Sungguh tak masuk akal bila seorang inspektor polis memeliki wang RM 1 juta dalam bank, sekali gus disyaki ada kaitan dengan Addy Kanna

SEORANG lelaki berpangkat Inspektor yang memiliki wang tunai RM1 juta dalam akaun bank antara 29 anggota polis yang kini sedang disiasat oleh Bukit Aman.

Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan Addy Kanna yang ditahan pada 3 Oktober lalu kerana disyaki terlibat dalam penipuan Macau berskala besar.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya.

Sewaktu disoal, anggota polis itu mendakwa wang yang dimiliki merupakan pemberian bapanya.

“Kami akan menyiasat sumber wang itu dengan terperinci,” ujar Zamri kepada media.

Ujarnya, siasatan awal hanya melibatkan empat anggota polis, namun semakin banyak nama diterima selepas siasatan diteruskan.

“Siasatan dibuat berdasarkan tingkah laku dan disiplin. Kami melihat gaya hidup, pemilikan hartanah, perjalanan ke luar negara tanpa izin serta pergerakan mereka.

“Kami harap siasatan selesai bulan depan,” katanya lagi.

Untuk rekod, dua suspek utama penjudian dalam talian telah ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca) selama dua tahun.

Goh Leong Yeong, juga dikenali sebagai Alvin Goh, akan ditahan di Penjara Simpang Renggam di Johor sementara Addy Kanna ditahan di Penjara Pokok Sena di Kedah.

Penah4nan di bawah Poca diputuskan oleh Lembaga Pencegahan J3nayah Kementerian Dalam Negeri pada November lalu. – The Star.

Polis tolak h4buan sindik3t Addy Kanna, Alvin Goh terima penghargaan

KUALA LUMPUR: Lapan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, menerima penghargaan selepas menolak sogokan semasa operasi membanteras judi atas talian pada Oktober lalu.

Serbuan Bahagian Siasatan Pencegahan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) itu susulan tangkapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sindiket didalangi Addy Kanna dan Alvin Goh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata tindakan semua anggota terbabit menolak rasuah menunjukkan masih ramai pegawai dan anggota polis yang sedar tanggungjawab yang dipikul dan menjunjung tinggi prinsip integriti, dalam menggalas amanah.

“Saya berasa amat bangga dan berbesar hari untuk menyampaikan sendiri surat penghargaan kepada lapan anggota warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari JSJ Kuala Lumpur yang disogok sejumlah wang semasa operasi j-udi.

“Lapan anggota terbabit terdiri dari dua kumpulan ditawarkan dengan wang tunai RM17,000, manakala kumpulan kedua pula ditawarkan wang tunai RM21,945 sebagai rasuah untuk tidak menangkap suspek-suspek terbabit. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka,” katanya semasa Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara, di Bukit Aman, hari ini.

Abdul Hamid berkata, anggota terbabit yang masih berpegang teguh terhadap prinsip integriti harus dijadikan teladan untuk semua warga PDRM supaya tidak mudah terjerumus dengan perbuatan tidak bermaruah yang boleh merosakkan nama pasukan dan masa depan mereka.

Abdul Hamid (duduk, tengah) bergambar bersama penerima selepas Majlis Penyampaian Surat Penghargaan kepada anggota Polis yang menolak rasuah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. – NSTP/Asyraf Hamzah

Dalam operasi berkenaan, empat dari lapan anggota terbabit memeriksa tujuh lelaki warga China di ruang tamu sebuah hotel di ibu negara, sebelum dua daripada mereka mendekati seorang anggota dan cuba menyogok.

Dalam kejadian kedua, semasa operasi dilakukan pada tarikh yang sama membabitkan tiga anggota yang memeriksa seorang lelaki tempatan serta tujuh lelaki dan seorang wanita warga China juga ditawarkan wang tunai.