Pelawak tapi pemurah. Amar Asyraf sebak Zizan masuk live beli baju dan sambal dengan harga ini.

Pelakon Amar Asyraf mengakui tersentuh dan terharu dengan kemurahan hati pelawak terkenal iaitu Zizan Razak yang sudi membeli baju dan sambal yang dijualnya menerusi sesi live di Instagramnya malam tadi. Bukan itu sahaja, Zizan turut meminta Amar menyedekahkan hasil pembeliannya itu kepada orang ramai.

Berdasarkan sesi live yang berlangsung selama satu jam itu memperlihatkan Amar Asyraf berusaha mempromosikan baju jualannya dengan memberikan kod kepada penonton. Pada 15 minit terawal, Amar memaklumkan tiada seorang pun yang membeli baju tersebut akan tetapi dia tidak mudah berputus asa dan tetap mempromosikan barang jualannya itu.

Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu, pelawak terkenal iaitu Zizan Razak telah membeli baju daripada Amar dengan jumlah keseluruhan berharga RM500. Bukan itu sahaja, Zizan turut menambah RM500 lagi dengan membeli sambal yang dijual Amar. Zizan meminta baju dan sambal yang dibelinya itu disedekahkan kepada orang ramai.

“Cer tengok baju. Saya nak beli lah. Saya nak beli dalam RM500 lepas tu awak sedekahlah dekat sesiapa. Nanti saya DM nombor saya, awak bagi nombor akaun. Then sedekah dekat sesiapa.Saya masuk RM1000, RM500 untuk baju, RM500 untuk sambal.”

Bukan itu sahaja, pelakon Johan Arrif juga telah membeli baju daripada Amar dengan harga RM200. Dalam kesempatan itu, Amar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Zizan dan Johan kerana bermurah hati membeli baju dan sambal jualannya untuk disedekahkan kepada orang ramai.

Allahuakhbar. Hari ni Allah hantar @zizanrazak869 untuk saya. kemudian @johanarrif_asari tolong saya.tadi saya nampak seorang lagi saudara saya @zahiriladzim jugak.Terima Kasih Jugak pada ramai lagi yang beli untuk sedekah baju pada viewers. Saya tak tahu nak cakap macam mana. kalau ada rakan rakan terdekat saya tak perasan tadi saya minta maaf. terima kasih tolong saya. Betapa jasa tuan puan Allah sahaja yang dapat balas.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Zizan Razak pula yang persoalkan kenapa namanya dan Dato Aliff Syukri tidak ada dalam senarai. Rupanya ini yang dia maksudkan.

Umum mengetahui semalam telah keluar nama-nama menteri di dalam kabinet yang bakal bersama-sama perdana menteri ke-9 Malaysia, Datuk Ismail Sabri untuk memimpin Malaysia ke arah yang lebih baik. Namun, lain pula jadinya dengan pelawak terkenal ini, Zizan Razak apabila mempersoalkan kenapa namanya dan Dato Aliff Syukri tidak tersenarai dalam kabinet terbaru. Kerana sebelum ini sempat bergurau dengan Dato Aliff, bahawa dia akan turut sama bertanding bagi mendapatkan jawatan timbalan PM manakala Dato ALiff pula Perdana Menteri ke 9.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CSuOABKJQS8/?utm_source=ig_embed&ig_rid=e4501eac-768d-4cd8-8506-c5247936ca97

Memuat naik sekeping gambarnya di laman sosial instagram mempersoalkan Dato Aliff Syukri, dan sempat juga berseloroh, bahawa nama mereka berdua mungkin di simpan di dalam almari. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut terhibur dgn gurauan Zizan itu.

Aliff Syukri tertekan rumah yang ingin dia jual dengan harga RM 6 Juta masih belum ada pembeli. Sekali tak sangka ianya undang kritikan.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tertekan apabila sebuah rumah miliknya yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur masih belum terjual. Luahan itu dibuat Aliff menerusi satu posting di Instagramnya, semalam. Menurut Aliff, rumah berkenaan dijual pada harga RM6 juta dan ia lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM6.5 juta.

