Pos Malaysia buat kjvtan bila budak ini ashik mengadu jeles posmen ashik hantar barang mama saja sekali ini yang budak ni dapat

Baru-baru ini, video seorang kanak-kanak perempuan menjadi perhatian di media sosial yang menangis seolah-olah cemburu apabila posmen sering menghantar bungkusan milik ibunya sahaja.

Menerusi video TikTok dikongsi ibunya Asyila Alli, kanak-kanak bernama Insyirah itu merungut apabila barang ‘online’ yang tiba bukan atas namanya sehingga perlu dipujuk.

Asyik posmen hantar barang mama je!

Terbaru, kanak-kanak tersebut mendapat kejutan istimewa selepas videonya itu meraih perhatian pihak pengurusan Pos Malaysia Berhad dengan menerima hadiah eksklusif.

Video terbaru itu memaparkan keriangan Insyirah membuka bungkusan kotak tersebut yang turut disertakan dengan kad ucapan daripada pihak Pos Malaysia.

“Hai adik Insyirah, ni ada hadiah istimewa daripada abang posmen. Adik jangan menangis dah ye?
“Tabung comel ni abang bagi khas dekat adik je. Simpan duit dalam tabung ni, nanti boleh join mama shopping!,” tulis ucapan berkenaan.

Perkongsian video berdurasi 32 saat itu dihujani komen netizen yang turut gembira melihat reaksi teruja dan senyuman manis kanak-kanak tersebut.

Selain itu, ada juga segelintir individu memuji usaha pihak Pos Malaysia yang memberikan hadiah tabung berkenaan sekali gus mendidik si cilik tabiat menabung dari kecil.

Sukanya dia! Rezeki adik

Moga abang posmen murah rezeki

Tersenyum2 tengok dia

Terbaik Pos Malaysia! Ajar anak2 menabung

Macam-macam ragam si anak! Tapi tindakan Pos Malaysia harus dipuji kerana berjaya mengembalikan senyuman dan keinginan si kecil untuk menerima bungkusan seperti ibunya.

Sumber: TikTok aliysar20

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: