Altimet sokong kempen bendera putih dan ingin hulurkan bantuan bermula esok. Sekali ini pesanan Altimet buat orang yang memerlukan.

Penyanyi rap, Altimet menyokong kempen mengibarkan bendera putih dan bakal menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan bermula esok (Jumaat). Altimet memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.

Justeru itu, Altimet memohon agar mereka yang memerlukan bantuan tidak perlu berasa malu untuk mengibarkan bendera putih. Altimet juga menegaskan bahawa dia bersama seorang rakannya hanya akan tinggalkan barangan di hadapan pintu pagar rumah dan tidak perlu mengambil gambar untuk dimuat naik di mana-mana platform.

“Tidak perlu malu, kami tidak mahu untuk mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan upload. Kamu jiran-jiran kami, cel4kalah kami kalau tak tolong jiran sendiri. InsyaAllah hajat kami meronda setiap Jumaat sehingga tiada satu pun bendera berkibar,” tulisnya.

Altimet akan membuat rondaan untuk menghulurkan bantuan di sekitar Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak. Kepada anda yang ingin membantu boleh menyalurkan dana ke akaun yang telah disediakan (Maybank: 564874006702).

Sumber: GEMPAK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Glndangan harap ada pihak yang boleh bantu daftar vaksin Covid 19. Ada banyak masalah yang timbul untuk mereka daftar.

Gelandangan di negeri ini berharap ada pihak yang sudi membantu urusan pendaftaran bagi membolehkan mereka menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK). Ketiadaan telefon pintar selain ada antara mereka daripada kalangan warga emas menyebabkan proses pendaftaran tidak dapat dilakukan menerusi Aplikasi MySejahtera dan memerlukan bantuan daripada pihak lain bagi melakukan urusan itu.

Seramai kira-kira 30 gelandangan dikenal pasti menjadikan beberapa lokasi awam di sekitar bandar ini sebagai tempat tinggal antaranya kawasan Pasar Besar Kedai Payang, Dataran Shahbandar dan Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Amran Yusof, 32, berkata, gelandangan juga manusia biasa dan memerlukan vaksin bagi mengekang penularan virus Covid-19.

“Cuma cara hidup berbeza disebabkan tidak memiliki tempat tinggal yang tetap dan gelandangan juga ada perasaan takut dengan wabak yang boleh memberi bahaya ini,” katanya yang berasal dari Pulau Redang.

Dia yang hidup sebagai gelandangan selepas kedua ibu bapanya telah pergi kira-kira sembilan tahun lalu, berharap ada pihak yang sudi membantu mereka menguruskan pendaftaran bagi membolehkan mereka menerima vaksin.

Warga emas, Osman Muda, 80, dari Kampung Kota Lama, di sini, juga menaruh harapan sama memandangkan corak kehidupan mereka yang berisiko tinggi dijangkiti wabak berkenaan. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Al-Muttaqim, Tengku Khairul Idham Che Ku Abu Bakar berkata, pihaknya menyedari kesulitan dialami golongan berkenaan untuk melakukan urusan pendaftaran.

Beliau berkata, pihaknya tidak ada kuasa untuk urusan pendaftaran vaksin dan akan memanjangkan perkara itu kepada pihak yang berkaitan bagi membolehkan mereka menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Bagaimanapun, kita sentiasa mengingatkan mereka supaya sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan diri bagi mengelak terkena jangkitan penyakit khususnya Covid-19,” katanya selepas menyantuni gelandangan menerusi Program Jiwa Murni di kawasan Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, malam tadi.

Program anjuran Masjid Al-Muttaqim, Kepong, di sini, itu turut mendapat kerjasama badan bukan kerajaan, Briged Keselamatan Negeri Terengganu. Selain sumbangan barangan keperluan dan makanan, pihaknya juga mengagihkan pelitup muka kepada golongan terbabit.

Sumber : Trending sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah berlangsung berbulan-bulan membuatkan lebih ramai yang kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal. Jadi, mereka yang bergelar gelandangan juga semakin bertambah disebabkan masalah kewangan yang mereka hadapi.

Justeru itu, golongan seperti mereka antara yang perlu dibantu memandangkan mereka juga perlu meneruskan hidup ketika waktu sukar ini. Bantu gelandangan balik ke keluarga. Jadi, satu badan bukan kerajaan (NGO) telah turun padang membantu gelandangan yang kesusahan dengan memberikan makanan kepada mereka.

Namun, disebalik perkongsian-perkongsian yang dibuat di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @firdaus_nazri memaklumkan telah membantu satu keluarga menemui semula ahli keluarga mereka yang lama terpisah melalui posting video yang dibuat.

Keluarga ingat dah pergi buat selamanya
Oleh sebab itu, ahli keluarga gelandangan tersebut terus menghubungi pihak NGO dan mendapatkan maklumat berkenaan lokasi lelaki berkenaan. Mereka sempat berbual menerusi video call dan bertanya khabar mengenai kesihatan masing-masing. Menurut pemanggil telefon tersebut, mereka menyangka bahawa gelandangan itu sudah meninggal dunia namun rupanya masih lagi hidup.

Pihak NGO begitu bersyukur dan gembira kerana akhirnya gelandangan lelaki itu kembali semula kepada keluarganya selepas bertahun-tahun hidup di jalanan. Selepas gelandangan itu membersihkan diri dan kembali merapikan wajah, ahli keluarga telah membawanya melakukan pemeriksaan ke klinik sebelum membawa pulang ke rumah. Pihak ahli keluarga juga tidak henti-henti mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan NGO tersebut kerana memberi bantuan serta memudahkan proses membawa pulang gelandangan tersebut kepada keluarga semula.

Sumber : ohmymediaPERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.