Ini alasan Ds Ismail Batalkan Sidang Media Pada Hari Ni.

Ini respond dari datuk seri ismail sabri yaacob berkenaan dengan sidang media yang terpaksa dibatalkan.

“Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini.

Sebenarnya pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penularan COV19 seperti memperkenalkan PKPB zon Kota Kinabalu termasuk Penampang dan Putatan.

Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa YB Menteri Hal Ehwal Agama didapati positif COV19.

Saya berada di dalam mesyuarat tersebut. Oleh itu saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test dan balik ke rumah untuk ‘self-quarantine’.

Saya tidak mahu Sidang Media saya itu boleh membahayakan para media.

InsyaAllah esok keputusan swab test saya itu akan keluar.

Doakan agar keputusan swab test nanti negatif.”

sumber dari petikan page facebook datuk seri ismail sabri yaakob