Siang tadi merupakan hari terakhir berniaga. Amir Raja lawak terpaksa tutup gerainya gara gara punca ini.

” Selesai petang tadi niaga, semua habis, syukur pada yang Maha Pemberi Rezeki. Siang tadi adalah hari terakhir saya niaga…”. Itu perkongsian pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak, 32, yang mengakui serba-salah terpaksa menutup gerai dan sekali gus bercuti daripada berniaga air minuman diusahakannya.

Bagaimanapun keputusan itu dibuat bukan kerana tidak mendapat sambutan, sebaliknya Amir menjelaskan beliau harus kembali menjalani aktiviti penggambaran. Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata dia bercuti berniaga bermula esok memandangkan tidak akan mempunyai masa untuk membancuh sendiri air minuman dijualnya itu.

” Rasa serba salah juga nak cuti sebab bila saya ‘update’ akan cuti, ramai pelanggan datang tanya bila hari terakhir berniaga. Ada yang beli lebih dari kebiasaan. Mereka (pelanggan) pun ada minta saya bagi orang lain jaga gerai sebab senang nak datang beli nanti. Saya tak boleh buat apa sebab air minuman itu saya yang bancuh sendiri. Saya ada dua pekerja, seorang jaga gerai dan seorang lagi tolong bancuh. Sebelum ini pun, yang tolong saya niaga adalah kawan kru penggambaran dan dia pun akan start ‘shooting’ cerita sama sekali dengan saya,” katanya.

Selain tidak dapat membancuh sendiri air minuman untuk jualan berkenaan, Amir berkata juga menjalani penggambaran di Kota Bharu, Kelantan nanti. Katanya, dia mahu ambil peluang untuk luangkan masa bersama keluarganya di sana pula.

” Saya syukur alhamdulillah sangat-sangat sebab memang rindu dengan suasana penggambaran. Untuk ‘job’ pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, saya akan jayakan supertele bertajuk Hantu Mok Joh. Kebetulan lokasinya juga adalah di Kota Bharu. Alang-alang itu, saya terus balik tidur di rumah keluarga untuk lepas rindu, lagipun sudah lama tak balik ke kampung,” katanya.

Meskipun merancang cuma menutup perniagaan air minumannya selama sebulan, Amir tidak menafikan ia boleh berlanjutan sekiranya menerima lebih banyak tawaran seni dalam masa terdekat. ”Saya pasti merindui suasana berniaga dan pelanggan. Tapi, saya mungkin akan sambung cuti berniaga lagi memandangkan saya pun ada juga ejen minuman itu di Seksyen 4, Bangi. Pelanggan boleh ke tempat dia juga kalau teringin nak minum air jualan saya. Yang meniaga di sana itu pun adalah Azul iaitu pemain dram kumpulan Stings selepas tahun lalu dia menjadi ejen saya,” katanya.

Amir sangat aktif menjual beberapa jenis air minuman di gerai tepi jalan miliknya di Prima Saujana, Kajang sejak PKP 3.0 pada sekitar Jun lalu dan hebahan promosi pula sering dibuat di Instagram. Terdahulu Amir mengakui tidak kisah bersengkang mata setiap hari mengusahakan perniagaan air minumannya demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Amir berkata, aktiviti hariannya banyak dihabiskan membuat air minuman itu dan berniaga di gerai tepi jalan miliknya di Prima Saujana, Kajang. Menurut Amir, dia bersyukur punca pendapatan daripada perniagaan itu cukup untuk membeli keperluan harian biarpun keuntungan diperoleh tidak banyak.

” Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam. Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200. Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” katanya.

Pelakon drama Man Transform itu juga mengakui terharu apabila mendapat sokongan luar biasa daripada orang ramai. ”Kadang-kadang ada pembeli datang awal dan apabila tak nampak saya, mereka ingatkan gerai tak buka. Mereka akan terus hubungi saya untuk bertanya sama ada saya buka gerai. Begitu juga pelanggan yang sememangnya sudah menjadi pembeli setia sejak beberapa tahun. Perniagaan ini pun saya sudah usahakan sejak 2017 namun pada tempoh sekarang saja saya buat sepenuh masa,” katanya.

