Amyra Rosli dikritik gara gara promosikan durian. Sekali Amar Baharin tampil backup isteri.

Menerusi perkongsian sama, Amar turut memuat naik tangkap layar komen negatif daripada warganet yang mendkwa Amyra menunjuk-nunjuk sedangkan ramai yang tidak mampu membeli buah tersebut berikutan harga yang mahal.

“Makan sorok-sorok, usah tunjuk-tunjuk. Kasihan yang teringin tapi tak mampu,” tulis seorang warganet. “Betul tu. Bukan negatif, kasihan kat orang yang teringin tapi tak mampu. Ramai artis kayangan yang tak sensitif dengan keadaan rakyat. Durian pun nak buat review ke?” soal seorang lagi warganet.

Tampil mempertahankan isterinya, pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu berkata, tiada orang lain yang akan membantu melainkan kita sesama sendiri. “Keinginan dan kemampuan adalah dua jalan berbeza. Berbelanja ikut kemampuan (keperluan). Kami pun banyak perkara yang diinginkan tapi tak mampu. Takde pula kami marah penjual Vellfire Royal Lounge. Kami beli Bezza saja. Janji boleh keluar cari rezeki, muat bawa keluarga. Syukur alhamdulillah,” katanya.

Pada masa sama, Amar mengambil kesempatan memberi sedekah buah durian yang dipromosikan Amyra kepada dua orang pengikutnya yang bertuah. “Kalau teringin makan durian, belilah ikut kemampuan. Kan ada banyak jenis durian? Tak semestinya kena beli durian yang premium macam @dooran.dooran.co. Kami faham situasi sekarang yang agak tertekan. Harap semua tingkatkan kesabaran untuk sama-sama atasi masalah pandemik ini. Kalau ada yang betul-betul teringin nak rasa durian ini, saya boleh sedekah. Tapi tak banyaklah sebab saya pun tak mampu. Nanti saya pilih dua orang yang bertuah,” ujarnya lagi.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Muat naik gambar pergi Hospital. Ramai yang teka Amyra Rosli mengandung. Sekali ini jawapan yang Amar Bahrin bagi.

Perkongsian foto dari pasangan pelakon, Amar Baharin dan isterinya, Amyra Rosli baru-baru ini di Instagram mendapat perhatian warganet. Ini kerana, ada di antara mereka yang menebak, membayangkan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu sedang hamil anak ketiga kerana hadir ke Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Malah, keberadaan Amyra bersama suami dengan mengenakan persalinan sedondon menguatkan lagi spekulasi tersebut. “Tahniah… Aryssa nak dapat adik lagi ye…,” tanya seorang warganet.

“Wah congratulations,” ucap seorang lagi warganet. “Wow tahniah Mira,” tulis seorang lain warganet lainnya. Bagaimanapun, Amar menerusi ruangan komen menjelaskan, kehadiran mereka ke lokasi berkenaan bukanlah bagi tujuan tersebut selepas ditanya seorang individu.

Malahan, anak kedua mereka, Ayra Aryssa baru sahaja mencecah usia 11 bulan. Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan anak sulung mereka, Aqeef Anaqi dilahirkan pada 15 Oktober 2017.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Amyra Rosli Dedah Sesuatu Ini Miliknya. Sekali Tak Sangka Ianya Jadi Bualan Ramai Sampai Merasakan Ini

Nama pelakon, Amyra Rosli sejak kebelakangan ini menjadi bualan hangat di ruangan media sosial apabila drama terbaru yang masih disiarkan berjudul Sabarlah Duhai Hati mendapat respon yang cukup baik

daripada peminat drama tempatan. Membawa watak sebagai Fira bersama lakonan bergandingan dengan Saharul Ridzwan sebagai Affan mengundang ramai begitu melayan kisah konflik kekeluargaan dialami mereka. Tambah pula watak diperanankan oleh Puteri Sarah Liyana sebagai Dian juga dipuji.

Biarpun begitu, tentu saja diruangan Instagram milik Amyra Rosli semakin menjadi perhatian umum dengan dikongsikan mengenai drama tersebut namun ada satu posting pendedahan isteri kepada pelakon, Amar Baharin ini mengundang ramai tinggalkan ratusan komen pujian terhadapnya.

Ini kerana peminat dan pengikut bukan sahaja tidak dapat move on dengan wataknya sebagai Fira malah kapsyen Amyra Rosli mengatakan dia memiliki saiz pinggang 25 membuatkan kecantikannya dipuji.

Berkongsikan rahsia pinggang ramping Amyra Rosli itu di posting tersebut membuatkan dia dihujani dengan ribuan tanda suka berikutan foto yang dimuat naik juga membuatkan ramai terpegun. “Omai aii slimnya Fira pinggang 25 je… memang tak makan banyak ke apa u ni?”

“Cantiknya Myra. Tak pernah jemu tengok. Stay safe dear!” “Cantik badan kurus nya nampak comel je muka”

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.