BPN 2.0 & i-Lestari umum tarikh bayaran pada rakyat yang layak

Pembayaran bagi fasa 1 BPN 2.0 telah bermula pada 26 Oktober lalu. Kini, penerima sedang menunggu pembayaran fasa 2.0.

Untuk pengetahuan anda, permohonan baru atau rayuan telah pun ditutup pada 1 November lalu. Kepada sesiapa yang belum membuat permohonan, duk4cita dimaklumkan anda tidak boleh membuat permohonan baharu.

Kadar Bayaran BPN 2.0 Fasa 2

Isi Rumah B40 (RM 1000) – Fasa 1 RM 700

Fasa 1 RM 700

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 300

Isi Rumah M40 (RM 600) – Fasa 1 RM 400

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 200

Bujang B40 (RM 500) – Fasa 1 RM 350

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 150

Bujang M40 (RM 300) – Fasa 1 RM 200

Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 100

Tarikh rasmi pembayaran fasa 2 belum diumumkan setakat ini. Kemungkinan besar akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Menurut Menteri Kewangan, pembayaran akan bermula pada Januari.

Ramai yang menjangkakan pembayaran ini akan bermula pada pertengahan Januari 2021 nanti.

SEMAKAN BPN 2.0

Semakan status boleh dibuat.

Semakan boleh di buat di https://bpn.hasil.gov.my/

Pembayaran i-Lestari Bermula 1 Januari 2021

Anda ingin tahu tentang tarikh pembayaran i-Lestari Bulan Januari 2021 ? Kita sudah sedia maklum bahawa RM 500 sebulan daripada pengeluaran i-Lestari ini sangat berguna kepada penerima untuk menampung kos sara hidup.

Berdasarkan maklumat daripada KWSP, tarikh bayaran i-Lestari bulan Januari bermula daripada 1Januari 2021. Ramai yang sudah menerima bayaran i-Lestari bagi bulan Disember 2020.

Jadual Pembayaran i-Lestari

Sebelum membuat semakan pembayaran i-Lestari, adalah lebih baik jika anda memahami dahulu jadual pembayaran di bawah ini :

Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank bermula 1-14 Januari 2021 secara berperingkat.

Anda perlu berhubung terus dengan pihak KWSP jika akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan.

Jika pada 1 Januari, anda belum masih menerima pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat dan anda perlu tunggu beberapa hari lagi.

Cara Semakan Status Pembayaran i-Lestari Secara Online

Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui pautan yang diberikan disebelah https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php

Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.

Klik captcha “saya bukan robot” dan klik butang semak.

Cara Pembatalan Pengeluaran i-Lestari

Maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari terdahulu tidak akan dipaparkan,

Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran terdahulu sebagai rujukan.

Bayaran bulanan akan terus terhenti dengan pembatalan.

Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, pembat4lan boleh dilakukan di Kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.

Jika anda ingin membuat permohonan semula setelah pembatalan, permohonan semula i-Lestari boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan.

PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI

Sumber :

https://www.kerjasemasa.com/2020/12/pembayaran-i-lestari-bermula-1-januari.html

https://www.kerjasemasa.com/2020/12/pembayaran-fasa-2-bpn-20-bermula.html

Sumber via BeritaTerkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih