Wanita ini sengaja bersin depan pak guard akibat tak dapat masuk ke pusat belibelah ini.

Dalam pada wabak Covid-19 melanda dunia ketika ini, kita kena menerima satu norma baharu bagi menghapuskan rantaian pendemik yang kian berleluasa iaitu dengan cara memakai pelitup muka.

Pun begitu, angkara sifat pentingkan diri, seorang wanita Taiwan, yang sengaja bersin di hadapan seorang pengawal keselamatan setelah dia dihalang masuk ke pusat membeli-belah Ion Orchard oleh petugas pada bulan April, dijatuhkan hukuman penjara 11 minggu.

Menurut StraitsTimes, Sun Szu-Yen, 46, tidak memakai pelitup muka, telah tiba di pusat beli belah itu kira-kira pukul 12.40 tengah hari dan mengisi borang.

Timbalan Pendakwa Raya, Deborah Lee menyatakan bahawa manngsa mengingatkan tertvduh untuk memakai pelitup muka sebelum memasuki pusat membeli-belah. Namun, tertvduh menggunakan selendangnya untuk membungkus mulutnya sebagai gantinya. Eh boleh pulak macam tu?

Akibat berang ditahan, Sun kemudian bersin ke arah Cik Devika Rani iaitu pengawal keselamatan yang enggan membiarkannya masuk.