Ini antara nama yang disebut untuk dilantik sebagai jawatan TPM sebaik sahaja Ismail Sabri dilantik sebagai PM. Ianya bakal diketahui dalam masa terdekat.

Persoalan siapa yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri baharu selepas perletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal diketahui dalam masa terdekat. Sebelum ini beberapa nama seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang disebut akan diangkat sebagai Perdana Menteri ke-9.

Kemudian perebutan jawatan nombor satu negara itu terarah kepada dua nama sahaja iaitu Ismail Sabri dan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun nama Ismail Sabri paling menonjol setakat ini kerana berdasarkan sokongan beliau mendahului Anwar Ibrahim.

Persaingan jawatan TPM sudah bermula

Yang di-Pertuan Agong masih belum memutuskan siapa akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9, namun persaingan untuk kerusi nombor dua dilihat sudah bermula. Dengan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dikatakan mungkin dilantik sebagai perdana menteri dan membentuk kerajaan baru, propaganda mula dimainkan dengan mendakwa timbalannya adalah dari Bersatu.

Antara nama yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan itu termasuk Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin, dan anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Redzuan Md Yusof dan Azmin Ali. Ketiga-tiganya adalah bekas menteri kabinet dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang diketuai Muhyiddin Yassin. Menurut Utusan Malaysia, kumpulan yang mengaku sebagai penggerak awal Bersatu hari ini mendesak agar jawatan timbalan perdana menteri diberikan kepada parti itu. Mereka mencadangkan Redzuan, yang merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah, dilantik bagi jawatan itu.

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu dibantu oleh seorang Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu yang benar-benar faham tentang hala tuju tersebut. Calon yang difikirkan paling layak adalah Mohd. Redzuan yang mana beliau sebelum ini adalah Menteri Tugas-tugas Khas. Beliau juga antara pimpinan Bersatu yang paling awal membina parti bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin atau digelar sebagai pengasas 12. Sudah tentu Mohd. Redzuan antara orang yang amat faham perjuangan parti,” dkwa kenyataan berkenaan yang dipetik oleh Utusan.

Semalam, terdapat khabar angin bahawa persetujuan telah dicapai antara parti-parti politik bahawa Ismail akan dilantik sebagai perdana menteri manakala Hamzah sebagai timbalannya. Namun, khabar angin itu disangkal seorang anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Abdul Latiff Ahmad, yang menyifatkan dakwaan itu merupakan usaha untuk mengganggu gugat perpaduan yang telah dicapai oleh parti-parti tersebut.

“Itu hanyalah ftnah untuk mengeruhkan perpaduan yang sedang dijalin oleh semua parti yang menyokong pencalonan (Ahli Parlimen) Bera,” katanya, seperti yang dipetik oleh portal pnbbcportal.com.

Nama lain yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ialah Azmin, yang sebelum ini bersama PKR sebelum menyertai Bersatu susulan krisis politik yang dicetuskan daripada Langkah Sheraton tahun lalu, yang menyaksikan kejatuhan Pakatan Harapan. Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong meminta semua anggota parlimen mengemukakan nama pilihan mereka untuk dilantik sebagai perdana menteri baru, berikutan pengunduran Muhyiddin pada Isnin lalu.

Tarikh tutup bagi para anggota parlimen mengemukakan Akuan Berkanun mereka ditetapkan pada jam 4 petang semalam, sebelum Seri Paduka memanggil 114 anggota parlimen yang dikatakan menyokong Ismail ke Istana Negara hari ini. Difahamkan, Agong telah berkenan menerima menghadap anggota parlimen seorang demi seorang sejak pagi tadi untuk mengesahkan sokongan mereka. Sumber:maIaysiakini

Bukan senang untuk ambil tanggungjawab dan berada di posisi PM. Sekali ini luahan dari Heliza Helmi.

Sejak pagi tadi, khabar angin berkenaan peletakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertiup kencang. Beliau juga dikatakan akan membuat pengumuman penting esok dan hal terebut dijangka berkenaan isu peletakkan jawatan seperti yang tular ini.

Bukan mudah berada di posisi Abah

Disebabkan hal berkenaan menjadi perbualan warganet di media sosial, selebriti dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi telah menyuarakan rasa sedih apabila mengenangkan perjuangan dan peng0rbanan perdana menteri. Ya Allah.. sebaknya. Bukan mudah nak berada di posisi Abah, perjuangan Abah, peng0rbanan Abah. Ya Allah… berikanlah yang terbaik untuk Abah dan kami semua , rakyat Malaysia. sebuah negara yang Engkau Redhai. Pandu kami Ya Allah.” tulisnya Selain itu, Heliza turut menyertakan sekali video yang diambil dari TikTok yang menyuarakan rasa sedih dan sebak apabila perjuangan PM bakal berakhir tak lama lagi.

Kalau tak ada Covid-19, mungkin Abah PM terbaik

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan berasa sama seperti apa yang dirasakan Heliza. Mereka juga berasa sedih apabila peng0rbanan dan perjvangan PM yang digelar ‘abah’ tidak dipandang oleh beberapa pihak sehingga beliau dijangka meletak jawatan dalam masa terdekat.

Kenapa tak ada yang lihat peng0rbanan Abah

Harap rakyat Malaysia tak menyesal

Dia pun manusia biasa

Sumber: Instagram Heliza Helmi

Tun M desak Muhyiddin untuk letak jawatan dan rupanya ini sebabnya.

Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak mengikut proses perundangan tertib oleh kerajaan membuktikan Kabinet yang ada kini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Keadaan itu jelas dilihat menerusi pengumuman kerajaan berhubung pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat walaupun gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ikut pindaan kita (kerajaan terdahulu) buat sebelum ini, kalau Raja (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincang sebab penolakan itu,” katanya ketika berucap di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, pengumuman pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat yang dibuat kerajaan di Parlimen seolah-olah ia sudah sah menjadi undang-undang. Katanya, ini kerana Proklamasi dan Ordinan Darurat itu masih belum dikemukakan kepada Parlimen sebelum ini. Ahli Parlimen Langkawi turut mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletak jawatan tanpa terus berkeras memimpin negara.

“Apa mahu jadi dengan negara kita? Inilah apabila Perdana Menteri yang tak sepatutnya jadi Perdana Menteri, masuk ikut pintu belakang. Saya harap rakyat faham,” katanya. Katanya, ini menjadi sejarah pertama di Malaysia apabila ahli parlimen tidak dibenarkan untuk ke Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan rakyat. Sumber : hmetro

FRU tampil sekat MP Pembangkang dari masuk kawasan parlimen.

Pergolakan politik Malaysia semakin panas apabila ahli parlimen pembngk4ng cuba memasuki Dewan Rakyat, namun kesemua jalan masuk disekat. Mereka berkumpul di Dataran Merdeka dan merancang untuk berarak ke  parlimen hari ini.

Semua ahli parlimen pembangkang dari DAP, PKR, Amanah, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan, Parti Sarawak Bersatu dan Upko berkumpul untuk mendesak pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya . Parlimen sepatutnya bersidang hari ini tetapi ditangguhkan akibat kes Covid-19. Malaysiakini melaporkan perkembangan ini secara langsung.

Anwar umum perarakan bersurai

10.43am: Persimpangan Jalan Parlimen- Ketua Pembngk4ng, Anwar Ibrahim mengumumkan perarakan itu bersurai setelah polis menyekat mereka memasuki Dewan Rakyat.

FRU sekat MP masuki parlimen

10.35am: Persimpangan Jalan Parlimen – Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat benteng manusia di hadapan jalan menuju parlimen. Seorang pegawai polis yang berdiri di atas trak FRU mengumumkan kepada anggota Parlimen dan petugas media bahawa tidak ada individu yang dibenarkan memasuki parlimen.

“Semua orang, bersurai. Kami tidak akan benarkan sesiapa pun masuk, ” kata seorang anggota dari atas trak berkenaan. Terdapat barisan trak FRU merah diparkir di belakang kenderaan itu. Sementara itu, para ahli parlimen berdiri di hadapan sekatan itu dan melaungkan pelbagai slogan termasuk “daulat tuanku” dan “Muhyiddin undur”.

MP pembangkang mula berarak

10.25 pagi: Dataran Merdeka – Ahli Parlimen pembngk4ng mula berarak menuju Parlimen dari sini. Sebilangan mereka mengangkat sepanduk yang bertuliskan “Mahiaddin dan kabinet letak jawatan” ketika berarak. Mereka juga menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dan melaungkan ‘Reformasi’ ketika berarak.

Dr Mahathir tiba di Dataran Merdeka

10.15 pagi: Dataran Merdeka – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tiba untuk menyertai ahli parlimen pembngk4ng. Ahli Parlimen Langkawi dan pengerusi Pejuang itu juga memberi ucapan ringkas kepada anggota parlimen sebelum menyertai perarakan ke parlimen.

‘Parlimen tempat kerja MP’

10am: Dataran Merdeka – Sebilangan ahli parlimen pembngk4ng berkumpul di sini berikutan jalan menuju parlimen disekat pihak polis. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Saifuddin Nasution Ismail berkata, parlimen adalah ‘tempat kerja’ untuk wakil rakyat dan mereka akan berusaha sebaik mungkin memasuki parlimen. Pemimpin pembngk4ng bergilir-gilir memberikan ucapan terlebih dahulu sebelum merancang untuk berarak ke parlimen.

“Undur Muhyiddin, hidup rakyat, hidup Yang di-Pertuan Agong,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di akhir ucapannya, bersama anggota parlimen yang lain. Turut hadir ialah Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu; pengasas Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.

Video :

https://fb.watch/778MXp_3Di/

MP berkumpul di Dataran, rancang berarak

9.50am: Ahli-ahli parlimen pembngk4ng mula berkumpul di Dataran Merdeka sebagai persediaan untuk berarak ke parlimen setelah gagal mengadakan rundingan. Sejak awal pagi ini, beberapa trak Black Maria dilihat berada di lokasi di sekitar parlimen. Anggota pasukan Light Strike Force, selain anggota polis biasa dan pegawai trafik turut dilihat di sekatan jalan raya.

MP berkumpul di Bank Rakyat

9.20am: Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii berkata, sekumpulan ahli parlimen lain berkumpul di bangunan Bank Rakyat di Bulatan Dato Onn, kira-kira 1.5km dari parlimen. “Jalan raya semua disekat. Kami tidak dibenarkan masuk (ke parlimen). Jadi kita boleh berkumpul di lokasi lain dan terus berjalan,” kata Yii.

Jalan-jalan utama ditutup

9.00 am: Jalan-jalan utama menuju ke bangunan parlimen di Kuala Lumpur ditutup bagi menghalang kemasukan ahli-ahli pembngkang berikutan penangguhan sidang khas parlimen hari ini. Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin menyiarkan gambarnya berdiri di tepi jalan bersama dua ahli Parlimen lain. “Lockdown Parlimen?! Jalan masuk ke parlimen semuanya disekat oleh polis,” katanya di Facebook. Chan juga berkongsi satu lagi gambar polis trafik sedang bertugas di sekatan jalan raya.

Sumber : Malaysia kini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.