Nampak macam anak rusa tapi bukan dia..”4 kali tengok 4 kali aku gelak..”

Tidak dinafikan bahawa ramai yang sering tersalah sangka dimana anak babi dianggap sebagai anak rusa. Mungkin atas faktor rupa fizikal anak babi telah membuatkan ramai yang keliru dengannya kerana hidung mereka pada ketika itu tidak begitu jelas sepertimana haiwan terbabit ketika dewasa. Ditambah pula dengan bentuk dan corak badan ketika itu, ia menguatkan lagi tanggapan berkenaan.

Perkara ini dapat ditunjukkan menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter iaitu milik @fazley13apabila terdapat seorang lelaki yang turut menyangka perkara yang sama. Jika dilihat pada rakaman itu, pemuda yang berbaju biru tersebut telah memegang seekor anak babi sambil memegang telefon bimbitnya. Oleh kerana ia bercorak seperti rusa, lelaki itu tanpa rasa was-was terus memegang haiwan berkenaan.

Namun, perkara itu telah disedarinya sebaik sahaja ia mengeluarkan bunyi sama seperti babi. Ekoran daripada itu, kedua-dua mereka telah bergelak tawa gara-gara lucu dengan situasi tersebut sehingga ia menerima perhatian ramai terutamanya pengguna Twitter. “Hahahaha 4 kali tengok 4 kali aku gelakkkk”, kata pemilik akaun terbabit. Rakaman yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih sebanyak 360 ribu tontonan umum setelah dimuat naik pada petang kelmarin.

Reaksi Netizen

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: