjelaskan bahawa J&T tidak akan memotong atau berh.utang gaji kepada pekerja, dan pihak kami akan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat dan institusi berkenaan,” ujarnya.

Mengulas lanjut berhubung inslden tersebut, J&T Express sekali lagi meminta maaf atas kekurangan dalam pengurusan yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati dan kerugian kepada pelanggan mereka.

Kepada pelanggan yang dihormati,

Para pekerja J&T Express Perak ingin meminta maaf atas perangai pekerja dalam mengagihkan bungkusan dengan secara ganas dan sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Pihak J&T Express akan menyediakan lebih banyak latihan kepada pekerja kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Di samping itu, pihak J&T Express ingin menjelaskan perkara tentang pekerja J&T mogok dan tentang komisen adalah tidak benar. Segala perkara yang berlaku adalah satu salah faham semata-mata. Sekali lagi, J&T Express ingin meminta maaf atas kejadian yang tidak diingini.

Pihak J&T Express akan sedaya upaya meningkatkan mutu perkhidmatan kami.

Sekian terima kasih.

“Kami akan memikul semua tanggungjawab yang harus kami pikul dengan segera untuk meningkatkan standard pengurusan dan perkhidmatan kami seperti menyediakan latihan lebih profesional untuk memberikan perkhidmatan ekspres yang boleh dipercayai dan cekap kepada pengguna Malaysia,” ujar kenyataan itu.

Difahamkan, Pengurusan J&T Perak telah menangani dan menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku pada kakitangan terlibat dan pada 5 Februari lalu, para pekerja telah menjalankan tugas seperti biasa untuk menyusun serta mempr0ses bungkusan pelanggan.

Kredit : KosmoOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.