Nampak bersama Nabil Ahmad siap berjubah. Anuar Zain sertai tabligh siap belanja lagu lagi.

Sejak akhir-akhir ini, ramai selebriti yang mulai berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti dakwah tabligh. Antaranya adalah Aliff Aziz, Saharul Ridzwan, Zul Ariffin, Norman Hakim dan Zahiril Adzim.

Sertai dakwah dengan Nabil

Terbaru, penyanyi Anuar Zain kelihatan mula mendekati kumpulan dakwah itu bersama pengacara dan pelawak Nabil Ahmad. Menerusi perkongsian di TikTok @nadrosli831 memaparkan Anuar memakai jubah berwarna biru bersama kopiah. Dalam rakaman tersebut, pemilik nama Shahrul Anuar Zain sedang menuangkan air teh tarik kepada Nabil dan beberapa orang jemaah lain.

Belanja lagu Lelaki Ini

Sambil berborak santai, Anuar sempat melayan permintaan jemaah lain untuk mendendangkan sebuah lagu. Adik kepada penyanyi, Ziana Zain ini memilih lagu Lelaki Ini sambil tersenyum. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat penyanyi berusia 51 tahun ini turut gembira melihat penghijrahan yang dilakukan. Dalam pada itu, wargamaya mendoakan agar selebriti-selebriti ini kekal beristiqamah dalam menuju ke jalan Allah.

Video : Klik link

Alhamdulillah makin ramai artis-artis berhijrah ke arah kebaikan. Allahuakbar.. Alhamdulillah bergenang air mata tengok mereka. Moga Allah terus kurniakan istiqamah buat kita semua. Amin. Seronok tengok makin hari makin ramai yang berubah dekat dengan Allah. Ya Allah Anuar.. Semoga Allah mempermudahkan urusan dunia akhiratnya. Minat sangat dengan dia. Sumber: TikTok @nadrosli831

Nabil Ahmad dan isteri dah padam foto lama dan ini pula ujian yang paling besar buat mereka. Tak sangka pemergian Siti Sarah beri kesan mendalam buat orang ramai.

Nabil melihat penghijrahan ramai selebriti sedikit sebanyak kesan daripada pemergian Siti Sarah pada minggu lalu. Pelawak popular Nabil Ahmad memberitahu dia dan isteri Nazira Ayub sudah memadam foto-foto lama yang dirasakan tidak sesuai untuk tatapan umum di laman sosial Instagram. Selain itu, menurut Nabil, 37, dia juga banyak melihat perubahan isterinya ke arah lebih baik selepas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.

Nabil bersyukur dengan perubahan isteri dan rakan selebriti seperti Nana Mahazan yang kini bertudung.“Satu berita yang sangat menggembirakan bila ramai rakan-rakan selebriti sudah bertudung. Tahniah dan bersyukur… saya tengok perubahan isteri pun rasa syukur sangat. Saya doakan mereka ini terus istiqamah. Sebab ujian kita zaman sekarang ini lain sikit. Takut Allah beri hidayah, Allah boleh tarik balik. Bagi saya, perubahan ini sedikit sebanyak kesan daripada pemergian 4rwh Siti Sarah. Kita tak tahu bila akan sampai waktu kita. Macam saya dan isteri pun sudah padam gambar-gambar lama. Isteri saya pun dah padam gambar dia tidak bertudung sebelum ini,” katanya.

Nak kekal istiqamah dalam membuat amal ibadah dan buat benda baik ini bagi saya ujian besar.

Pengacara program Gegar Vaganza itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual sempena ulang tahun ke-25 Astro secara maya pada Selasa. Isteri kepada Nabil mula mengenakan hijab sejak Januari lalu manakala baru-baru ini ramai selebriti antaranya Nana Mahazan, Siti Elizad, Fieya Julia, Vicha Saywho dan Izara Aishah mula bertudung. Dalam pada itu, Nabil mengakui dia sendiri berdepan dengan ujian besar untuk kekal istiqamah dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.


Nabil bersama isteri dan tiga orang anak mereka.

“Ujian paling besar setakat ini dari segi nak istiqamah… nak bangun pagi untuk solat tahajud. Kalau masa awal-awal dahulu rajin nak bangun. Selepas itu dah jadi slow. Kadang-kadang dapat solat Subuh saja. Nak kekal istiqamah dalam membuat amal ibadah dan buat benda baik ini bagi saya ujian besar. Tapi saya tetap bersyukur dalam perjalanan hidup saya. Walaupun dah hujung-hujung tapi Allah bawa juga kita dekat denganNya. Kalau dulu, saya suka pakai cap (topi) tapi sekarang lebih selesa pakai kopiah,” ujarnya. Sumber : Mstar

Nana Mahazan tampil muat naik video dengan imej terbaru. Kini giliran Nana Mahazan pula tampil berhijab.

Penyanyi dan juga pengacara, Nana Mahazan dilihat tampil dengan imej berhijab menerusi sebuah video berdurasi 30 minit yang dimuat naik dalam Instagram miliknya. Dalam video tersebut, Nana sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami, Mohammad Raqeem Brian Abdullah. Ketika menjawab pertanyaan pengikutnya tentang imej berhijab, bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1) itu berkata dia sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut tentang perkara perubahan yang sedang dijalani kini.

“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya (penampilan bertudung). Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya. Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya,” katanya.

Video :

https://www.instagram.com/tv/CSln0onlZb6/?utm_source=ig_web_copy_link

Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia percaya sesuatu perubahan tidak akan terjadi sebelum tiba masanya. “Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana hidayah ini sampai awal. Tapi, sejujurnya sebagai manusia biasa perubahan perlukan masa dan inilah harinya. Sekali lagi, saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan terima saya seadanya. Apapun, saya masih Nana yang dulu dan insya-Allah saya akan buat yang lebih baik lagi,” kata pemilik nama lengkap Nurul Hana Che Mahazan itu. Suaminya, Brian ketika mencelah berkata, dia tidak pernah mendesak isterinya ke arah ‘berhijrah’ dan lebih selesa memberi ruang kepada Nana untuk bersedia jika sudah tiba masanya.

“Bagi saya, asalkan Nana sendiri dah bersedia nak memakai tudung, saya okey saja untuk terus memberi sokongan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah pun memakai tudung dengan rela hati,” katanya. Sejak beberapa hari lalu, beberapa artis wanita mengambil keputusan untuk tampil dengan imej berhijab antaranya pelakon Izara Aishah, Siti Elizad, Vicha Saywho, Betty Rahmad dan penyanyi, Fieya Julia. Sumber – K! ONLINE