Asad Motawh tayang tubuh kekar semperna hari jadi.

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Asad Motawh tampil menghangatkan suasana media sosial dengan perkongsian gambar menayang tubuh sasa pada hari lahirnya yang ke-20 tahun.

Penyanyi lagu Senyum ITU berkongsi hantaran tersebut dengan menulis kapsyen ringkas beserta empat keping gambar pelbagai gaya di akaun Instagram miliknya, semalam.

“Selamat hari lahir kepada diri saya sendiri,” kongsinya yang mendapat tanda ‘love’ hampir 63,000 orang.

Dalam masa sama, selebriti remaja, Afieq Shazwan melayangkan pujian melihat ketekunan Asad bagi mendapatkan bentuk badan sebegitu.

“Selamat hari jadi Asad. Sekali siap dia payung sudah siap, baik!,” komen Afieq yang juga salah seorang selebriti remaja yang aktif dalam mendapatkan bentuk tubuh sasa.

Menerusi Insta Story, Asad juga berkongsi video pendek di mana dia menerima hadiah kek kiriman dari barangan pakaian berjenama mewah terkenal, Louis Vuitton.

Meninjau ruangan komen, sehingga detik ini pengikut dan pengguna IG masih tidak henti-henti ‘menangis’ dan terkedu dengan sisi kematangan fizikal tubuh badan penyanyi remaja berkenaan.

Sumber: – UTUSAN ONLINE

Penyanyi Ernie Zakri menafikan khabar angin dirinya kini sedang berbadan dua.

Jelas Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, dia memohon doa yang baik dari orang ramai dan menghormati situasinya yang baru kehilangan ibu mentuanya pada Ahad lalu.
“Siapa saja yang berkahwin yang tak nak timang cahaya mata? Memang itu perancangan kami. Selepas berkahwin kami nak sangat cepat-cepat dapat anak.

“Apa yang mampu saya katakan buat masa ini, dalam keadaan kami sekeluarga sedang bersedih, tolong doakan saya dapat timang anak cepat-cepat. Semoga ada rezeki untuk saya ada anak bersama Syamel,”.

Turut ditemani suaminya, Syamel, Ernie sempat berseloroh akan spekulasi yang mula tercetus gara-gara perubahan bentuk fizikalnya selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.

“Pipi ini rezeki sebab suami saya banyak bagi makan,” kata Ernie tertawa.

Sementara itu, ulas Syamel, dia dan isteri tidak akan menyembunyikan khabar gembira daripada pengetahuan ramai andai ada rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

“Kami tak ada masalah untuk berkongsi kepada semua, insya-Allah jika isteri saya hamil kami sendiri akan maklumkan. Cuma, saya mahukan doa yang baik-baik daripada semua.

“Kami takkan merahsiakan. Kalau ada masa yang sesuai dan dah sampai waktunya kami akan beritahu,” tambahnya.

Pasangan penyanyi popular itu telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu selepas bertunang pada 15 Ogos 2020

Sumber: Gempak.

Doktor dah cuba yang terbaik tapi nampaknya Allah lebih menyayanginya. Ibu Syamel telah pergi buat selamanya dan ini sebabnya.

Ibu kepada penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, telah pergi buat selamanya di sebuah pusat perubatan swasta, di sini pada jam 10.09 malam tadi. Selepas hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan, Syamel reda dengan berita pemergian ibunya.

“Allah lebih menyayangi umi. Umi saya, Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada jam 10.09 malam tadi. Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” katanya. Menurut Syamel, dia juga memohon keampunan daripada Allah dan berharap ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa umi ku. Kau perlihatkanlah syurga buat umi. Kau jadikanlah kuburnya seperti taman syurga. Kau terimalah segala amal baiknya di dunia ini untuk dijadikan teman di alam sana. Kau terangilah cahaya di dalam kbvrnya, sesungguhnya umi ku pergi tinggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat,” katanya.

Terdahulu Syamel mengaku bimbang dengan keadaan kesihatan ibunya apabila terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen di dalam badan. Dalam masa sama, Syamel menafikan ibunya dijangkiti C0vd-19 dan tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini pertama kali dia dimasukkan ke wad sepanjang kehidupannya. Sumber : Trending Sangat

Baru je beberapa bulan buka kedai Syamel terpaksa jual kedai makan. Nafikan sebab terkesan dengan pkp. Rupanya ini sebab sampai kena jual kedai tu.

BARUdibuka Disember lalu, penyanyi Ernie Zakri dan suaminya Syamel mendedahkan kedai makan Se-Table yang terletak di Platinum Walk, Setapak sudah pun dijual. Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, keputusan itu dibuat bukan disebabkan terjejas dengan perintah kawalan pergerakan PKP sebaliknya mengalami masalah dengan rakan kongsi.

“Kafe tu lama dah kitorang jual, ada la sebab-sebab tertentu, isu di mana kami tak boleh bekerjasama dengan a few partner kami, jadi kami ambil langkah untuk jual kedai itu. “Kami jual bukan sebab terkesan dengan PKP, sebelum ni masa PKP masih berjalan lancar juga,” katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Gundah itu berkata, biarpun dalam keadaan pandemik Covid-19, dia dan suami masih tidak terjejas teruk berikutan masih mempunyai perniagaan lain. “Dari segi kerjaya semua terpaksa dihentikan sementara tunggu lockdown ni.

“Kalau nak kata survive tu, Alhamdulillah walaupun duduk di rumah, kami masih buat program-program bekerja dari rumah. “Sekarang ni kami usahakan keropok lekor crispy frozen, dan permintaan dari pelanggan pun semakin banyak, walaupun tak boleh keluar rumah ini la yang kami jalankan,” ujarnya.

Sementara itu, menyentuh perkembangan peribadi, Ernie bersyukur dapat melalui fasa ‘berkurung’ di rumah bersama suami. “Alhamdulillah selepas berkahwin segalanya dipermudahkan, syukur sangat, kami dah settle down, sebelum ni agak kelam-kabut.

“Sebab kes makin tinggi kami prefer untuk duduk di rumah dan bersyukur ada kawan masa lock down ni, ini lah benda yang paling baik kita lakukan untuk duduk di rumah sehingga kes menurun,” ujarnya.

Ernie dan Syamel disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung pada Sabtu lalu di Bayswater @KLCC, Kuala Lumpur.

Terbongkar Sudah Rahsia Mereka Berdua. Ernie Zakri Sanggup Kantoikan Syamel Minta Couple Dekat Tempat Yang Orang Tak Jangka Dan Mengejutkan Ia Berlaku 2 Tahun Lepas.

Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.

Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.

“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat dan kemesraan pasangan sama cantik sama padan ini.Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri telah mengikat tali pertunangan bersama Syamel pada 16 Ogos lalu. Video: Instagram Syamel, Era.je

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.