Tak sangka Alif Aziz dipenjjara dua minggu disebabkan hal ini

PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz dijatuhkan hukuman penj4ra dua minggu dan denda RM1500 ($500) pada Selasa selepas didapati bersalah mencuvri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Aliff, 29, mengaku bersalah di Mahkamah Negara Singapura atas dua pertuduhan itu pada 7 Ogos lalu.

Kes mencuvri

Menerusi kertas pertuduhan yang dibacakan, Aliff didakwa mencuvri wang sebanyak S $300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.

Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siaw berkata, Aliff kemudian mengakui telah mencuvri wang tunai itu kerana “dia memerlukan wang”.

Aliff kemudian menggunakan wang tunai itu untuk makanan dan pengangkutan.

Sementara itu, dalam kes berbeza, Aliff didapati m4buk di bawah jambatan pusat membeli-belah Orchard Towers sekitar pukul 5.30 pagi pada 10 November tahun lalu.

Seorang pegawai polis yang berada di sekitarnya melihat dia menjerit dengan kuat dan memberi isyarat kepada seseorang.

Sarjan Theodore Lee, 24, meminta Aliff untuk bertenang dan dia mematuhinya sebelum berlalu pergi, dia kemudian melakukan tindakan serupa lagi sekitar satu jam kemudian.

Aliff mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 2007 selepas memenangi Singapore Idol versi Suria saluran Melayu iaitu Anugerah.

Penyanyi lagu Sayang-Sayang menjadi perhatian tahun lalu kerana isu cura4ng dengan isterinya Bella Astillah.

Pasangan yang berkahwin pada 2016 itu berpisah pada 16 Mei tahun lalu, namun kembali rujuk dalam tempoh edah.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.