Najib Razak Bayar Ikat Jamin 1 Juta Hari Ini. Tapi Ada Netizen Tertanya Dari Mana Datang Duit Jaminan Itu

KUALA LUMPUR: Sehari selepas didapati bersalah atas tujuh tudvhan membabitkan SRC International Sdn Bhd oleh Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Najib Razak hadir sekali lagi membayar ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu hadir pada jam 1 tengah hari ditemani anak lelakinya, Norashman, selaku penjamin.

Kira-kira setengah jam kemudian, Najib dilihat keluar dari kaunter Pendaftaran Jen4yah Mahkamah Tinggi selepas selesai membayar ikat jamin.

Sebelum beredar meninggalkan perkarangan mahkamah, Najib sempat berseloroh kepada petugas media yang menunggu dengan berkata, “semalam dah banyak gambar.

Najib kemudian beredar dari mahkamah dengan menaiki kereta Proton Perdana.

Najib, 67, membayar ikat jamin RM1 juta itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukvman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah turut memerintahkan Najib melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, selepas didapati bersalah atas tujuh tudvhan salah guna, pec4h amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munas4bah terhadap kesemua pertuduhan.

Dalam pada itu, anak kepada ahli parlimen Pekan tersebut telah memuat naik status di IG story memaklumkan bahawa dia (Nooryana Najwa) dan adiknya, Norashman bertindak sebagai penjamin kepada bapa mereka bagi kes SRC ini.

Baca semua komen & DM

Tambah Nooryana lagi, dia dan seluruh ahli keluarga membaca setiap kata-kata semangat yang diberi kepada mereka menerusi komen dan juga mesej peribadi yang dihantar.

Walaupun mengakui kecewa dengan keputusan yang telah diterima semalam, namun mereka tetap tidak putus semangat.

Ini untuk meneruskan perjuangan menafikan setiap tuduhan yang dikenakan kepada Najib Razak.

Komen netizen di Fb:

Semoga dipermudahkan segala urusan, Dato’ Najib. Amin.. Apapun keputusannya, kita terima ajalah. Tapi kalau dianiaya, semoga yang menganiaya nya dapat balas.

Kerja apa anak dia ?? Banyak duit

“Bagi saya biar la depa nie semua kaya raya, najib ka, mahathir ka, serta pemimpin yg lain daripada semua kekayaan dipelopori bangsa cina.

Sudah tentu mereka melayu dn akan menunaikan rukun Islam seperti mengeluarkan zakat dn sentiasa Membantu serta memberi sumbangan kepada asnaf yg Memerlukan.

Apa yg kita lakukan biar la kerana Allah swt Semoga Tidak sesat dn terpesong. Doakan sesama insan yg baik baik, mudah mudahan Inshaallah 

“Hakim ni la dia tukar secara mengejut walaupun perbicaraan tgh berlangsung, Google la nama hakim tu.

Kes PH, semua lepas mcm tu, kes khalid samad pun dia lepaskan”

“Alhamdulillah. Apa yg PM sekarang perjuangkan dulu sehingga tersingkir dari umno adalah betul. Terbaik PM muhyiddin.

Akhirnya Allah tunjukkan kebenaran dgn bersalahnya Najib menyeleweng duit rakyat. Abah PM terbaik rakyat malaysia.”

“Ko org sibuk pasal duit org knapa, dia byk duit ada nk bgtau smua rakyat ke,,,,

Dah tentu najib ni dulu bekas pm mmg la anak bini dia buat bisnes luar negara ke apa ke, xkn nk diam je goyang kaki…

Itu nk pertikaikn ke ….soalan apa pulak dr mana anak najib dpt duit….pandai je tuduh org tu penyamun,,,

Hai ci adik cik abg cik akak xtakut dosa ke tuduh najib sekeluarga bkn²”

Sumber: bhonline/Fb

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.