KKM muat naik apa penyumbang terbesar Covid 19 di Selangor. Sekali ada pula warganet sempat screenshot.

Tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) memadam ciapannya berhubung sektor pengilangan menjadi punca terbesar kluster di Selangor dibidas oleh orang ramai. Rata-rata mereka berpendapat, tindakan tersebut seakan-akan menunjukkan ada arahan daripada pihak tertentu untuk menyembunyikan hakikat sebenar jangkitan Covid-19 di negara ini. Pengguna Twitter bernama Nizar Rahim berkata, ramai yang telah mengambil tangkap layar ciapan KKM yang dimuat naik pada pukul 10.53 pagi tadi.

“Kenapa padam ciapan itu? Itu kan fakta, mustahil maklumat tersebut tidak betul pula. Ada sesiapa yang mengarahkan ciapan itu diturunkankah?” ciapnya hari ini. Pengguna bernama tishaaa pula berkata, tindakan memadam ciapan itu sia-sia sahaja kerana ramai sudah menangkap layar ciapan KKM tersebut. Admin, siapa marah sampai kena delete ciapan tadi? Kongsi la sikit. Warganet sedia mendengar keluhan admin.” komen Wan Aizat pula. IamAjak pula memperli KKM dengan berkata: “Daripada update pasal perkilangan, elok update pasal kosmetik. Ye dak?”

 

Jangkitan Covid-19 melonjak lagi, 20,889 kes baharu hari ini

Kes positif Covid-19 terus meningkat apabila merekodkan 20,889 kes hari ini berbanding 20,596 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan 1,224,595 kes. Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 8,792 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,483 kes.

“Selain itu, Johor merekodkan (1,275 kes), Sabah (1,291), Sarawak (652), Negeri Sembilan (986) dan Kedah (1,371). Pulau Pinang pula merekodkan (776), Kelantan (938), Perak (624), Melaka (491), Pahang (610),Terengganu (460), Labuan (9), Putrajaya (122) dan Perlis (9),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Untunglah orang Perlis sudah boleh dine-in

Rabu lalu, orang-orang di Perlis sudah boleh dine-in atau makan di restoran. Begitu juga orang-orang di Sarawak dan Labuan. Kelonggaran itu diberikan selepas Perlis, Sarawak dan Labuan menunjukkan prestasi amat baik berkaitan krisis Covid-19 sehingga dibenarkan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara. Tinjauan di media sosial pula mendapati ramai pengguna Twitter terutama yang tinggal di Perlis berkongsi gambar mereka sedang dine-in di kedai makan.

Keadaan itu sedikit sebanyak mencetuskan rasa cemburu kepada Merak Jalanan. Mereka sudah diberikan kebebasan untuk bergerak, sedangkan kita yang berada di negeri lain masih terperuk dek kerana sekatan pergerakan dan kes harian Covid-19 yang tinggi. Berdasarkan data terkini, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah kekal di bawah Fasa Dua, manakala Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Johor masih Fasa Satu.

Peralihan negeri ke setiap fasa dalam Pelan Pemulihan Negara ditentukan berdasarkan tiga indikator nilai ambang iaitu kes harian Covid-19, peningkatan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan liputan vaksinasi untuk populasi sesebuah negeri. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Perlis, Sarawak dan Labuan kerana dapat kembali menjalani rutin harian normal.

Semoga negeri-negeri lain juga berusaha keras untuk mencapai Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara agar mereka juga dapat menikmati aktiviti dine-in di kedai makan atau restoran. Namun harus diingat, peralihan ke Fasa Tiga bukan tiket untuk rakyat mengabaikan protokol kesihatan kerana kita sebenarnya masih belum menang melawan Covid-19. Paling penting, rakyat diharap dapat terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan beri sokongan penuh kepada usaha yang sedang dilakukan sekarang. Sumber : Two-e-kesah

 

Bila disalahkan sektor kilang Azmin tampil terus nafikan kilang punca peningkatan kes Covid. Sekali Najib tampil terus sound balik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sektor pembuatan dan perkilangan menyumbang kepada peningkatan kes p0sitif C0vid-19. Beliau berkata, kes positif Covid-19 melibatkan sektor tersebut hanya melibatkan lima hingga 10 peratus.

