Anak belum lagi keluar tapi dah ada Endorsement. Ini yang Ayda dan Nabil dedahkan.

Rasanya ramai yang usah tahu pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Ayda dan Nabil berkongsi berita mengenai jantina anak sulung mereka itu menerusi laman sosial YouTube Wuvv Show. Menerusi video tersebut pasangan sama cantik sama padan itu membuat pengumuman di hadapan anggota keluarga mereka di rumah serta sahabat-sahabat terdekat secara virtual.

Video :https://youtu.be/6BHXQdsb5_E
Malah, Ayda turut berkongsi berita gembira bersama rakan media menerusi majlis santai secara virtual ‘Little Munchkin Session di aplikasi Zoom, malam tadi (Jumaat). Berkongsi perasaan teruja bakal menimang cahaya mata pada hujung September ini, Ayda dan Nabil turu menitip rasa syukur kepada Illahi di atas rezeki yang telah dikurniakan Illahi buat mereka.
“Bersyukur kepada Allah di atas rezeki kurniaanNYA ini. Jika ditanya tentang perasaan ketika ini tentunya gembira, teruja, berdebar dan semuanya bercampur baur. Kami cuma berharap agar semua urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, Insya-Allah,” kata Nabil.Ditanya mengenai nama untuk si kecil itu nanti, Ayda dan Nabil memberitahu mereka masih belum membuat sebarang keputusan, namun mengakui sudah ada menyenaraikan beberapa nama.
Dalam pada itu menjawab soalan media mengenai perancangan selepas bayi dilahirkan, Ayda sekali lagi mengucapkan rasa syukur kerana sudah ada beberapa ‘tawaran’ (endorsement) buat anak mereka.

“Alhamdulillah, walaupun ‘dia’ belum lahir kami sudah terima beberapa endorsement. Kami pun terkejut tapi itulah rezeki dia. Dan sekarang ini pun kami terima banyak sponsor barang kelengkapan bayi daripada kereta sorong, katil dan semuanyalah. Kami tak pernah duga akan diberikan rezeki ini. Syukur ya Allah,” katanya.
Terdahulu, Ayda Jebat lebih awal sudah mendedahkan memilih kaedah operasi untuk melahirkan anak sulungnya menerusi #G The Untold Story. Ayda yang kami pilih menghiasi edisi cover bulan Ogos, berkongsi pelbagai cerita mengenai suka-duka dilalui sepanjang kehamilannya. Sumber : Gempak

 

Lucu boleh pula ini hasil potongan dari Ayda buat suaminya. Sekali ada pula orang yang tanya macam ni.

Lucunya, potongan rambut baru yang dilakukan Ayda terhadap Nabil membuatkan pengacara itu kelihatan seperti pelajar sekolah. “Ini 33 tahun ke 13 tahun? Tidur awal malam ini, esok sekolah ya Billy (Nabil),” tulis Ayda dalam ruangan kapsyen. Meskipun potongan rambutnya kelihatan seperti budak sekolah, Nabil tetap reda dengan gaya terbaharunya. Bila Ayda guntingkan rambut. Batu-belah batu bertangkup jadinya. Anda berani tak beri isteri potongkan rambut? Abang reda,” kata bekas pengacara Hlive itu. Macam-macam perangai dan gelagat lucu yang dapat dilihat sepanjang tempoh pandemik. Ada hikmah juga Ayda gunting rambut Nabil dengan gaya begitu, nampak lebih muda sedangkan dia bakal menjadi bapa tidak lama lagi.

Namun, apabila dilihat semula, kemas juga potongan rambut yang dilakukan Ayda. Ada bakat rupa-rupanya, selepas ini bolehlah gunting rambut anak sulung mereka yang bakal lahir tidak lama lagi. Sumber : K! Online

Ada pula yang persoalkan usia kandungan Ayda Jebat. Sekali peminat minta study dulu sebelum nak kritik.

Baru baru ini kecoh di laman Twitter apabila ada seorang pengguna mempersoalkan usia kandungan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 29. “Aku rasa macam Ayda Jebat baru ja kahwin tapi tetiba mengandung dah. Ka sebenarnya dia dah lama kahwin aku saja tak perasan?” tulisnya di laman Twitter.

Enggan mendiamkan diri, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat tenang melayan keraguan individu tersebut. Pelantun lagu Parah Parah itu menekankan dia kini sedang hamil lima bulan dua minggu.

“Nikah 1.1. 2021. Hari ini 12 Jun 2021. Sekarang 5 bulan 2 minggu mengandung. ‘Tetiba mengandung’? Tolong buat pengiraan anda,” balasnya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan respon yang diberikan pelakon drama Cindai yang langsung tidak melatah.

“Betul tu Kak Ayda, dan untuk semua perempuan, kira kandungan anda bermula dari hari pertama hari akhir haid (period) kita ya. Tahniah.. Itu bukan tetiba mengandung itu rezeki. Ada orang kata bunting pelamin. Ada orang lagi awal. Mungkin dia masih bujang. Kandungan dikira dari hari pertama period yang terakhir. Mungkin adik tak perasan? Atau adik dulu tak ambil subjek biografi?” antara komen-komen ditulis.

Menerusi hantaran yang berbeza, isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33, ini memberi peringatan kepada semua orang untuk sentiasa bersyukur dalam menjalani kehidupan. “Bila lambat kahwin ‘bila nak kahwin? Bila kahwin muda ‘dah gatal sangat ke? Bila pregnant cepat ‘eh tetiba mengandung? Betul ke mengandung, cepat eh? Bila lambat dapat zuriat ‘bila nak mengandung? Syukur, cermin dan lalui kehidupan sendiri,” tulisnya. Terdahulu, Ayda dan Nabil sah menjadi pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu hanya dengan sekali lafaz. Sumber:Gempak

Ada pula warganet yang persoalkan usia kandungan Ayda Jebat dengan tempoh perkahwinan mereka. Sekali ini respon padu Ayda sampai buat orang lain tergamam.

