Aliff Syukri layan ibu bagai pemaisuri. Sekali DS Shahida dedah rahsia utama kejayaan Aliff Syukri.

Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pasti ramai yang terbayang gelagat bersahaja serta happy go lucky usahawan terkenal tersebut di media sosial. Selain berkongsi gaya hidup serba mewah serta rutin harian keluarganya, tidak dinafikan lagi ramai pengikut gemar melihat hubungan akrab usahawan berusia 34 tahun itu bersama ibunya, Bonda Rozita Ibrahim.