Dkwaan Neelofa Langgar SOP Sekali Lagi, Siasatan Akan Dijalankan Oleh Pihak Polis. Keluarga Sendiri Juga Yang Bagi Kantoi

PETALING JAYA: Selebriti popular, Neelofa mencetuskan kontroversi lagi apabila dia didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman di Ampang pada 13 Mei lalu.

Kontroversi itu mula bertebaran selepas kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik sebuah video di dalam laman Twitter.

Video berdurasi 27 saat tersebut terus dikongsi netizen sejak tengah hari tadi dan tular. Menerusi video dengan kapsyen `1 Syawal yang penuh mulia’ tersebut kelihatan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan bersalaman satu sama lain.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, memutuskan umat Islam tidak dibenarkan kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan tersebut juga telah menyebabkan, isteri kepada seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya dikenakan k0mpaun RM2,000 kerana menghantar juadah untuk suami yang bertugas dalam daerah sama.

Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontr0versi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kemarahan dan tidak puas hati selain mempertikaikan tindakan keluarga itu.

Tangkap layar Noor Nabila tular dalam laman Twitter.

“Wah seronoknya. Betul-betul kebal geng ni.

“Meriahnya. Kita nak jumpa keluarga yang dekat pon takut. Puak-puak ni siap boleh cium mulut dan laga-laga pipi lagi. Demo (mereka) semua mari dari kayangan ke,” luah netizen.

Terdahulu, kerajaan menerusi SOP yang diputuskan tidak membenarkan sebarang aktiviti kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.

Noor Nabila merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan terkenal Noor Neelofa. Sebelum ini beliau dikenali kerana telah bernikah dengan pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta iaitu

Susulan kes baharu tersebut, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak dalam satu kenyataan berkata, majlis tersebut disyaki berlangsung di kediaman selebriti tersebut di Hulu Kelang, Ampang.

Sehubungan itu, menurut beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah menerima laporan polis berkaitan isu terbabit dan siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Kita akan memanggil yang terlibat dalam aktiviti beraya itu untuk diambil keterangan,” kata beliau.

Berikut  pula reaksi dair netizan

“4 kes langgar SOP tak sampai 3 bulan , dan 4’4 kes akan dibuka kertas siasatan  rakyat marhaen saman terus , tak adil sangat ni . ni memang DISENGAJAKAN , bukan TERSENGAJA haritu 20k eh utk wedding , yang meLANGKAWI keNILAI tu apa cer ? kiranya ni dah boleh naikkan nilai denda la kan ?”

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh dan lebih ketat di Selangor.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pertimbangan itu akan dilaksanakan sekiranya negeri itu gagal mengekang penularan Covid-19.

“Sekiranya melihat kepada ketidakupayaan mengekang penularan Covid-19, maka cadangan untuk melaksanakan PKP penuh adalah satu perkara yang boleh dipertimbangkan,” katanya pada sidang akhbar secara maya mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Isnin.

Turut sama, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin

Menurutnya, pelaksanaan PKP memberi laluan kepada KKM untuk melakukan lebih banyak ujian, pengasingan dan rawatan.

“Kerajaan negeri juga menjalankan ujian RTK- Antigen di kawasan yang mempunyai bilangan kes tinggi serta melakukan pengesanan kontak dengan cepat,” katanya.

 

Beliau mengulas mengenai kelonggaran pelaksanaan PKP di Selangor kerana negeri itu melaporkan kes harian positif C0vid-19 tertinggi hampir setiap hari.

“Pada peringkat awal kita melaksanakan PKP di enam daerah di Selangor dan kini seluruh negara,” katanya.

Pada perkembangan sama, Dr Adham mengakui kelemahan pelaksanaan SOP Aidilfitri yang menghalang ziarah dari rumah ke rumah.

“Apabila kerajaan tidak membenarkan sambutan hari raya dari rumah ke rumah, kita dapati ramai pergi ke pusat beli-belah untuk bertemu,” katanya.

Menurutnya, KKM bimbang tindakan itu akan mencetuskan klu.ster C0vid-19.

“Inilah kelemahan yang kita gagal kenal pasti lebih awal,” katanya.

Kompleks membeli-belah menjadi tumpuan apabila ramai mengambil kesempatan menghabiskan cuti Aidilfitri untuk keluar bertemu ahli keluarga serta rakan-rakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:http://trendingsangat.pw/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About Mediabawang

Check Also

Reen rahim berjaya mencuit hati warganet lagi dengan memuatnaik gambar ini. 

Buat peminat drama Pujaan Hati Kanda pasti sangat mengemari watak dilakonkan oleh selebriti jelita, Reen …