Anwar Ibrahim desak suruh individu ini pula untuk letak jawatan. Tapi kali ni bukan jawatan PM pulak yang kena.

Pakatan Harapan (PH) mengulangi pendirian mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun meletak jawatan kerana didkwa derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, mengkhi4nati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen. Presiden Majlis Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan Idrus Harun yang memutuskan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah biadap.

“Ini merupakan kali kedua peguam negara telah derh4ka terhadap Seri Paduka yang sesungguhnya amat mengecewakan dan beliau tidak layak memegang jawatan Peguam Negara. Malah, kenyataan peguam negara bagi pihak kerajaan ini melngg4r semangat Perlembagaan, mel4nggar titah Seri Paduka,” katanya dalam kenyataan bersama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Semalam, Jabatan Peguam Negara dilaporkan memutuskan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kerana proses pemilihan yang telah dijalankan oleh Seri Paduka dengan teliti dan telus. Pakar Perlembagaan, Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz sebelum ini turut berpendapat, usul undi percaya tidak perlu diadakan kerana kuasa perkenan Seri Paduka adalah amat berwibawa dan tidak perlu disahkan atau boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak, termasuk Parlimen.

Bagaimanapun, 18 Ogos lalu, Seri Paduka selepas bertemu semua parti politik kerajaan dan pembngk4ng menitahkan bahawa perdana menteri yang baharu dilantik perlu melaksanakan undi percaya di Parlimen dengan segera bagi mengesahkan keabsahannya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 6 September hingga 30 September ditangguh ke tarikh 13 September sehingga 12 Oktober selama 17 hari sekaligus menjadi perhatian apabila dijangka usul undi percaya terhadap Ismail Sabri akan diadakan. Mengulas lanjut, Anwar menegaskan bahawa peguam negara telah hadir, menjadi saksi dan mendengar sendiri titah Seri Paduka sewaktu sesi menghadap berkenaan.

“Di manakah logik dan kewarasan peguam negara apabila berkata kuasa Seri Paduka melantik Perdana Menteri boleh ditidakkan dengan satu usul undi percaya di Parlimen apabila pembentangan usul undi percaya itu dititah sendiri oleh Seri Paduka?” soalnya. Sumber : Trending Sangat

Tak pasal pasal 31 peserta himpunan kenang krban Covid dibawa oleh Polis. Sekali Anwar Ibrahim tampil mula tegaskan sesuatu.

31 peserta himpunan kenang k0rban C0vid diangkut polis, sekali bakal PM mula bersuaraSeramai 31 orang dit4han di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam ini selepas diarahkan bersurai daripada perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka. Ia dibuat sebagai memperingati k0rban Covid-19. Untuk rekod setakat ini seramai 13,480 orang telah pergi buat selamanya akibat wabak tersebut, termasuk 178 orang untuk hari ini saja. Kebanyakan mereka yang ditahan kelihatan diseret ke lori Black Maria polis yang menunggu tidak jauh dari situ selepas berlaku pertengkaran di antara peserta perhimpunan dengan anggota keselamatan.

Peserta terbabit kedengaran berkali-kali meminta polis menyatakan sama ada mereka dit4han atau sebaliknya namun ia tidak dilayan. Polis kemudian bertindak menarik peserta perhimpunan dan mana yang enggan kerana bertegas mahu tahu sama ada mereka ditahan atau tidak, kemudian diangkat anggota keselamatan terbabit. Seramai 17 lelaki dan 14 wanita – termasuk dari kumpulan Sekretariat Solidariti Rakyat yang menganjurkan himpunan #Lawan baru-baru ini – ditahan. Kebanyakan mereka adalah belia.

Sekumpulan besar anggota polis mula bersiap sedia di kawasan berkenaan seawal jam 8 malam ketika peserta mula berkumpul. Peserta terbabit sempat berkumpul sambil membawa sepanduk dan plakad termasuk bertulis angka 13,480 yang merujuk kepada jumlah k0rban Covid-19 setakat ini. Polis mula menghentikan himpunan berkenaan selepas aktivis SSR, Ashraf Sharafi, selesai membacakan kenyataan yang dibuat kumpulan anak muda itu kira-kira jam 8.30 malam.

Turut hadir di situ ialah aktivis muda lain seperti Mohammad Abdullah Al-Shatry, Qyira Yusri, Wong Yan Ke dan sekurang-kurangnya enam pemuda Parti Sosialis Malaysia Awalnya polis meminta mereka memberikan kad pengenalan masing-masing dan kemudian merampasnya.

