Punca Tidak Mahu Rujuk Kembali Didedahkan – Bekas Suami Sharifah Sakinah Ditvduh D4yus

MESKIPUN mempunyai hubungan yang baik, pelakon Sharifah Sakinah memberitahu dia enggan rujuk kembali dengan bekas suaminya yang juga seorang juruterbang, Aliff Adha.

Sakinah, 31, berkata keadaan dirinya yang mempunyai masalah disleksia tahap ringan dan gangguan kurang tumpuan atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) menjadi salah satu penyebab mereka tidak boleh kembali bersama.

“Buat masa sekarang, saya tidak akan kembali bersama dengan bekas suami dalam keadaan diri saya ada masalah ADHD, jadi saya tak nak menyusahkan dan membebankan dia.

“Sejujurnya, saya lega selepas berpisah kerana tiada lagi orang boleh menudvh bekas suami saya sebagai d4yus atau tidak tahu mengawal saya yang sukakan perhatian.
Lagipun, saya perlukan masa dan ruang untuk fokus pada diri saya terlebih dahulu, ” kata Sakinah kepada mStar.

Sakinah ditemui ketika majlis pengenalan duta Wholly Fitz di Skyark Event Spaces, Jalan Sibu, Kuala Lumpur.

Saya lega selepas berpisah kerana tiada lagi orang boleh menuduh bekas suami saya sebagai d4yus.

SHARIFAH SAKINAH

PELAKON

Sebelum ini, adik kepada penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah itu mengesahkan rumah tangga dengan juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara, Aliff Adha, berkecai sejak Mei lalu.

Menerusi laporan mStar pada 26 Ogos tahun lalu, Sakinah mendedahkan dia adalah penghid4p disleksia tahap ringan yang turut memiliki ciri-ciri Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif.

Sakinah mahu fokus menguruskan diri terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Sakinah turut mengakui kehidupan peribadinya masih dalam keadaan tidak terurus dan dalam proses penyesuaian selepas bercerai dengan bekas suami.

“Kehidupan saya masih haru biru. Kami pun baru saja berpisah, jadi sudah tentu perasaan saya masih sakit kerana kami bukan bersama sehari dua dan saya dengan Aliff tidak pernah bergaduh.

“Anais juga sering menitiskan air mata apabila berjumpa dengan bapanya dan sering meletakkan tangan kami bersama-sama, ” ujarnya yang memberitahu dia mendapat hak jagaan anak.

Sakinah mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

Apa pendapat anda.Jangan lupa SHARE dan komen yang baik-baik sahaja.

Smber : Mstar