“Home sweet home bawah Pavilion mall Bukit Bintang dan berjiran dengan JW Marriot. Menunggu pembeli rumah ini yang tidak kunjung tiba, saya jer duduk sini. Saya dah jual murah RM6 juta jer sebab harga market value adalah RM6.5 juta,” katanya.

Menurutnya, antara faktor utama rumah tersebut masih belum dijual berkemungkinan berpunca daripada situasi pandemik yang melanda negara. “Tak tahu apa masalah masih tak ada pembeli sekarang ni musim Covid-19 nak shopping semua tutup kedai. Kalau siapa nak beli hubungi manager saya,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen kebanyakannya bersetuju situasi pandemik menjadi punca jualan rumah semakin sepi. Pun begitu, ramai juga menganggap ayat digunakan Aliff itu seolah nilai RM6 juta adalah jumlah yang kecil. “Jangan kata 6 juta, silap-silap RM6 pun tak ada datuk” Datuk ingat beli rumah macam beli goreng pisang?” Sedih saya, harap ada yang beli rumah datuk,” tulis beberapa warganet. Sumber : Gempak

Aliff Syukri sebak bila lihat bangunan yang dibelinya jadi macam ni. Tapi lega sebab namanya terkenal boleh buat macam ni.

Ahli perniagaan yang juga pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan rasa sedih apabila mengenangkan sebuah bangunan yang dibeli kini sudah dikosongkan. Sambil bertanya sampai bila fasa pandemik ini akan berakhir, bintang filem Badang itu turut memohon doa agar terus dikurniakan kekuatan dalam meneruskan perniagaan.

“Says sedih dan pilu melihat bangunan yang dibeli ini kosong. Dahulunya ceria penuh dengan gelak tawa dan happy tetapi benda ini hanya tinggal kenangan. Bila rasanya nak berakhir Covid 19 ni? Ya Allah Ya Tuhanku Engkau kuatkan lah semangat aku untuk teruskan perniagaan ini. Bila saya melihat banyak syarikat-syarikat gergasi International yang dah lingkup dan tutup gara-gara Covid 19,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut berdoa moga rezeki yang diraihnya itu mampu dikongsi bersama orang lain. “Semoga company saya dipelihara dan masih kuat bertahan. Semoga dengan rezeki ini boleh saya membantu bangsa, rakyat, agama dan juga memberi bantuan kepada yang memerlukan. Amin Amin Ya Rabalamin…nasib baik sy terkenal boleh niaga online,” katanya yang turut mahu berkongsi mengenai dunia perniagaan kepada mereka yang berminat.

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, meluahkan rasa sedih dan rindu untuk kembali bebas semula seperti sedia kala sebelum negara dilanda wabak pandemlk Covid 19. Menerusi perkongsian di entri Instagram Aliff, dia juga meluahkan rasa gembira jika hasratnya hanya dapat membeli belah di Pavillion Kuala Lumpur, walaupun tdak dapat melancong ke luar negara. Tambahnya lagi, dia mendkwa sudah tdak sanggup untuk menunggu semua sektor kembali beroperasi yang dijangka pada hujung tahun ini.

“Bila boleh bebas macam dulu. Tidak dapat pergi luar negara, dapat membeli belah pun saya sudah gembira. Ini rumah saya dekat pusat beli belah ternama, nak pergi ke sana pun tutup. Rasa tak sanggup nak tunggu bulan Oktober, lamanya. Kenapa boleh jadi macam ini Malaysia?” luahnya.

Menerusi tinjauan di komen tersebut, rata-rata warganet meminta supaya Aliff bersabar untuk merealisasikan hasratnya tersebut. “Orang dekat Palestin nak fikir enjoy pun tak boleh Datuk. Rileks sahaja, rumah dah besar, pergilah main lari-lari dalam rumah,” tulisnya. Sumber : utusan malaysia

Sekali lagi Dato Aliff Syukri buat hal. Kali ni bukan gara gara vaksin tapi sebab pkp lama sangat sampai jadi macam ni.