Beberapa anggota kedengaran memberitahu peserta himpunan agar mengikut mereka ke IPD Dang Wangi untuk “proses dokumentasi”. Dalam pada itu, ketua pembangkang tidak bersetuju dengan tindakan P0lis tersebut

“Saya gesa mereka dibebaskan dengan kadar segera. Jangan tan.gkap mereka dan jangan intimidasi. Harus beri ruang untuk acara secara aman.” Kata Anwar Ibrahim. Rata-rata warganet mengkritik kenyataan Anwar tersebut di kala Malaysia masih lagi bergelut dengan pand3mik C0vid. Sumber : Trending Sangat

Dato Sri Ismail Sabri sudah pun cukup majoriti untuk jadi Perdana Menteri. Sekali ini respon Dato Sri Anwar.

Semua wakil politik dilihat telah mencapai satu persefahaman konsensus untuk menghentikan cara politik lama. Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Jelas Ketua Pembangkang itu, kesemua wakil politik yang hadir diminta memberikan pandangan masing-masing dalam mencari titik penyelesaian kepada kemelut politik ketika ini. “Tetapi semuanya nampak ada satu persefahaman konsensus untuk menghentikan politik lama yang melelahkan dan membosankan dengan cara pelanggaran dan hukum, dan kita harus menjurus semula ke arah membangunkan (negara),” katanya kepada media di pekarangan Pintu 2 Istana Negara, hari ini.

Anwar berkata Agong turut bertitah agar bekerjasama untuk menangani masalah COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara. “Jadi isu bukan sahaja mengenai pelantikan seorang perdana menteri baharu, yang turut ditekan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, selaku timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk mengagaskan satu bentuk politik baharu yang aman dan damai untuk rakyat.

“Yang di-Pertuan Agong turut memberitahu mengenai lunas-lunas Perlembagaan, cari calon Perdana Menteri yang dapat majoriti sokongan Ahli Parlimen, tetapi politik perlu berubah. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu Jumaat ini bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan. Perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, kepada BH hari ini.

Beliau berkata, Istana Negara juga akan mengeluarkan kenyataan itu dalam masa terdekat hari ini. “Benar, hari ini akan keluarkan kenyataan selepas jam 12 tengah hari, Insya-Allah,” katanya. Sumber : upnewsupdate.com

Jadi tanda tanya siapa yang bakal jadi PM yang ke 9. Sekali nama Nama Anwar Ibrahim pula jadi sebut gara gara ini.

Perbincangan mengenai Perdana Menteri Kesembilan hangat menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya semalam. Banyak desas-desus mengatakan ketua parti pemb4ngkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bakal mengambil alih tampuk kekuasaan itu setelah mendapat angka sokongan yang mencukupi daripada beberapa ahli parlimen yang lain.

Sokongan secara peribadi

Menurut sumber terdekat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, sokongan adalah peribadi dan dikemukakan dalam bentuk warkah untuk diserahkan kepada Istana Negara. Antara ahli parlimen yang turut memberikan majoriti kepada Dato’ Seri Anwar adalah ahli parlimen daripada Perikatan Nasional (PN).

Hanya sokongan untuk membentuk kerajaan baharu

Walau bagaimanapun menurut sumber tersebut, sokongan yang diberikan bukanlah berbentuk perjanjian kepercayaan seperti yang digembar-gemburkan, tapi hanyalah majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan baharu. Anwar dikatakan telah menerima sebanyak 105 sokongan dari kalangan ahli parlimen dan memerlukan kira-kira 6 lagi sokongan ahli parlimen daripada blok kerajaan untuk mendapatkan sokongan secara majoiriti. Sumber : Kuala Lumpur Viral

Tun M desak Muhyiddin untuk letak jawatan dan rupanya ini sebabnya.

Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak mengikut proses perundangan tertib oleh kerajaan membuktikan Kabinet yang ada kini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Keadaan itu jelas dilihat menerusi pengumuman kerajaan berhubung pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat walaupun gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ikut pindaan kita (kerajaan terdahulu) buat sebelum ini, kalau Raja (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka dewan (Dewan Rakyat) mesti bincang sebab penolakan itu,” katanya ketika berucap di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Pengerusi Parti Pejuang itu berkata, pengumuman pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat yang dibuat kerajaan di Parlimen seolah-olah ia sudah sah menjadi undang-undang. Katanya, ini kerana Proklamasi dan Ordinan Darurat itu masih belum dikemukakan kepada Parlimen sebelum ini. Ahli Parlimen Langkawi turut mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletak jawatan tanpa terus berkeras memimpin negara.

“Apa mahu jadi dengan negara kita? Inilah apabila Perdana Menteri yang tak sepatutnya jadi Perdana Menteri, masuk ikut pintu belakang. Saya harap rakyat faham,” katanya. Katanya, ini menjadi sejarah pertama di Malaysia apabila ahli parlimen tidak dibenarkan untuk ke Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan rakyat. Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.