Netzen back up Mawar Rashid setelah dikatan anaknya tidak comel

Pelakon Mawar Rashid menerima komen yang tidak berasas mengenai wajah anaknya apabila berkongsi wajah terbaru puterinya, Raden Seri Rosabella Cinta.

Menerusi laman sosial Instagram, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, memuat naik foto anak perempuannya yang kini berusia dua bulan untuk tatapan umum.

Namun dalam ramai yang memuji aksi comel Raden Seri, terselit satu komen yang mengecam wajah anak kecil tersebut.

Nape anak dia dua-dua tak comel padahal mommy daddy cantik dan handsome,” tulis seorang wargamaya di ruangan komen.

Berikutan komen negatlf seorang ntizen tersebut, ramai pengikut Mawar tampil mempertahankan anak kecil tersebut.

Budak pun kau nak b0dy sh4ming ke kak? Esok besar cantik, handsome la. Muka budak berubah sistur,” komen seorang wargamaya.

Tak baik cakap kat budak macam tu, kecik hati mak bapak dia. Kalau anak akak molek semuanya, bersyukurlah. Jangan condem anak orang lain,” tegur seorang wargamaya.

Baby semua comel lah! Takde yang tak comel,” kata seorang wargamaya.

Tunjuk sikit gambar anak akak, comel sangat ke?” tanya seorang wargamaya.

Jah4tnya muIut. Bawak mengucap la sama ya sebelum mengh1na kejadian Allah,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 82,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Mawar berkhwin dengan Raf Yaakob pada November 2017.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata dan dua anak tiri hasil perkhwinan Raf terdahulu.

Sumber: Gmpak via tgler