Ibu Neelofa Bertindak Untuk Batalkan Permohonan ‘trademark’ Harimau Menangis Setelah Teruk Dikcam

Selepas teruk dikeccam netizen berikutan isu trademark produk Daging Harimau Menangiis, ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini telah membuat keputusan untuk membatalkan pemohonan cap dagangan bagi nama Hariamau Menangiis.

Akan batalkan dalam masa terdekat

Menerusi laporan daripada Harian Metro, Noor Kartini memaklumkan akan membatalkan pemohonan tersebut dalam masa terdekat.

“Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan ‘trademark’ nama Harimau Menangiis dengan secepat mungkin.”
“Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan,” Katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Tak niat nak ‘caras’ rezeki orang

Dalam laporan itu juga, beliau memohon maaf dan sama sekali tidak berniat untuk menutup rezeki mana-mana pihak. Oleh itu, beliau berharap agar penjelasan yang dibuat dapat menghentikan segala isu supaya ia tidak terus berlarutan.

“Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT.”
“Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan,” Katanya.

Terdahulu, produk Daging Harimau Menangiis yang dikeluarkan oleh Datin Kartini dibawah nama Auntytinikitchen ini telah mendapat keccaman hebat oleh warganet susulan daripada video yang tular mengatakan nama Harimau Menangiis merupakan cap eksklusif produk keluarannya.

Walau bagaimanapun Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin tampil menjelaskan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangiis’ masih di peringkat pemeriksaan.

Beliau diminta untuk tidak membuat kenyataan mendahului MyIPO memandangkan permohonan tersebut baru dibuat sekitar November tahun lalu.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)