Disebabkan bekas suami rindu nak makan air tangannya. Wanita ini sanggup tunaikan permintaan siap makan bersama anak anak.

Perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima dan dilalui, namun ianya bukan penamat segalanya kerana Tuhan yang menentukan jalan hidup seseorang. Biarpun telah berpisah, ramai yang masih berkawan dengan bekas pasangan mereka. Begitulah seperti yang dilalui oleh wanita ini.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok wanita itu berkongsi kisah yang mana dia masih berkawan dengan bekas suaminya. Difahamkan lagi, pada suatu hari bekas suaminya itu menghantar mesej teringin makan mee goreng air tangan wanita yang dikenali sebagai Dayah tersebut.

Bekas suami text, minta tolong masak

Malah apa yang lebih mengharukan adalah apabila dia juga sanggup membeli bahan-bahan sebagai persediaan untuk memasak mee goreng tersebut.

Rindu makan bersama anak2

Tanpa berfikir panjang, ibu kepada 2 anak itu pun menunaikan permintaan bekas suaminya yang pada masa sama ingin makan bersama anak-anak mereka. Di akhir video, kelihatan si bekas suami sedang makan mee goreng tersebut sambil melihat anak-anak mereka bermain kolam di hadapan rumah. Meninjau ke ruangan komen, tindakan wanita itu meraih pujian warganet kerana masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya demi anak-anak mereka.

Mungkin jodoh tak panjang tapi dia tetap ingat

Kongsi pengalaman

Tak semestinya dah berpisah kena bermasam muka macam tak kenal

Difahamkan lagi, mereka berdua mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun ditakdirkan berpisah tahun lalu. Kini, masing-masing telah membawa haluan berbeza dan hidup bahagia.

 

Sumber : Trending sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.