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Ayda Jebat mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama bersama suami, Nabil Mahir. Tetapi lain pula yang jadinya apabila ada warganet seolah-olah mempersoalkan tentang usia kandungan Ayda Jebat.

Persoal usia kandungan Ayda Jebat

Baru-baru ini kecoh di Twitter mengenai satu tweet yang ditulis oleh seorang individu ini yang seakan mempersoalkan usia kehamilan Ayda Jebat dengan mendakwa penyanyi ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan Januari lalu. Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet sehingga tuan badan sendiri iaitu Ayda Jebat tampil memberi respon.

“Aku rasa mcm ayda jebat baru je kahwin tapi ttbe ngandung dah ke senanya dia dah lama kahwin aku je tak perasan?” Meskipun begitu, penyanyi lagu Pencvri Hati ini dilihat langsung tidak melatah dan hanya memberikan respon ringkas sahaja dengan meminta individu terbabit membuat kiraan sendiri tentang tarikh perkahwinan dengan usia kandungannya kini. Menurut Ayda, dia dan suami telah bernikah pada 1 Januari 2021 yang lalu dan hari ini (12 Jun 2021) usia kandungannya sudah mencecah 5 bulan 2 minggu.

Respon Ayda Jebat

‘Cermin dan lalui kehidupan sendiri’. Tidak terhenti di situ, Ayda sempat memuat naik satu lagi perkongsian dengan memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa bersyukur, cermin diri sendiri selain perlu menjalani kehidupan masing-masing.

Ada macam seri seorang bapa. Perkongsian di ig Pu Riz dilihat berbeza sampai ada yang perasan benda ni.

Jika anda mengenali pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz, pasti terbayang imej dirinya yang menjurus kepada keagamaan. Namun ada sisi comel suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa itu apabila beliau memuat naik satu hantaran yang agak berbeza di Instagramnya. Sehinggakan, ada yang mengira akaun Instagramnya telah digdam.

Perkongsiaan tersebut telah disertakan dengan lagu nyanyian Bruno Mars berjudul Leave The Door Open. Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang salah cuma ia sekadar dilihat berbeza berbanding perkongsian beliau yang lain di media sosial sebelum ini.

Dalam pada itu, ada peminat  yang merasakan bahawa PU Riz kelihatan seperti bakal bergelar bapa. Eh, betul ke? Jika ia benar maka berita ini adalah satu perkara yang baik.

Namun, kebenarannya biarlah disampaikan oleh pasangan Neelofa dan PU Riz, barulah sahih, kan? Sumber: Instagram PU Riz

Teruk keluarga mertua dilanda kontroversi. Lama menyepi tiba tiba Pu Riz luahkan sesuatu di laman ig buat ramai yang tertanya tanya.

“Kita yang pilih jalan hidup kita, so kena tabah okay  in sha Allah semua baik-baik saje” Bukan mudah untuk memperisterikan seorang wanita yang merupakan selebriti terkenal tanah air negara.

Sudah menjadi asam garam bagi sesebuah perkahwinan jika diuji dalam apa jua bentuk halangan yang melanda dalam mengecapi kebahagian berumah tangga. Jika terdahulu bermacam-macam ujian yang dilalui oleh selebriti yang sering meraih kontroversi,

Neelofa dan PU Haris ini sebelum diikat menjadi pasangan sehati sejiwa dalam satu ikatan perkahwinan yang sah. Kali ini lain pula onak duri yang melanda bagi pasangan yang baharu berkahwin ini. Memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya, PU Riz berkongsi gambar awan mendung seakan-akan menantikan sinaran cahaya selepas berhujan panas.

Perkongsian yang dimuat naik itu dikatakan menggambarkan kesedihan dirinya selain caption yang ditinggalkan berbaur pasrah dan bersandarkan pada “harapan”. Mengetahui bahawa pelbagai isu yang timbul bersilih-ganti ‘tanpa jemu’ dalam keluarga besar selebriti ini, rata-rata warganet mendakwa PU Riz pastinya berasa terbeban setelah terpaksa berulang-kali keluar masuk balai polis bagi menyelesaikan segala isu dan dakwaan yang dikaitkan dengan mereka ini

“Mesti penat kan ngadap deme-deme tu ” Meskipun, terdapat beberapa dakwaan dan sangkaan bahawa hubungan pasangan berkenaan itu sedang ‘bergelora’ setelah bermacam-macam dugaan yang harus dihadapi, PU Riz masih terlihat tenang dan tidak mudah melatah dalam mengeluarkan sebarang kenyaatan yang dibuat menerusi sosial media miliknya.

Mengetahui bahawa PU Riz jarang berkongsikan kisah keluarga di laman Instagram miliknya, rata-rata warganet memuji dan menasihati pendakwah bebas ini untuk terus kekal tabah dan sentiasa membimbang keluarganya sebelum membuat sebarang keputusan.

Tidak salah untuk berharap agar semuanya pulih seperti sediakala, rata-rata warganet juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasangan selebriti ini. Sabarlah ustaz! Apa yang pasti setiap umat Islam di seluruh dunia terutama di negara kita sedang berdepan dengan satu ujian besar berikutan penularan wabak covid-19. Diharapkan bagi mereka yang sedang menghadapi apa jua kesusahan hidup, dibekalkan kesabaran yang tinggi dan sentiasa berdoa agar segalanya pulih seperti sediakala. Sumber : HotFM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.