Siapa saja tak kenal dengan usahawan terkenal Dato Seri Aliff Syukri, yang sentiasa terpalit dengan pelbagai kontroversi. Sebelum ini, ketika menyambut ulang tahunnya yang ke-34 dia ada menyatakan hasratnya untuk menjadi insan lebih baik lepas lihat kepada anak-anaknya yang semakin besar. Niatnya itu mendapat feedback positif daripada warganet yang komen di akaun Instagramnya.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Aliff sekali lagi dikatakan ‘buat hal’ berkaitan dengan lagu pkp pula. Ini bukan effects veksin ini effects pkp. Pak menteri bila ya nak habis pkp ni???? Sy segan nak tnya tpi sy dah x boleh tahan.. sy dah bosan dok rumah klau lama lagi mudarat sy lah mcm ni pak menteri.. Kesian lah dengan keluarga saya dan kakitangan saya yang ada beratus2 org ini..saya harap belas kasihan daripada pak menteri.

Sy ni.. Nampak sahaja happy. Tapi bila dah PKP terlalu panjang inilah jadinya dalam bilik air pun boleh berjoget nak menggembirakan hati yang sedih sebab PKP yang bersambung lagi. Nak buat macam mana kenalah ikut arahan kerajaan…tpi bangunan sy yg byk siapa nak bayar? Gaji staff? Iklan? Resort sy? Bisnes? Binatang? Smua nak makan dan pakai duit

Jauh di sudut hati saya kesian sangat tengok orang kena buang kerja dengan jumlah perpisahan yang banyak dan jumlah orang membahayakan diri lagi hari2..dan duit jatuh lagi. Bisnes sy import esport pun teruk…

Pening kepala dan tabahkan sahajalah. Apa apapun kita happykanlah diri. Jika bukan kita yang happykan diri, siapa lagi kan.. sy amat terkesan korang mcm mana?? Cuba kongsikan masalah korang??

VIDEO:

https://www.instagram.com/p/CQtK7sqr7lQ/

Dengan tindakan Aliff Syukri tersebut telah membuatkan Bonda Rozita turut tinggalkan komen buat Aliff. Sumber : http://www.dnq.pw/

Badan jadi lemah lepas kena suntik vaksin. Terkejut bila Dato Aliff Syukri dedahkan keadaan terkini lepas 12 jam ambil vaksin.

Pemberian suntikan vaksin covid-19 semakin rancak dijalankan dengan Program Imunisasi covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sudah memasuki fasa ketiga. Perkembangan itu adalah satu berita baik yang mana menunjukkan semakin ramai yang sedar akan kepentingan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Pada 27 Jun 2021, usahawan terkenal Dato’ Sri Aliff Syukri telah memberitahu bahawa beliau sudah mendapat suntikan dos pertama vaksin covid-19. “Sumpah badan sy lemah dan deman teruk lps cucuk viksin.. semalan sy kuat.. siapa tngok ig storey sy tau… tpi lps 12jam sy rebah.. pening, tangan mengelatar, tiada selera makan sakit smua ada apa patut sy buat??

Bagaimanapun, beliau telah mengalami rasa lemah badan serta demam. Menceritakan tentang kesan yang dialami selepas 12 jam disuntik, Aliff memohon pendapat orang ramai mengenai situasinya tersebut. Oleh itu melalui ruangan komen, warganet menulis pandangan dan nasihat mereka untuk perkongsian berkenaan.

Situasi yang dialami Aliff adalah kesan biasa yang turut dilalui orang lain. Namun ia tidaklah berpanjangan dan akan beransur hilang. Apa-apa pun syabas diucapkan kepada Aliff kerana telah mendapatkan suntikan dos pertama covid-19 walaupun beliau dikhabarkan seorang yang takut jarum. Sumber : hotfm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.