Suhaimi Saad Pertahankan Siti Nurhaliza Selepas Dia Diteguur Ridhuan Tee

Semalam heboh apabila Prof Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah memuatnaik sebuah hantaran di Facebooknya, merujuk kepada kenyataan Datuk Sri Siti Nurhaliza di IG Storiesnya. Siti menulis bahawa seorang ustaz memberitahu bahawa dia mengumpul “pahala percuma”, setelah dikritik teruk kerana melanggar SOP semasa upacara tahnik untuk anaknya awal minggu ini.

Katanya, tindakan memetik nama orang beragama untuk melindungi diri dari kesalahan mereka sendiri juga dianggap tidak wajar.

Terkini, penyanyi nasyid Suhaimi Saad menyuarakan sokongannya terhadap kenyataan penyanyi nombor satu negara itu. Katanya, kenyataan yang dibuat oleh Siti bukan dari ustaz namun Nabi yang mengutarakan tentang pahala yang dirai dalam bulan Ramadan ini.

“Betol la apa yang siti tulis tu. aku sokong siti. Bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap, memang pahala ibadah kita dalam bulan ramadhan ni Allah ganda gandakan. Bila orang kata, umpat, aibkan dan fitnah kita, kalau kita sabar, memang Allah akan bagi pahala yang besar.

Takkan benda basic macam tu pun tak tau. Tak payah nak burukkan keadaan la ustad. Makin lama makin buruk dan hilang hormat orang pada ustad.

Nak tibai  Siti, pastu nak bela netizen-netizen langau ni ke apa?

Patut ustad tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni. Ini dah macam nak menangguk di air keruh pulak. Tak elok ustad. Stop stop la politikkan semua benda. Malu dekat Allah.”

 

Sementara itu, Suhami juga menasihati Ridhuan Tee supaya tidak mecari pasal dengan isu yang tiada kaitan dengan dirinya. Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Suhaimi.

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About Mediabawang

Check Also

Reen rahim berjaya mencuit hati warganet lagi dengan memuatnaik gambar ini. 

Buat peminat drama Pujaan Hati Kanda pasti sangat mengemari watak dilakonkan oleh selebriti jelita, Reen …