Alam Wakaka hilang kata dan terasa macam nak pengsan semasa malam sambutan hari jadi. Hadiah paling bermakna sepanjang 35 tahun saya di dunia.

SAMBUTAN ulang tahun kelahiran ke-35 pelakon dan penari Alam Wakaka cukup bermakna apabila dia menerima kejvtan isterinya, Nurul Alisya Najwa Hazman yang kini hamil anak sulung mereka.

Menurut Alam atau nama sebenar Haslam Abdul Rahman, dia tidak menyangka akan menerima ‘hadiah’ istimewa itu semasa majlis hari jadi yang diadakan bersama keluarga pada malam Selasa.

Lebih membuatkan dia terharu, apabila isteri dan keluarga merahsiakan mengenai berita gembira itu.

“Rupa-rupanya sudah beberapa hari isteri, kakak ipar dan ibu mentua berpakat merahsiakan hal ini sampailah malam sambutan hari jadi… saya tak tahu langsung tentang kejutan ini!

“Semasa mereka suruh buka kotak hadiah, saya ingat mereka nak prank letak lipas dalam tu… tapi tak sangka ada baju baby dan alat ujian kehamilan.

Momen semasa Alam mengetahui isterinya hamil.

“Memang terkejut sangat sampai saya hilang kata-kata, terasa macam nak pengsan… Alhamdulillah ini adalah hadiah paling bermakna sepanjang 35 tahun saya di dunia,” katanya kepada mStar.

Alam dan Najwa, 20, mendirikan rumah tangga di Pejabat Agama Segamat, Johor pada 7 Mac lalu.

Tentang jantina saya tak kisah, lelaki atau perempuan kami terima sahaja.

Sementara itu, Alam memberitahu isterinya yang kini hamil sebulan tidak pernah menunjukkan sebarang s1mptom ibu mengandung.

“Selama ini memang saya tak sedar tanda isteri hamil, ada la sesekali dia muntah-muntah tapi saya fikir itu perkara biasa kerana salah makan.

Alam luah syukur di Instagram.

“Minggu lepas dia dan ibu mentua pergi buat pemeriksaan doktor tanpa pengetahuan saya… mereka simpan rahsia sebab sudah merancang nak buat kejvtan sempena birthday saya.

“Syukur kesihatan isteri baik-baik sahaja. Rasa macam mimpi, bangun tidur pagi ini saya terus tanya isteri dulu apa yang diperlukan sebab dah tahu dia hamil,” ujarnya.

Enam bulan berkahwin, Alam dan isteri tak pernah tertekan memikirkan soal anak.

Ditanya mengenai jantina anak, Alam berkata dia tidak kisah dan menerima apa jua rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

“Tentang jantina saya tak kisah. Lelaki atau perempuan kami terima sahaja.

“Kandungan isteri pun masih baharu, jadi penjagaan itu lebih penting. Saya dan isteri pun sebelum ini tak pernah terlalu memikirkan tentang zuriat, kami selalu fikir kalau ada rezeki, ada la…

“Syukur Alhamdulillah rezeki isteri hamil selepas beberapa bulan kami berkahwin. Doakan semoga isteri dan anak saya terus sihat sehingga hari kelahiran ya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Nampak macam dah hamil. Ramai yang ucapkan tahniah lepas Neelofa muat naik gambar nampak macam mengandung. 

Jika sudah namanya Neelofa, apa sahaja dilakukannya pasti akan mengundang perhatian ramai. Terbaharu, selebriti berniqab itu menarik perhatian ramai menerusi sekeping gambar berjubah yang menampakkan bentuk badan agak beriisi seperti wanita yang sudah berbadan dua.

Dakwaan tersebut timbul selepas akaun Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya Haris Ismail, @Markaztijaari memuat naik sekeping gambar mereka berdua. Menerusi foto yang memaparkan bekas pengacara MeleTOP itu disisinya suaminya, Neelofa yang menyarung jubah berwarna coklat menuai pujian ramai.

Tidak terhenti di situ, terdapat juga yang mengatakan penampilan selebriti berusia 32 tahun itu sudah menampakkan ‘baby bvmp’, sementelah sudah lebih tiga bulan bergelar isteri. “Baby bvmp. Alhamdulillah jika betul,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Wah, nampak maca pregnant (mengandung),” celah seorang lagi pengikut. Komen tersebut turut disambut beberapa peminat lain yang menyifatkan busana jenama berkenaan sesuai untuk dipakai wanita hamiil.

“Alhamdulillah, cantik. Cantiknya Neelofa. Berisii tu,” tulis seorang pengikut. Ura-ura pemilik empayar jenama Naelofar itu hamiil telah hAngat diperkatakan sejak bulan lalu selepas dia meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut dalam sekeping foto yang dimuat naik pada hari raya Aidilfitri lalu.

Sehingga kini, masih tiada sebarang daripada pengesahan dikeluarkan daripada pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu mahupun suaminya. Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz bernikah dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sebelum ini, Haris pernah berhasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan svcinya bersama pengacara Next To Neelofa itu.

Sumber : KOSMO ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : awatt syeikhhh network

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.