Akhirnya Kerajaan Umum sektor yang dibenarkan dalam tempoh lockdown

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan sektor-sektor yang dibenarkan sepanjang penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama dikuatkuasakan bermula Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya beberapa sahaja sektor ekonomi dan sosial yang akan dibenarkan untuk terus beroperasi manakala yang tidak dinyatakan akan diarahkan tutup.

“Antara sektor yang dibenarkan untuk terus beroperasi adalah makanan dan minuman termasuk untuk haiwan, penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk pakar veterinar, air, tenaga, keselamatan, pertahanan serta bantuan kecemasan.

“Turut dibenarkan adalah pengurusan sisa pepejal, pengangkutan darat, air dan udara, perkhidmatan pengusahaan perlabuhan limbungan dan lapangan terbang, juga sektor komunikasi seperti internet, pos, kurier dan penyiaran bagi tujuan penyampaian berita dan seumpamanya sahaja,” katanya dalamIt sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah hari ini.

Tambah beliau, kerajaan akan turut membenarkan sektor seperti perbankan, insuran, takaful, kredit komuniti, sektor pajak gadai dan e-dagang.

“Turut dibenarkan adalah sektor pembinaan dan penyelenggaraan, perkhidmatan perhutanan melibatkan penguatkuasaan dan hidupan liar, serta sektor logistik yang terhad pada penyampaian perkhidmatan perlu.

“Selain itu, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir turut dibenarkan namun hanyalah bagi tujuan kuarantin pengasingan dan bukan tujuan pelancongan,” jelas beliau.

Tambah beliau, kesemua sektor berkenaan bagaimanapun hanya dibenarkan beroperasi dalam tempoh mulai 8 pagi sehingga 2 pagi sahaja dengan kapasiti bekerja adalah seramai 60 peratus sahaja.

Terdahulu, kerajaan pada 28 Mei lalu mengumumkan ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Jelas Ismail Sabri, tidak mustahil sistem kesihatan negara akan lumpuh dalam masa terdekat sekiranya ‘total lockdown’ tidak dilaksanakan.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan berkata, sepanjang ‘total lockdown’ itu berkuat kuasa, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN. -K!ONLINE

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About Mediabawang

Check Also

Suami Ini Izinkan Isterinya Peluk Bekas Kekasihnya Ketika Bersanding

H4ri bers4nding mervpakan s4lah satu hari yang bah4gia buat pengantin baharu. Tapi, kalau bek4s kek4sih …