Alasan PKPB juga dia pakai bila dah kant0i tidur debgan kekasih

Alor Setar: Dua pasangan dicekup berkh4lwat di bilik berasingan di sebuah bangunan yang dijadikan bilik sewa di Jalan Langgar, di sini, semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) serentak dalam operasi jam 12.34 tengah malam berdasarkan maklumat dan risikan.

Dalam serbuan itu, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang menetap di sekitar bandar raya ini memberi alasan tidak sempat pulang ke rumah kerana lewat malam dan menumpang di sebuah bilik disewa bersama rakan lelakinya.

Malah, remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu mengakui baru mengenali lelakinya yang berusia 21 tahun itu.

Sementara itu, serbuan di bilik bersebelahan pula menemui pasangan berusia 18 dan 19 tahun yang gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri.

Bagi Alasan PKPB

Remaja perempuan itu mendakwa dia baru pulang bekerja dan tidak mempunyai surat kebenaran pulang ke rumah di Jitra disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan dia menyewa di situ bersama pasangannya.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibebaskan selepas keterangan diambil,” katanya.

“Mereka kemudian diberi tarikh untuk hadir ke pejabat agama sebelum perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah berdasarkan kesal4han yang dilakukan,” katanya

PKPB: Apa yang boleh, apa yang tidak

Bzrikut panduan berkaitan pelaksanaan itu namun harus diingat, prosedur operasi standard (SOP) mungkin berubah kerana kerajaan masih meneliti peraturan yang perlu dibuat.

Kenapa PKPB dilaksanakan?

Pelaksanaan ini terpaksa dilakukan susulan kes COVID-19 yang semakin meningkat di sesebuah kawasan dan seperti kita tahu, di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kesnya meningkat.

PKPB terpaksa dilaksanakan bagi membendung penularan virus tersebut agar ia tidak terus merebak ke tempat lain meskipun tidak banyak zon merah dalam negeri berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, PKPB adalah pendekatan terbaik untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19, selain mampu mengawal jangkitan rentas daerah atau negeri dengan lebih berkesan.

Kita tidak boleh hanya melihat dan menunggu zon kuning menjadi merah,” katanya dalam sidang media pada Isnin, sambil Dr Noor Hisham menjelaskan, pelaksanaan di seluruh Lembah Klang adalah kerana kawasan itu merekodkan kes baharu secara berselerak.

Berikut antara panduan yang mungkin boleh membantu anda:

Adakah keluar rumah dibenarkan?

Boleh namun hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar untuk memberi barang keperluan.

Bagi mereka yang mahu keluar bekerja, mereka dibenarkan berbuat demikian namun perlu mempunyai surat kebenaran daripada majikan.
Bolehkah balik kampung?

Kalau kampung dalam satu daerah, dibenarkan kerana tidak merentas daerah.
Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan penduduk.

Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah – iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang.
Anda harus kekal berada di daerah anda.
Bagaimana jika saya perlu bekerja di daerah lain?

Pengecualian ada untuk anda yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja. Syaratnya, menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan di sekatan jalan raya.

Bolehkah saya pergi bekerja?

Boleh, kerana sektor perniagaan dibenarkan untuk beroperasi. Sekali lagi diingatkan, bawa surat kebenaran daripada majikan bersama anda bagi memudahkan urusan.

Boleh makan di restoran?

Sekiranya melihat PKPB sebelum ini, tidak dibenarkan makan di restoran, hanya bungkus dan bawa pulang.

Penghantaran makanan juga dibenarkan dalam tempoh ini.

Bolehkah hantar anak ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?

Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup.

Sekatan masa dikenakan untuk melakukan perjalanan dan operasi perniagaan?
Ya. Perincian akan diumumkan tidak lama lagi.

Bolehkah saya beriadah di taman?

Tidak. Semua taman awam dan pusat rekreasi akan ditutup.

Anda juga tidak dibenarkan keluar untuk aktiviti rekreasi seperti bersenam atau menunggang basikal.

Kredit: trendingsangat