Bakal imam DSV cuba mahu buktikan kepada semua pihak bahawa perkahwinan ini bukan ertinya harta semata.

Setiap hari, pastinya akan ada ‘update’ berkenaan kisah cinta bekas pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli dan usahawan kosmetik tersebut.

Umum tahu bahawa anak kepada DSV, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin tidak merestui perhubungan mereka dan enggan pasangan tersebut berkahwin pada hujung tahun ini.

Iqbal luah rasa lagi

Namun begitu, Iqbal menerusi Instagramnya masih lagi mencuba untuk meyakinkan semua pihak bahawa dia mahu menjadi suami kepada usahawan berkenaan bukan kerana harta.

Hal tersebut telah diluahkan oleh pemuda berusia 27 tahun itu di Instagram dengan menyatakan erti sebuah perkahwinan menurutnya.

“Bagaimana saya harus buktikan kepada semua bahawa perkahwinan itu bukan ertinya harta semata?”
“Pengorbanan, persefahaman, saling melengkapi, melindungi dan memudahkan kehidupan di dunia, saling mengingatkan tentang akhirat, bagi saya itu ertinya,” tulisnya

Allah tahu segala-galanya

Sehubungan dengan itu, di ruangan komen Iqbal, ramai yang menjawab soalan yang dipertanyakan pemudah berkenaan berkenaan erti sebuah perkahwinan kepada mereka.

Rata-rata mempunyai pendapat yang hampir serupa dan mendoakan agar urusan perkahwinannya yang dirancang bersama DSV berjalan dengan lancar.