Tidak perlu takut atau malu. Ayda Jebat dikritik pilih bersalin secara ini.

Bakal melahirkan cahaya mata pertama tidak lama lagi, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat membuat keputusan untuk bersalin secara operasi C4esarean.Tetap dengan keputusannya, Ayda turut mempersoalkan mengapa ramai mengkritik tindakannya untuk melahirkan secara operasi berbanding secara normal.

“Saya baca ramai yang DM dan komen dekat few page, yang kata ‘Czer? Tak real la jadi ibu’ ‘Macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun operate’ ‘Kalau operate confirm tak keluar susu, tak breastfeed kesian anak dia’ ‘Ikut tingkap ke? Malunya’ dan banyak lagi. Saya taknak comment about that. I’m here to spread positivity,” tulisnya.

Ayda turut menyarankan kepada bakal ibu supaya tidak perlu takut atau malu diperlekehkan disebabkan melahirkan anak secara operasi kerana tujuannya tetap sama untuk selamatkan ibu dan anak.“Normal atau czer, tujuannya sama, nak anak dan ibu selamat dan sihat. Doa yang baik-baik, stop negativity! Kita perlu sokongan, bukan cemuhan.“Keluar kat mana pun, breastfeed ke tak, takde stretch marks ke tak, perut masa mengandung kecik atau besar ke tak, please remember…anda tetap seorang ibu,” tulisnya.

Anak belum lagi keluar tapi dah ada Endorsement. Ini yang Ayda dan Nabil dedahkan.

Rasanya ramai yang usah tahu pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Ayda dan Nabil berkongsi berita mengenai jantina anak sulung mereka itu menerusi laman sosial YouTube Wuvv Show. Menerusi video tersebut pasangan sama cantik sama padan itu membuat pengumuman di hadapan anggota keluarga mereka di rumah serta sahabat-sahabat terdekat secara virtual.

Malah, Ayda turut berkongsi berita gembira bersama rakan media menerusi majlis santai secara virtual ‘Little Munchkin Session di aplikasi Zoom, malam tadi (Jumaat). Berkongsi perasaan teruja bakal menimang cahaya mata pada hujung September ini, Ayda dan Nabil turu menitip rasa syukur kepada Illahi di atas rezeki yang telah dikurniakan Illahi buat mereka.

“Bersyukur kepada Allah di atas rezeki kurniaanNYA ini. Jika ditanya tentang perasaan ketika ini tentunya gembira, teruja, berdebar dan semuanya bercampur baur. Kami cuma berharap agar semua urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, Insya-Allah,” kata Nabil.Ditanya mengenai nama untuk si kecil itu nanti, Ayda dan Nabil memberitahu mereka masih belum membuat sebarang keputusan, namun mengakui sudah ada menyenaraikan beberapa nama.
Dalam pada itu menjawab soalan media mengenai perancangan selepas bayi dilahirkan, Ayda sekali lagi mengucapkan rasa syukur kerana sudah ada beberapa ‘tawaran’ (endorsement) buat anak mereka.

“Alhamdulillah, walaupun ‘dia’ belum lahir kami sudah terima beberapa endorsement. Kami pun terkejut tapi itulah rezeki dia. Dan sekarang ini pun kami terima banyak sponsor barang kelengkapan bayi daripada kereta sorong, katil dan semuanyalah. Kami tak pernah duga akan diberikan rezeki ini. Syukur ya Allah,” katanya.
Terdahulu, Ayda Jebat lebih awal sudah mendedahkan memilih kaedah operasi untuk melahirkan anak sulungnya menerusi #G The Untold Story. Ayda yang kami pilih menghiasi edisi cover bulan Ogos, berkongsi pelbagai cerita mengenai suka-duka dilalui sepanjang kehamilannya.

Sumber : Gempak

Ada pula yang persoalkan usia kandungan Ayda Jebat. Sekali peminat minta study dulu sebelum nak kritik.

Baru baru ini kecoh di laman Twitter apabila ada seorang pengguna mempersoalkan usia kandungan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 29. “Aku rasa macam Ayda Jebat baru ja kahwin tapi tetiba mengandung dah. Ka sebenarnya dia dah lama kahwin aku saja tak perasan?” tulisnya di laman Twitter.

Enggan mendiamkan diri, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat tenang melayan keraguan individu tersebut. Pelantun lagu Parah Parah itu menekankan dia kini sedang hamil lima bulan dua minggu.

“Nikah 1.1. 2021. Hari ini 12 Jun 2021. Sekarang 5 bulan 2 minggu mengandung. ‘Tetiba mengandung’? Tolong buat pengiraan anda,” balasnya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan respon yang diberikan pelakon drama Cindai yang langsung tidak melatah.

“Betul tu Kak Ayda, dan untuk semua perempuan, kira kandungan anda bermula dari hari pertama hari akhir haid (period) kita ya. Tahniah.. Itu bukan tetiba mengandung itu rezeki. Ada orang kata bunting pelamin. Ada orang lagi awal. Mungkin dia masih bujang. Kandungan dikira dari hari pertama period yang terakhir. Mungkin adik tak perasan? Atau adik dulu tak ambil subjek biografi?” antara komen-komen ditulis.

Menerusi hantaran yang berbeza, isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33, ini memberi peringatan kepada semua orang untuk sentiasa bersyukur dalam menjalani kehidupan. “Bila lambat kahwin ‘bila nak kahwin? Bila kahwin muda ‘dah gatal sangat ke? Bila pregnant cepat ‘eh tetiba mengandung? Betul ke mengandung, cepat eh? Bila lambat dapat zuriat ‘bila nak mengandung? Syukur, cermin dan lalui kehidupan sendiri,” tulisnya. Terdahulu, Ayda dan Nabil sah menjadi pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu hanya dengan sekali lafaz. Sumber:Gempak

Ada pula warganet yang persoalkan usia kandungan Ayda Jebat dengan tempoh perkahwinan mereka. Sekali ini respon padu Ayda sampai buat orang lain tergamam.

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Ayda Jebat mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama bersama suami, Nabil Mahir. Tetapi lain pula yang jadinya apabila ada warganet seolah-olah mempersoalkan tentang usia kandungan Ayda Jebat.

Persoal usia kandungan Ayda Jebat

Baru-baru ini kecoh di Twitter mengenai satu tweet yang ditulis oleh seorang individu ini yang seakan mempersoalkan usia kehamilan Ayda Jebat dengan mendakwa penyanyi ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan Januari lalu. Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet sehingga tuan badan sendiri iaitu Ayda Jebat tampil memberi respon.

“Aku rasa mcm ayda jebat baru je kahwin tapi ttbe ngandung dah ke senanya dia dah lama kahwin aku je tak perasan?” Meskipun begitu, penyanyi lagu Pencvri Hati ini dilihat langsung tidak melatah dan hanya memberikan respon ringkas sahaja dengan meminta individu terbabit membuat kiraan sendiri tentang tarikh perkahwinan dengan usia kandungannya kini. Menurut Ayda, dia dan suami telah bernikah pada 1 Januari 2021 yang lalu dan hari ini (12 Jun 2021) usia kandungannya sudah mencecah 5 bulan 2 minggu.

Respon Ayda Jebat

‘Cermin dan lalui kehidupan sendiri’. Tidak terhenti di situ, Ayda sempat memuat naik satu lagi perkongsian dengan memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa bersyukur, cermin diri sendiri selain perlu menjalani kehidupan masing-masing.