Tempurung kepala terpaksa dibedah – Abg Azwan terlantar sejak 4 bulan lalu perlukan sumbangan untuk beli susu khas

‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’, begitulah pepatah lama yang bagi menggambarkan sifat muafakat yang ada dalam masyarakat kita.

Jika ada anggota komuniti yang berdepan dengan masalah, kesulitan tersebut turut dirasai seluruh komuniti. Maka, bergandingan bahu bantu-membantu adalah penawarnya.

Begitu juga dengan kisah yang menimpa seorang lelaki yang terjatuh ketika keluar membeli barang di sebuah kedai runcit. Dunianya pantas berubah sekelip mata.

Ikuti kisah yang dikongsikan oleh NGO yang aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan, Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial dibawah:

Pelancaran
TABUNG KILAT AZWAN
2 Januari 2021
SASARAN: RM6,236
——————————–
Bismillahirahmanirahim , kami dengan ini melancarkan sebuah tabung kilat bagi mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki membantu meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga Khairul Azwan Mamat 41, dari Kg Bukit Payung,Jerteh,Terengganu.

Azwan yang terlantar sejak 4 bulan lalu selepas terjatuh semasa membeli disebuah kedai itu dikunjungi kru kami melalui lawatan awal beberapa hari lalu.

Akibat insiden itu, sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibed4h keluar , tidak dapat bercakap dan hanya bergantvng pada susu khas yang disalurkan melalui tiub.

Isteri dan 5 anaknya yang berusia 2 hingga 16 tahun itu kini bergantvng pada sumbangan jiran tetangga selain saudara mara yang turut membantu sekadar mampu untuk keperluan harian keluarga dan keperluan khas Azwan berikutan ketua keluarga ini tidak dapat lagi keluar mencari rezeki.

Menurut isterinya Masliza Jusoh, beliau juga ada memohon bantuan dari JKM dan Perkeso untuk suaminya namun semuanya masih dalam proses.

Dengan itu, tabung yang dilancarkan ini mensasarkan pembelian dan penyerahan perkara perkara berikut untuk membantu mereka:

1) 3 bulan bekalan susu khas Ensure Gold Vanilla – 850g:
14 tin sebulan x 3 bulan (42 tin) x RM90
= RM3,780

2) 3 bulan bekalan lampin Tena L:
8 pek sebulan x 3 bulan (24 pek) x RM19
= RM456

3) Bantuan kewangan:
= RM2,000

Jumlah: RM6,236

Sumbangan ke tabung kilat ini boleh disalurkan ke akaun rasmi kami:

CIMB BANK 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL

Pertanyaan melalui wasap:

Tekan www.wasap.my/60179404640/TKAzwan

Setelah tabung mencec4h sasaran, seperti biasa proses pembelian akan dilakukan sebelum penyerahan ke lokasi dilakukan.

Ikuti page rasmi kami ini untuk perkembangan program Tabung Kilat Azwan ini.
#SelamatMembantu
#TogetherWeHelp

NGO Kelab Kebajikan Dan Sukarelawan Sosial
PPM0070327052015

 

Sumber: Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Media Bawang

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.