Anggota atau pegawai ATM boleh mohon berhenti kerja jika masih tolak vaksin.

KOTA BHARU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggotanya yang menolak untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Panglima Briged Kelapan Infantri, Brigadier Jeneral Abu Hasan Assha’ari Kamis @ Shaffiee berkata, jika ada individu dalam pasukan yang menolak untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, maka tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka.

“Anggota ATM memang diwajibkan mengambil suntikan vaksin. Ini kerana kita berada dalam kelompok masyarakat dan kebiasaannya anggota akan terlibat dalam tugasan di lapangan dan tidak akan dapat menjalankan tugas jika menolak vaksin.

“Perkara ini melibatkan perundangan dan ia sebenarnya perlu diambil serius. Jika tidak mahu ikut arahan, maka golongan antivaksin ini boleh membuat permohonan untuk berhenti dan bukannya diberhentikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, setiap anggota dan pegawai yang bertugas di bawah Markas Briged Kelapan tidak mempunyai masalah untuk menerima suntikan vaksin.

“Setakat ini, anggota kami akur dengan arahan kerajaan dan tidak timbul sebarang isi berhubung penolakan suntikan vaksin dan perkara ini wajib dan sekiranya ada yang menolak, anggota itu disifatkan sebagai ingkar dengan ketetapan arahan,” katanya.

Sumber-K! ONLINE

Masih ramai golongan antivax di Malaysia. Sekali kerajaan tampil beri cadangan untuk buat sesuatu pada golongan ini.

Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin di negara ini jika golongan itu didapati menghasut orang ramai daripada menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pensyarah kanan fakulti undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof DR.Ainul Jaria Maidin berkata “Kerajaan mempunyai bidang kuasa membuat peruntukan denda ke atas pihak yang menolak vaksin atas dasar menjaga keselamatan awam.

Katanya,kerajaan mempunyai dua pilihan dalam mewartakan undang-undang berkaitan sama ada meminda akta sedia ada ataupun menggubal ordinan darurat baharu. “Perwartaan undang-undang dalam waktu darurat adalah lebih mudah mengambil kira kuasa kerajaan untuk meminda undang-undang yang ada dalam akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988 (akta 342).

“Dalam pada masa yang sama denda yang dikenakan bukan hanya terhad kepada golongan yang menolak vaksin malah kepada golongan antivaksin kerana menyebabkan berita palsu di bawah seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.”

“Dalam situasi ini,kuasa kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat di mana keperluan kesihatan dan ekonomi akan mengatasi kepentingan individu yang menolak vaksin” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau mengulas kewajaran tindakkan dikenakan denda kepada golongan yang masih menolak vaksin covid-19 sepertimana dipraktikkan sesetengah negara lain termasuk indonesia yang mengenakan denda dan menarik bantuan sosial.

Mengalus lanjut, katanya, kerajaan juga perlu meningkatkan kesedaran dan memperluaskan kadar liputan imunisasi dengan mengambil kira hukum berdasarkan kerangka maQasid syariah membabitkan kepentingan memelihara nyawa.

“Kerajaan hendaklah menyediakan maklumat lengkap untuk raykat memahami kepentingan vaksin dan sumber vaksin supaya masyarakat terutamanya yang beragama islam boleh menerimanya tanpa was-was serta dengan hati yang terbuka.

“Menolak vaksin mendedahkan diri kita dan ahli keluarga serta masyarakat kepada bahaya yang mungkin menyebabkan jangkitan covid-19 dan berisiko lebih buruk”.

“Risiko penolakan vaksin lebih besar berbanding mudarat kesan sampingan daripada pengambilan suntikan vaksin yang hanya bersifat sementara apatah lagi vaksin terbukti dapat memberi perlindungan kepada masyarakat sekali gus mempengaruhi status kesihatan awam keseluruhannya.

Sumber: HM

Terkini kajian mendapati virus delta boleh membiak dalam hidung individu yang sudah dapat suntikan vaksin.

Putrajaya: Kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta mendapati bahawa ia boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah mendapat suntikan vaksin. Keadaan itu disifatkan sama seperti individu yang belum divaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu tumbuh di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, tadi.

Tambah Dr Noor Hisham, sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.

Mengenai virus Delta, Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata varian berkenaan boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara. Beliau berkata tempoh itu ternyata singkat jika dibandingkan dengan kes positif Covid-19 sebelum ini, iaitu individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang dari 15 minit dengan jarak satu meter. Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2 itu pertama kali dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu.

Tak sebut tentang had perjalanan 10km. Terkini individu yang dah lengkap divaksin di negeri fasa 1 boleh naik kereta ikut kapisiti penuh.

INDIVIDU dalam negeri di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sudah lengkap divaksin boleh menaiki kenderaan dengan kapsiti penuh bermula Jumaat, 20 Ogos. Perkara itu dimaklumkan menerusi perincian prosedur operasi standard (SOP) baharu oleh Majlis Keselamatan Negara.

Kini, tiada lagi had dua individu dalam kenderaan bagi sesiapa yang sudah menerima vaksin lengkap. Sebaliknya, ketetapan itu berubah mengikut kapasiti penuh sesebuah kenderaan. Perincian terbaharu itu juga tidak menyebut mengenai had perjalanan 10 kilometer (km), namun mereka haruslah berada dalam daerah yang sama.

Bagaimanapun, perjalanan rentas daerah dan negeri masih belum dibenarkan. Untuk rekod, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Putrajaya masih lagi berada dalam Fasa 1 PPN.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.