“Ini berdasarkan data yang dibekalkan Kementerian Kesihatan terhadap kluster-kluster yang wujud setiap hari. Jadi, tidak benar untuk meletakkan kesalahan kepada sektor ekonomi khususnya pembuatan. Sudah tentu, apabila membenarkan sektor ekonomi beroperasi, kebarangkalian kes itu berlaku juga wujud. Ini tidak seperti sektor pendidikan dan sosial yang telah ditutup sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini. Beliau mengulas desakan ramai pihak supaya kilang ditutup kerana terus mencetuskan kluster yang menyumbang peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Mohamed Azmin berkata, kelonggaran atau kebenaran aktiviti sektor ekonomi bersifat perkhidmatan perlu, adalah untuk melindungi dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat khususnya Malaysia sebagai sebuah negara yang terlibat dalam rantaian bekalan global. Katanya, data Kementerian Kesihatan menunjukkan 75 peratus kes positif ketika ini adalah bersifat sporadik yang bermakna virus Covid-19 telah berada dalam komuniti.

“Justeru, kita meminta pihak majikan terus memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain meningkatkan ujian saringan secara berkala susulan kes positif tidak menunjukkan gejala,” jelasnya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memberitahu, berdasarkan Jabatan Statistik Negara pada suku pertama tahun ini, terdapat 2.4 juta tenaga kerja sektor pembuatan dan perkilangan. Difahamkan seramai 16,564 pekerja telah menerima suntikan di tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor dan Selangor yang melaksanakan Pikas dalam tempoh 16 Jun hingga semalam.

“Memang ada sedikit cabaran pada Jun ini namun mengikut perancangan dan dibentangkan akan stabil pada Julai dan seterusnya. Kita telah mendapat jaminan bekalan vaksin sebanyak 150,000 dos akan disempurnakan pada pertengahan Julai. Kita minta kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendapatkan bekalan tambahan pada bulan depan dan Ogos masing-masing 600,000 dan September 795,000 dos,” katanya.

Dalam pada itu  bekas Perdana Menteri Najib Razak tampil menemplek kenyataan Azmin kerana menurut beliau, selagi ada pergerakan besar-besaran setiap hari, selagi itu rantaian c0vid ini susah untuk di putuskan

Wakil kilang sudah bersuara. Dia ni macam tak faham bahawa virus tak bergerak tapi manusia yang bergerak. Selagi ada lebih 120,000 tempat kerja beroperasi, berjuta orang akan terpaksa keluar bekerja tiap-tiap hari. Dan selagi ada pergerakan berjuta manusia setiap hari, rantaian Covid tidak akan putus dan PKP akan lanjut dan lanjut. Selepas PKP 2.0, 52 hari separuh masak yang gagal, PKP 3.0/3.1 48 hari yang gagal dan 28 hari total lockdown fasa 1 tak total yang gagal, dia masih tak faham prinsip asas ini.”

Menurut Najib lagi, dengan Ro/Rt kembali ke paras neuteral menandakan yang negara negara memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih “Pagi ini, KKM umum kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt naik kembali ke paras neutral 1.00 setelah mengalami trend menaik sejak dua minggu lalu. Kadar 1.00 ini adalah paras neutral. Kadar kebolehjangkitan lebih 1.00 yang berlanjutan bermakna kes baru akan meningkat dengan pesat, sementara kadar di bawah 1.00 bermakna kes baru mula berkurang. Kadar pada 1.00 ini bermakna kes baharu Covid akan kekal pada paras pada ketika ini  iaitu lebih 5k kes baharu bagi tempoh akan datang. Jadi, peluang bagi kes jatuh ke bawah 4k supaya negara beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan dalam masa terdekat menjadi lebih tipis. Lebih lambat lagi kita nak bebas lockdown sekiranya pendekatan melawan Covid tidak berubah dan kerajaan hanya pandang dan biarkan sahaja kadar kebolehjangkitan yang semakin menaik semula sejak 2 minggu lalu walaupun negara kononnya sudah sebulan berada dalam “Total” lockdown dan telah dikenakan PKP 3.0 selama 1 bulan 18 sejak sebelum Hari Raya.

Sumber : Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.