Menurut Amir, dia juga sebenarnya terkesan dari segi pendapatan apabila banyak aktiviti seni tergendala. ”Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan. Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana. Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah,” katanya. Sumber: hmetr0

Tular tentang Azlee Senario niaga buah di tapak pasar malam. Terkejut bila tiba tiba Raza Azura masuk komen.

Pelakon dan pengacara, Raja Azura mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong bisnes rakan artis yang juga merupakan pelawak, Azlee Senario. Menurut Raja Azura, Azlee kini difahamkan sedang menjalankan bisnes menjual buah-buahan segar di sebuah tapak pasar malam yang terletak di Saujana Utama.

“Jom support abang saya ni. Siapa nak buah-buahan Azle? Memang sedap fresh dan murah. Macam orangnya…pemurah. “Korang boleh pergi dekat tapak Pasar Malam Saujana Utama. Depan Petronas. beli buah je tau. Orang dia jangan sebab tuan buah tuuu dah kelat-kelat masam,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Magika itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Menerusi entri yang sama, Raja Azura juga dilihat sempat mengusik Azlee yang sibuk mempromosikan barangan jualannya itu. Dalam pada itu juga, Raja Azura turut memanjatkan doa semoga bisnes yang dijalankan oleh Azlee itu akan sentiasa dipermudahkan segala urusannya.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan abang saya meniaga insyaallah amin. Support ok gais…..#kitajagakita,” katanya lagi. Selain buah-buahan, Azlee juga dilihat menjual beberapa produk berasaskan madu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi positif selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Azlee.

“Manggis dia jual harga murah sangat. Berbaloi. “Terbaik Abang Azlee. Sempoi bak hang. “Murah manggis tu. Kalau boleh rentas, dah pergi dah dekat Abang Azlee. “Terbaik Abang Azlee meniaga. Nanti ada kesempatan saya pergi terjah,” antara reaksi-reaksi warganet di laman Instagram. Jom sama2 kita support peniagaan abg azlee senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin..

Lokasi: tapak pasar SAUJANA UTAMA

Tular Gambar Azlee Senario Berniaga Buah Dekat Tepi Jalan. Ramai Yang Puji Bila Azlee Bersikap Macam Ni.

Ramai individu yang terkesan dengan situasi ketika pandemik Covid-19 melanda negara termasuklah golongan selebriti. Sebab itulah kita dapat lihat ada sesetengah selebriti mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu atau menjual produk makanan misalannya, untuk kelansungan hidup.

Baru-baru ini, viral sekeping foto di Twitter menunjukkan pelawak Azlee Senario berniaga menjual buah-buahan di tepi jalan. Foto terbabit dipercayai diambil oleh orang awam ketika Azlee sedang duduk sambil menunggu pelanggan di kedainya yang terletak di Saujana Utama, Sungai Buloh.

Jom sama-sama kita support perniagaan abang Azlee Senario… semoga Allah luas dan permudahkan rezekinya.. amin.. “Orangnya tak sombong”

Berdasarkan komen netizen di Twitter, Azlee memang berniaga buah-buahan di tapak pasar malam Saujana Utama dan ramai yang mengajak untuk sama-sama memberi sokongan dengan membeli buah dijualnya. Sesetengah warganet dilihat memuji keperibadian Azlee yang tidak sombong dan mudah mesra selain gemar berborak dengan orang lain membuatkan dia disenangi.

“Jaga-jaga nanti ada kedai Mazlan buka dkt sebelah”

Bagaimanapun, ada juga segelintir warganet yang sempat berseloroh dengan menyelit tentang dialog mahu pun babak legend daripada filem Lagi-Lagi Senario lakonan Azlee serta rakan pelawak yang lain. Antara komen warganet adalah soalan sama ada Azlee sudah tidak menjual roti canai dan ada juga yang bergurau dengan berkata nanti Mazlan akan buka kedai di sebelahnya seperti di dalam filem tersebut.

Popular pada era 90-an, antara watak pernah dibawakan Azlee yang menjadi sebutan adalah ketika dia menjadi seorang pemuda terencat akal di dalam filem Senario The Movie, watak pemilik warung roti canai dalam filem dalam Lagi-Lagi Senario dan menerusi filem Senario Lagi sebagai suami kepada Syanie.