Amir Hasan terkilan dan kecewa dituduh mengambil tanpa izin duit Andi Bernadee.

Tidak semena-mena nama penyanyi Amir Hasan menjadi bahan bualan warganet apabila didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab mengambil wang penyanyi Andi Bernadee berjumlah RM70,000. Beliau sangat terkejut dengan pertuduhan berat seperti itu, Amir atau nama sebenarnya Amir Abu Hassan tampil mempertahankan diri.

Amir menyedari namanya mula ‘dipetik’ warganet setelah membuka Instagram di mana dia menerima banyak mesej dan komen daripada beberapa orang berkaitan dengan kes itu.Dan ini penafian beliau tentang isu ini.Sangat terkejut dengan pertuduhan berat seperti itu.

Andi turut memohon agar warganet berhenti melemparkan fitnah terhadap rakan selebritinya.Amir mengakui media sosialnya dibanjiri komen yang rata-rata mengaitkan namanya dengan kes itu sejak semalam.“Semalam, saya terkejut apabila dapat banyak komen di Instagram. Apabila buka dan baca, semua cakap mengenai tuduhan tidak berasas itu.

“Setahu saya, individu yang menipu Andi itu adalah orang yang menguruskan kerjayanya. Sejak bila pula saya mengurus kerjaya Andi? Tak masuk akal!”

“Mungkin warganet syak saya sebab hint yang Andi berikan. Kebetulan memang jangka masa saya kenal Andi sudah dua hingga tiga tahun. Memang saya kawan baik Andi tapi saya bukan individu yang didakwa. Paling sedih apabila ada warganet yang mengaitkan nama arwah bapa saya. Dia komen kata bapa saya beri duit ke sampai nak curi duit orang.” ujar Amir.

Penyanyi lagu Bicaramu ini juga memaklumkan bahawa dia sudah menyerahkan semua kepada pihak polis dan peguam untuk tindakan seterusnya.

Terdahulu, penyanyi Andi Bernadee mendakwa dia telah ditipu oleh rakan baik yang juga merangkap pembantu peribadinya sehingga menyebabkan dia kerugian puluhan ribu ringgit.Andi juga telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan tindakan undang-undang sewajarnya.

Andi Bernadee dianiaya kawan baik, kerugian RM70K . Saya terpaksa tipu mak kata duit hilang.

HARAPKAN pagar, pagar makan padi. itu yang terjadi kepada penyanyi Andi Bernadee apabila mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Susulan itu, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile​, 30, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pagi, Rabu.Dakwa Andi individu tersebut menggunakan aplikasi WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan urusan kerja yang melibatkan transaksi bayaran.

“Kes yang saya laporkan ini melibatkan pecah amanah… orang yang saya percaya dan bawa masuk dalam industri. Saya sendiri tak sangka dengan apa individu itu sudah lakukan.

“Dia sudah kacau periuk nasi saya, malukan saya, fitnah dan burukkan saya dekat produksi serta kawan-kawan saya. Sedangkan dia telah songlap duit saya.

“Saya langsung tak dapat duit hasil kerja saya tahun ini hampir RM70,000. Duit itu merupakan bayaran saya berlakon dan bekerja untuk syarikat baju.

“Dia manipulasikan WhatsApp saya dan hantar kepada client… client percaya, buat transaksi bayaran itu kepada akaun peribadi dia”.Penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang itu hadir di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur bersama pengurus, Nasir Deraman dan peguamnya iaitu Faizal Rahman.Dalam pada itu, Andi berkata, dia mula mengesyaki ditipu individu tersebut selepas menyedari tidak menerima wang hasil kerjanya sejak awal tahun.

Malah Andi memberitahu dia sudah bersemuka dengan kawannya itu bagi menyelesaikan perkara berkenaan, namun tidak menerima respon yang baik.”Saya mula syak sebab duit saya bekerja dari awal tahun tak masuk ke dalam akaun saya. Dia asyik beri alasan resit hilang dan client tak bayar lagi.

“Sedangkan client dah bayar… rupa-rupanya dia dah makan (ambil duit). Saya mula bertanya dekat dia sejak Jun lalu. Tapi macam-macam alasan diberikan.”Ahad lalu, saya ada bersemuka dengan dia dan tanya baik-baik sebab saya ada bukti yang mengatakan bayaran sudah dilakukan ke akaun peribadi dia,” ujarnya.

Sementara itu, Andi mengakui dia lama menghilang daripada media sosial disebabkan berada dalam keadaan serabut memikirkan masalah tersebut.”Saya serabut, dalam keadaan kita sedang berdepan dengan pandemik, saya hanya harapkan duit hasil titik peluh dan kerja keras saya.

“Saya ada tanggungan keluarga. Apa yang berlaku ini memberi kesan kepada keluarga saya. Apabila mak saya bertanya… saya terpaksa tipu kata duit saya hilang,” katanya.

Andi Bernadee mengingatkan warganet jangan main tuduh rakan artis saya pula .

Berikutan laporan polis yang dibuat terhadap seorang bekas rakan baiknya semalam, penyanyi, Andi Bernadee, 30, hari ini bagaimana pun terkejut apabila sebilangan rakan-rakan artisnya yang lain telah menjadi mangsa tuduhan warganet.

Menurut Andi atau nama sebenarnya, Andi Azrul Andi Mapangile, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana dia telah menyerahkan segara urusan siasatan kepada pihak polis untuk mengendalikan kes tersebut.“Hari ini, terkejut saya, ada rakan-rakan artis yang telah dituduh berikutan kes pecah amanah saya.

“Saya mohon kepada jabatan warganet, hentikanlah aktiviti fitnah memfitnah untuk mengisi masa lapang.“Saya dah serahkan semuanya kepada pihak polis dan peguam,”katanya.Andi berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya hari ini.

Selain itu, menerusi hantaran tersebut, Andi juga memohon agar peminat dan pengikutnya mendoakan dirinya supaya dapat menegakkan kebenaran dan haknya setelah berhempas pulas demi mencari rezeki untuknya dan keluarga.

Pelbagai reaksi diterima Andi menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh rakan dan peminatnya di ruangan komen.Dalam pada itu, Andi di Instagram Story (IGS) juga ada memuat naik tangkap layar profil Instagram penyanyi, Amir Hassan dengan penjelasan ringkas.

“‘Rakan baik’ saya bukan dia,” tulisnya di IGS.Semalam, Andi membuat satu laporan polis berhubung pecah amanah dilakukan seorang rakan baik yang menyebabkan kerugian RM70,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Dang Wangi.

Menurut Andi,individu terbabit telah dikenalinya lebih dua tahun dan perbuatan tersebut menyebabkan dirinya hilang arah, terutama putus punca kewangan, khususnya pada waktu pandemik Covid-19.

SUMBER: UTUSAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.